Bab 32

1.1K 69 0
                                    

Selesai membaca yaasin kepada ibu, ayah serta abangnya, Aslam mencium yaasin yang berada di tangannya sebanyak tiga kali. Air mawar di dalam balang kaca dituang perlahan-lahan ke atas pusara keluarganya satu per satu.

"Umi, abah, along. Atiq balik dulu ya. InshaAllah Atiq datang lagi esok. Maafkan segala kesalahan Atiq." Sayu kedengaran suara Aslam.

Dengan berat hati Aslam bangun. Tikar yang digunakan untuk duduk tadi dilipatnya dengan cermat. "Assalamualaikum umi,abah,along." Ucap Aslam. Dia menguntum senyum paksa. Tidak mahulah dia bersedih lagi.

Baru sahaja Aslam ingin melabuhkan duduk di atas kerusi keretanya, tiba-tiba handphone miliknya menjerit-jerit menyanyikan lagu Love Yourself by Justin untuk minta diangkat.

Aslam memandang nama si pemanggil sekilas sebelum mengangkat.

"Assalamualaikum." Aslam memberi salam. Lalu dia berhenti dan mendengar apa yang hendak dikatakan oleh pemanggil.

Buntang mata Aslam mendengar keterangan dari hujung talian.

"Kau biar betul? Kau tunggu kat sana. Jangan pergi lagi. Aku akan ke sana sekarang jugak." Serentak itu talian terus dimatikan.

Dengan pantas Aslam menghidupkan enjin kereta Audi TT miliknya lalu kereta dipecut laju menuju ke KLIA.

Setiba di KLIA, Aslam dengan pantas keluar dari perut keretanya. Langkah diatur laju menuju ke balai perlepasan. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

Tatkala matanya menangkap kelibat orang yang dicari, Aslam terus memanggilnya. "Hidzhir!" Jerit Aslam kuat oleh kerana keadaan terlalu bising dek orang yang ramai.

Hidzhir yang terdengar panggilan itu terus berhenti berjalan. Dia berpusing ke belakang. "Aslam? Buat apa kau datang? Kau datang atau tak, aku akan pergi jugak." Dia melepaskan keluhan berat. Bagasi berwarna biru yang dipegang tadi dilepaskan seketika.

Perlahan-lahan Aslam berjalan mendekati Hidzhir. "Kenapa kau nak pergi dari sini? Aku tak suruh kau pergi pon kan?" Anak mata Hidzhir direnung lama.Ingin mencari jawapan dari sebalik mata lelaki itu.

Hidzhir mendengus geram. "Aslam, kau tak faham dan kau selama-lamanya kau takkan faham. Aku sedarlah aku ni siapa je. Kau dah banyak tolong aku. Bila berlaku macam ni, aku tak nak lah disebabkan aku kau kecewa. Kau dah lama taruh perasaan kat Afaf kan?"

Terus kedua-dua belah bahu Hidzhir dipegang kemas oleh Aslam. "Tak, Hidzhir. Aku sedar, Afaf tak cintakan aku. Dia cintakan kau. Aku tak kisah dikecewakan. Asalkan Afaf bersama dengan orang yang dia cintai. Kalau Afaf bahagia, aku turut bahagia. Kau janganlah pergi jauh. Stay kat sini please. Stay dengan aku dan Afaf. Aku rela undur diri." Ada sedikit rasa sebak di hati Aslam tatkala menutur ayat terakhir.

Terkejut Hidzhir mendengar kata-kata Aslam. Terharu turut ada. "Aslam.. Apa kau cakap ni? Mana kau tahu Afaf cintakan aku? Aku..."

Belum sempat Hidzhir menghabiskan kata-katanya, Aslam mengangkat tangan kananya separas bahu supaya Hidzhir berhenti dari berkata-kata. "No excuses please? Dah, balik rumah. Dapatkan cinta Afaf semula. And promise dengan aku, kau kena jaga dia baik-baik. Sebab dia terlalu istimewa buat aku." Serentak itu, Aslam terus mengheret bagasi Hidzhir berlalu pergi.

Hidzhir yang tercengang lambat-lambat mula mengatur langkah mengejar Aslam di hadapan. "Wei, tunggu aku!"


*****

Pagi-pagi lagi Aslam datang ke rumah Afaf untuk mengajaknya keluar bersama. Hajatnya ingin berjalan-jalan di IOI City Mall. Boleh bermain ice skating ataupun district 21. Semasa IOI mula-mula dibuka lagi Aslam dan arwah abangnya gemar bermain district 21.

Love P.IWhere stories live. Discover now