Bab 39

1K 59 3
                                    

Di dapur, Afaf sedang menjamu selera bersama neneknya. Lauk yang sudah tinggal sedikit di dalam pinggannya ditambah lagi. Agaknya sudah lama dia tidak merasa masakan neneknya membuatkan dia amat berselera pada hari itu.

"Lisa, cuba makan tu perlahan-lahan sikit. Tak elok anak dara buat macam ni. Nanti lari lah mak mertua kau tengok kau macam ni." Tegur nenek Khamsiah dalam nada mengusik.

Afaf hanya tersenyum mendengar usikan neneknya itu. Nasi di dalam mulut dikunyah sehingga lumat dan ditelan habis dahulu sebelum membalas. "Takpelah nek. Mak mertua lari, Lisa kejar." 

"Ada pulak macam tu. Haa Lisa. Lisa dah buat keputusan pasal pinangan Fairuz tu?" Soal neneknya serius tiba-tiba.

Afaf yang mendengar bukan sekadar tersedak malahan terus tersembur nasi dari dalam mulutnya itu. Mujurlah tidak mengenai neneknya.

"Afaf Khalisah Herman!" Jerit nenek Khamsiah seraya membulatkan matanya memandang Afaf. 

Segera Afaf menekup mulutnya menggunakan tangan kirinya. "Sorry nek. Takpe biar Lisa kemas semuanya. Neneklah ni, siapa suruh tanya soalan berpuaka macam tu." 

Nenek Khamsiah hanya menggeleng melihat telatah cucunya itu. "Kalau Lisa nak tahu, masa nenek sebaya dengan Lisa dulu, nenek dah ada anak pon. Lisa  ni? Usahkan anak, suami pon takde lagi." Neneknya sudah hendak mula membebel. Tetapi itu baru mukaddimah sahaja. Belum masuk bab-bab seterusnya.

"Nenek.. Dulu dengan sekarang mana sama." Balas Afaf tidak berpuas hati sambil berlalu ke singki untuk membasuh tangannya.

"Apa yang tak samanya? Nenek dulu perempuan. Lisa pon perempuan. Nenek pun cantik macam Lisa tapi nenek lebih sikitlah cantiknya tu." Sempat lagi nenek Khamsiah berseloroh.

"Tapi nek. Nenek bahagia tak dengan rumahtangga yang nenek bina?" Soal Afaf serius. Tangannya ligat mengutip semula nasi-nasi yang disemburnya tadi.

"Lisa! Itu takde kena mengena dengan hal kita sekarang ni. Nenek cuma ambil berat terhadap Lisa. Dah ramai lelaki datang risik Lisa tapi semuanya nenek tolak atas permintaan Lisa. Umur Lisa tu dah 24. Anak-anak kawan nenek yang sebaya dengan kamu semuanya dah kahwin dah ada anak pon. Bahagia atau tidak itu cerita lain. Mungkin nenek dulu buta. Buta untuk menilai mana satu permata mana satu kaca. Nenek bodoh. Nenek tak belajar tinggi macam Lisa. Sampaikan kasih sayang pon nenek tak reti nak beza. Lisa, nenek dulu bukan kahwin atas cinta. Tapi atas permintaan ibu ayah. Lisa sepatutnya bersyukur. Nenek boleh nampak keikhlasan dalam diri Fairuz. Dia benar-benar ikhlas cintakan Lisa. Fairuz ada bagitahu, dia tunggu Lisa semasa Lisa umur 16 tahun lagi. Lisa sayang, nenek bukan paksa kamu terima Fairuz. Tapi nenek sendiri tak tahu Lisa suka siapa. Macam nilah Lisa. Kenal hati budi masing-masing dulu. Cinta boleh dipupuk selepas nikah kemudian nanti. Orang cakap, kahwin lah dengan orang yang benar-benar ikhlas cintakan kita. Dahla, nenek nak pergi solat zohor pulak." Panjang lebar nenek Khamsiah berceramah kepada Afaf.

Air di tubir mata Afaf sudah tidak dapat ditahan lagi. Sungguh dia menyesal berkata begitu kepada neneknya. Afaf sudah jatuh terjelopok di atas lantai. Segala urat sarafnya terasa begitu lemah secara tiba-tiba.


*****

"Siah!! Siah!!" Jerit Salleh dari luar rumah dalam nada seperti gorilla yang sedang mengamuk. 

Khamsiah yang sedang memasak di dapur turut terkejut apabila namanya diseru begitu kuat sekali. Dia terus berhenti dari menumbuk sambal belacan. Langkah kakinya laju melangkah menuju ke luar untuk menjenguk suaminya yang sedang mengamuk.

"Ya abang. Ada apa marah-marah ni?" Soal Khamsiah kalut. Berkerut-kerut dahinya melihat si suami yang sudah merah wajahnya seperti menahan marah.

"Aku nak duit! Aku nak duit! Bak lah sini!" Tengking Salleh sambil matanya mencerlung memandang Khamsiah. 

Love P.IWhere stories live. Discover now