Bab 48

1K 63 2
                                    

Sudah setengah jam Sufi dan rakan-rakan sekerjanya berada di dalam kereta Toyota Caldina tanpa mengeluarkan sebarang suara. Mereka sedang asyik memandang gudang yang sudah usang namun cukup besar yang berada di hadapannya kini.

"Ehem!" Sufi berdehem seketika membuatkan mereka yang lain terus menoleh ke arahnya. Dia membetulkan duduk seraya memandang anak-anak buahnya itu satu per satu.

"Actually aku ketar jugak nih sebab kita kan tak cukup ahli. Hairey masuk hospital, Afaf pulak hilang. So, korang rasa boleh buat tak ni? Aku taknak lah ambil risiko sekali lagi melainkan korang willingly nak serbu jugak." Sufi mula bersuara meminta pendapat.

"Aku okey je." Talha yang mula-mula bersuara.

Mereka yang lain terus mengangguk laju turut setuju.

"Okeylah. Kita berpecah kepada dua group. Aku dengan Talha dan Haifa. Asih pulak dengan Zhafran dan Hanna. Boleh?" Soal Sufi mula merencanakan rancangan.

"Boleh!" Jawab mereka berlima serentak seraya mengangguk yakin.

"Okay, watch me and Talha first." Sufi mula mencabut tali pinggang keledar yang diapakainya. Begitu juga dengan Talha dan Haifa.

Mereka berdua terus keluar dari kereta. Lalu perlahan-lahan mereka berjalan sambil memegang kemas sepucuk pistol di tangan.

Di luar gudang, tiada kelibat walaupun seorang manusia pun. Akhirnya Talha dan Sufi berpakat untuk terus masuk ke dalam gudang tersebut.

Dush!

Baru sahaja Talha melangkah dia sudah ditumbuk oleh salah seorang lelaki di dalam gudang tersebut. Buntang mata Sufi tatkala melihat beberapa lelaki lain sedang memandang tajam ke arahnya dan juga Haifa.

Sufi terus menyimpan pistolnya lalu dia membelasah lelaki yang telah menumbuk Talha sebentar tadi sambil dibantu oleh Haifa.

Talha yang sudah rebah pula cuba untuk berdiri kembali. Darah likat yang mula mengalir dari celah bibirnya dilap kasar. Setiap lelaki yang datang dekat kepadanya diterajangnya pada perut.

"Sufi!" Jerit Talha tatkala melihat ada lelaki yang cuba melibas parang ke arah Sufi. Namun nasib baik Sufi sempat mengelak. Parang tersebut dirampas Sufi lalu dia mencampaknya sehingga terkena pada lengan lelaki lain yang berada di situ.

Asih, Zhafran dan Hanna pula yang muncul seraya tiba-tiba turut mula melawan lelaki-lelaki tersebut.

Akhirnya akibat tidak tahan, semua penyagak tadi lintang-pukang melarikan diri ke luar gudang.

"Eeh nak pergi mana?" Soal Asih seraya menarik kolar baju salah seorang lelaki yang bertubuh agak rendah menyebabkan lelaki itu tidak mampu untuk bergerak.

"Lepaslah!" Jerit lelaki tersebut tidak berpuas hati.

"Ah takde takde. Asih, Haifa, Hanna. Bawa masuk dia dalam kereta." Sufi menyampuk.

Asih hanya mengangguk. Dia terus mengheret lelaki itu bersama Haifa dan Hanna lalu menunggu di dalam kereta.

"Korang berdua pergi settlekan dadah-dadah tu. Huh complicated sungguh kes dadah ni. Bila entah nak selesai." Arah Sufi kepada Zhafran dan juga Talha. Sempat lagi dia membebel seorang diri.

Talha dan Zhafran terus menuju ke satu sudut di mana terdapat beberapa buah beg yang di dalamnya berisi dadah.

Baru sahaja Zhafran hendak mengambilnya lalu ditahan oleh Talha.

"Nanti dulu, sebelum ambik tu kau kena check jugak." Tegur Talha.

Zhafran hanya mengangguk. Dia terus membuka zip beg tersebut. Okey, heroin. Beg kedua dibuka. Okey, ganja. Beg ketiga pula juga heroin. Beg yang keempat pula membuatkan Zhafran terkedu. Buntang matanya tatkala melihat sebuah bom jangka yang sedang bergerak masanya. Hanya tinggal 5 minit lagi sebelum bom tersebut meletup.

Love P.IWhere stories live. Discover now