Bab 35

1.1K 69 4
                                    

Bagasi yang berwarna maroon diangkat perlahan-lahan oleh Afaf lalu diletakkan di tepi sudut dinding biliknya. Dia bergerak ke arah cermin meja soleknya lalu memerhatikan penampilannya buat kali terakhir.

Kelepet tudung bawalnya yang sedikit berkedut dibetulkan menggunakan tangan. Setelah berpuas hati barulah Afaf mengambil semula bagasinya lalu dia membuka pintu bilik untuk keluar.

Di ruang tamu, Hanna sudah sedia menunggu Afaf di atas sofa. "Dah siap ke?" Soal Hanna seraya memandang Afaf yang manis berbaju kurung pada pagi itu.

Kepala dianggukkan perlahan. "Dah. Nah, surat ni kau bagi dekat Sufi eah. Lepastu kalau Hidzhir atau Aslam cari aku, cakap kau tak tahu eah." Pesan Afaf satu per satu sambil menghulurkan sepucuk surat kepada Hanna.

Afaf telah tekad untuk mengambil cuti selama satu minggu untuk pulang ke kampung halamannya. Dia sedar, sudah berkurun lamanya dia tidak pulang menjenguk neneknya yang keseorangan diri itu. Perbualannya bersama Aslam yang turut ingin pulang ke kampung bersamanya tempoh hari diabaikan sahaja.

"InshaAllah semuanya baik-baik aje. Jom lah breakfast sekejap. Aku ada buat sandwich ni haa." Ajak Hanna lembut. Lengan Afaf dipeluk mesra.

"Eh tak boleh Hanna. Aku nak kena cepat ni. Aku tapau je eh. Sorry baby." Afaf memohon maaf sambil merapatkan kedua-dua belah tangannya menghadap Hanna dengan wajah yang bersalah.

Hanna megangguk faham. "Yelah takpe. Kejap eh aku nak pergi ambil tupperware." Ujar Hanna sebelum berlalu pergi ke dapur.

Afaf pula mula menarik bagasinya ke muka pintu. Gril rumah yang berkunci dibuka sementara menunggu Hanna.

Tiba-tiba Afaf merasakan ada seseorang mencuit bahunya dari belakang. Lalu dia menoleh. Hanna sedang tersenyum sambil menghulurkan sebekas tupperware yang berisi sandwich kepadanya. Huluran Hanna disambut. "Thanks." Ucapnya perlahan.

"Welcome. Nanti kalau dah sampai call aku tau." Pesan Hanna seraya turut mengikut Afaf sehingga ke luar rumah. Masing-masing menyarung kasut di kaki.

Kepala diangguk perlahan oleh Afaf. "InshaAllah. Ni kau nak terus ke office ke? Nak aku hantar?" Soal Afaf tatkala melihat Hanna mengunci pintu dan gril rumahnya.

"Haa boleh jugak." Balas Hanna seraya tersenyum senang. Lalu mereka berdua terus berlalu menuju ke lif.

Setelah 20 minit memandu, akhirnya kereta yang dipandu Afaf selamat tiba di pejabatnya.

"Thank you Afaf. Drive hati-hati tau. Jangan bawak laju-laju sangat. Kau ni bukannya boleh percaya sangat. Silap haribulan terbang sampai ke bintang pulak." Celoteh Hanna.

Afaf hanya tersenyum nipis. "Yelah mak cik oi"

"Okeylah, aku pergi dulu. Take care." Ucap Hanna seraya terus membuka pintu kereta Honda Jazz berwarna hitam tersebut.

Ucapan tersebut hanya dibalas dengan anggukan dan senyuman dari Afaf.

Setelah kereta Honda Jazz tersebut meluncur laju sehingga hilang dari pandangan Hanna, dia terus mengeluarkan handphone dari saku jaketnya lalu menekan-nekan keypad handphonenya.

"Hello. Saya cuma nak bagitahu Afaf dah bertolak balik JB." Kata Hanna kemudian dia membiarkan orang di hujung talian berkata-kata terlebih dahulu.

"Okey no problem. But make sure jangan sampai Afaf tahu pasal ni. Ini rahsia kita berdua je tau." Sambung Hanna dan beberapa minit kemudian barulah dia memutuskan panggilan. Lalu perlahan sahaja dia melangkah masuk ke dalam pejabat.


*****

Dari dalam kereta, Afaf tersenyum memandang rumah yang sudah kelihatan usang namun masih utuh di hadapan matanya kini. Setelah tiga jam lebih memandu akhirnya dia tiba juga di rumah nenek.

Love P.IWhere stories live. Discover now