Bab 18

1.2K 64 3
                                    

Di sebuah restoran yang letaknya tidak jauh dari pejabat Afaf dan di sebuah meja yang paling hujung terdapat dua pasangan yang ralit berbual iaitu Afaf dan Aslam. Asyik betul mereka berbual. Entah bagaimana Aslam boleh memujuk Afaf sehinggai Afaf menerima pelawaannya untuk lunch bersama. Pelbagai topik yang dibualkan. Mungkin tentang perkembangan rakan-rakan kolejnya dahulu. Sudah tentu mereka semua sudah menjadi engineer. Belajar di UTP kan? Afaf sahajalah yang pelik sedikit. Belajar civil engineering tetapi bekerja sebagai investigator. Aslam yang belajar dalam chemical engineering pula kini bekerja dengan syarikat abangnya sendiri di Aranis Motor Holdings Berhad. Rasanya lari sedikit dari course juga ekeke.

"By the way Aranis stands for what eh?" Soal Afaf tiba-tiba. Hairan pula mendengarkan nama yang abang Aslam ini letak untuk syarikatnya itu.

"Aranis tu gabungan nama family kita orang. A for Akram, my bro and myself, Aslam. Ra untuk Razif, my father and Nis for Nisrinah, our beloved mom." Terang Aslam. Dia menyuap nasi ke dalam mulutnya lalu mengunyah perlahan-lahan.

Afaf mengangguk faham. Kreatif juga abang Aslam ni eh. Rasanya semasa belajar di UTP dahulu dia sudah pernah melihat Akram. Tetapi dari jauh sahajalah.

"Abang kau dulu belajar kat mana? Umur berapa sekarang?" Afaf menanyakan dua soalan serentak kepada Aslam.

"University of Cambridge. Aku taklah sebijak dia hehe. Umur dah 29. Kenapa? Dah berkenan ke?" Aslam menaikkan keningnya memandang Afaf.

Afaf mencebik. "Tanya je pon. Aku ni kan anti lelaki. Aku tak pernah suka mana-mana lelaki selama ini."

Terkejut Aslam mendengar pengakuan Afaf. Tak pernah suka lelaki? "Kau ni.. Normal kan? Seriously tak pernah jatuh cinta dekat lelaki even sekali?" Lambat-lambat Aslam bertanya.

"Wuish kau ni! Of course la normal. Yep, aku memang tak pernah jatuh hati kat mana-mana lelaki pon selama hidup 23 tahun ni. No doubt!" Balas Afaf dengan yakin.

Ternganga Aslam dibuatnya. 'Lahai Aslam.. Redha je lah kalau Afaf tak suka kau.' Desis hatinya. Dia terus terdiam. Seleranya seolah-olah sudah mati. Dia hanya menyedut jus tembikainya sedikit.

Afaf pula yang baru sahaja hendak menyambung suapan nasi terhenti gerakannya apabila melihat ada seorang lelaki yang mengambil tempat duduk di hadapan mejanya dan Aslam.

Afaf mengerutkan dahinya. Macam kenal mamat ni. Dia berterusan memandang lelaki itu. Mana tahu kot-kot kenal ke. Setelah memesan makanan, lelaki itu sibuk tunduk bermain dengan handphonenya.

Lelaki itu yang mungkin baru perasan dirinya sedang diperhati terus mengangkat wajah. Zapp! Mata mereka bertaut. Dari mata turun ke hati cett.

Afaf sudah terkesima di tempatnya. Renungan itu amat familiar. Kakashi! Ya, dia pasti lelaki yang berada di meja hadapannya kini adalah lelaki yang selalu bertopeng seperti Kakashi itu. Lelaki yang pernah menelamatkannya ketika dia hampir dilanggar dahulu. Juga lelaki yang dijumpai malam semalam. Subhanallah, kacak rupanya Kakashi ini.

"Afaf?" Panggil Aslam. Tangannya digoyang-goyangkan di hadapan Afaf.

Afaf tersentak. Dia terus tersedar dari keenakan menjamu mata melihat keindahan makhluk ciptaan Allah SWT. Afaf dengan beraninya terus berjalan mendekati meja lelaki itu. Lelaki itu cepat-cepat berpaling ke arah lain.

"Ehem! Bukan kau ke yang aku jumpa semalam? Kau buat apa kat sini? Bukan sepatutnnya kau dah masuk lokap ke?" Soal Afaf sambil memeluk tubuh.

Lelaki itu menarik nafas sekejap. "Er sorry miss? Aku tak kenal kau dan aku rasa kau dah tersilap orang ni." Lelaki itu tidak memandang Afaf. Sebaliknya dia melemparkan pandangan kepada orang ramai yang sedang enak menjamu selera di situ.

Love P.IWhere stories live. Discover now