Di KLIA.
"Alhamdulillah... Dah selamat sampai pun aku kat Malaysia tercinta ni." Lafaz syukur terluah dari bibirnya setelah selamat berpijak di bumi tanah air. Matanya liar memerhati sekeliling kawasan lapangan terbang yang sudah bertukar imej. Kalau dulu, suasana di KLIA ini masih belum dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti sekarang.
"Emir! Ya Allah, qindunya mak kat hang!" Laju Mak Lijah menerpa anak lelaki kesayangannya itu. Dari jauh lagi dia dapat mengecam susuk tubuh sasa itu.
"Dah la tu Lijah ooii... Tercekik anak kita tu nanti." Pak Latif menggeleng dengan keterujaan Mak Lijah. Kasihan dia melihat anak lelakinya yang sesak di dalam pelukan erat itu.
"Hish! Abang ni... Kita rindukan anak kita ni. Dah lima tahun duduk kat negara orang puteh nu. Dah bertambah hensem anak mak ni naa..." Puji Mak Lijah kepada Emir. Pipi anak terunanya itu turut menjadi mangsa. Selama lima tahun tinggal berjauhan, mereka hanya mampu berkomunikasi menerusi telefon bimbit saja.
"Emir! Macam mana pengalaman tinggal di Zurich?" Sapa Dato' Khalid bersama seorang gadis yang cantik tetapi berpakaian langsung tidak enak mata memandang di sampingnya, iaitu sepupu Emir sendiri.
"Alhamdulillah... Best sangat pak ngah. Belajaq kat negara orang puteh bukannya senang. Tapi berkat doa mak dengan ayah kat kampung dan orang sekeliling, berjaya jugak Emir tamatkan pengajian ni pak ngah." Jawab Emir. Sesekali matanya asyik mengerling sepupunya yang berdiri di sisi Dato' Khalid. Matanya seakan terpaku melihat wajah putih mulus itu.
'Astaghfirullahalazim... Tundukkan pandangan kau, Emir!' Nasihat hatinya. Bahaya, bahaya.
'Huh! Harap aje belajar kat luar negara, tapi berjubah dengan berserban bagai. Dah la cakap entah hulu mana punya bahasa. Dah tahu nak duduk di KL, cakaplah KL. Memang dasar kampung betul!'
Tak habis-habis Khaira mengutuk sepupunya yang berpakaian ala Taliban itu. Atas bawah, atas bawah saja dia memandang. Seakan mengejek.
"Ha, baguslah kalau macam tu. Barulah tak sia-sia pak ngah biaya semua kos pembelajaran kamu. Mula-mula dekat negara orang biasalah... Tapi bila dah dapat sesuaikan diri tu, semuanya jadi mudah." Dato' Khalid menepuk-nepuk bahu anak saudaranya yang baru menamatkan pengajian serta pernah bekerja di negara Zurich itu untuk beberapa tahun.
Nada dering telefon bimbit yang tiba-tiba berdering itu telah mengejutkan mereka yang sedang leka berbual.
"Oh, excuse me!" Khaira meminta diri untuk menjawab panggilan setelah menyedari deringan itu datang dari telefon bimbitnya.
"Hello... Baby?" Sapa pemanggil di luar sana tanpa memberi salam.
"Yes, hubby." Berbulu telinga jadinya.
"Let's go enjoy tonight."
"Okay, hubby. Pick me up at my house, okay? Don't be late." Laju Khaira membuat keputusan.
"Alright, baby... See you tonight." Setelah menamatkan perbualan ringkas bersama, Khaira lantas mendapatkan Dato' Khalid.
"Daddy, let's go home." Khaira mengajak Dato' Khalid pulang seraya melingkari lengan yang masih kekar walaupun telah dimakan usia itu.
"Okey, emm... along, mari la singgah rumah angah dulu." Pelawa Dato' Khalid. Lagipun sudah lama mereka tidak bertemu menghabiskan masa bersama.
"Ha, buleh-buleh. Alang-alang kami pun dah ada kat KL ni." Bergema selepas itu dengan gelak tawa Pak Latif dan juga Dato' Khalid.
GEDEBUK!
"Auch!" Khaira mengaduh kesakitan yang tidak tertahan. Merah wajahnya menahan bahang amarah dan rasa malu. Mujur tiada sesiapa melainkan hanya dia dan si penolaknya sahaja di ruang tamu itu.
YOU ARE READING
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
Romance[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang...