Bab 21

1.3K 74 3
                                    

Atas merupakan gambar Hidzhir. Raden Satria Nata sebagai Hidzhir. Apapun, dia bukan artis. Itulah tunang saya >< Kay gurau, continue reading (:

-----

Selesai membaca surah yaasin kepada Aslam, Afaf mencium yasin itu sebanyak tiga kali lalu menyimpannya ke dalam laci meja yang letaknya di sebelah katil Aslam sahaja.

"Tiqi, sudah seminggu kau terbaring tidak sedarkan diri macam ini. Seminggu ini jugaklah aku rasa sunyi. Seminggu bagaikan sebulan buat aku. Cepatlah sedar, Tiqi. Aku rindukan kau yang dahulu. Yang selalu happening tak bertempat." Afaf berkata lirih. Setiap hari dia akan cuba berbual dengan Aslam sebegini. Biarlah kalau Aslam tidak mendengarnya sekalipun.

"Kalau kau tak muncul dalam hidup aku dahulu, mesti perangai anti lelaki aku lagi teruk tau. Kau ingat tak lagi masa kita mula-mula jumpa dahulu? Ketika itu pendaftaran untuk junior di UTP. Kau cari pen kau tetapi tak jumpa lepastu kau tebalkan muka minta nak pinjam dengan aku. Ingat tak? Masa tu aku membebel dekat kau sebab kau cuai tak bawa pen sampai aku pula kena bebel dengan nenek sebab layan orang asing macam itu" Afaf tergelak kecil. Itulah kali pertama saat dia bertemu pandang dengan Aslam.

Tiba-tiba handphone lenovo s90 miliknya berbunyi menandakan ada satu mesej masuk. Afaf memasukkan tangannya ke dalam poket sweater lalu mengeluarkan handphonenya. Terdapat satu kiriman daripada Asih.

Hye Afaf ! Dah makan malam? Kalau belum kita keluar sama2 nak? Aku ambil kau kat hospital nanti -Asih

Afaf tersenyum kecil membaca mesej daripada Asih itu. Sememangnya dia masih belum makan. Dia juga lapar sedari tadi . Afaf menekan-menekan keypad handphonenya untuk membalas mesej Asih.

Afaf meletakkan handphonenya kembali di atas meja. Kemudian dia membuka laci dan mengeluarkan jam tangan berjenama fossil miliknya lalu dipakai pada tangan kanan. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 9.14 malam.

Baru sahaja Afaf ingin berdiri kini telefonnya berbunyi lagi sekali menandakan ada orang call pula. Afaf melihat nama yang tertera. 'Hidzhir Kakashi' . Afaf mengerutkan dahinya. Mimpi apa mamat ni call aku malam-malam macam ni? Dengan teragak-agak Afaf menjawab panggilan itu.

"Hello?" Suara Hidzhir di hujung talian.

"Assalamualaikum." Afaf memberi salam memerli Hidzhir.

Hidzhir menepuk dahi. Lupa untuk memberi salam. "Waalaikumussalam, hehe." Hidzhir tersengih.

"Ada apa call?" Soal Afaf malas. Jarinya bergerak-gerak perlahan mengetuk meja di sebelahnya.

"Saja. Dah makan? Teman aku makan boleh?" Soal Hidzhir dengan suara yang penuh mengharap.

Errk! Afaf kelu. Dia tidak tahu sama ada hendak menolak pelawaan Hidzhir dan meneruskan rancangannya makan bersama Asih ataupun menolak pelawaan Asih dan menerima pelawaan Hidzhir. Haduii macam mana ni? Afaf sudah menganggap Asih itu seperti kawan baiknya. Setelah peristiwa Asih menceritakan kisah lamanya dahulu, Afaf mula rapat dengan Asih tetapi masih menjaga batas-batas pergaulan mereka. Hidzhir pula masih dalam proses mengenal. Pada masa yang sama, dia banyak terhutang nyawa dengan Hidzhir. So apa yang patut dia lakukan sekarang? Dia mahu bersikap adil.

Love P.IWhere stories live. Discover now