"DAH lama kan Khaira tak balik kampung ni. Ada lah dalam 10 tahun, kan?" Emir mengambil tempat bersebelahan Khaira di pangkin berhadapan rumah Mak Lijah. Bukan saja Khaira, dia juga lama meninggalkan kampung ini atas tanggungjawab sebagai seorang penuntut di Institut Pengajian Tinggi.
"Tak payah lah nak sindir aku. By the way, aku nak berterima kasih dengan kau sebab dah selamatkan aku hari tu." Emir melakar senyuman. Dapat juga dia menerima ucapan itu daripada Khaira. Walaupun dia tidak tahu sama ada ianya ikhlas atau tidak.
"Alah… kebetulan aje tu. Takkan lah aku nak biar maruah orang yang aku sayang tergadai." Tanpa sedar pernyataan Emir itu mengundang senyuman di hati Khaira.Namun lekas dia menyedarkan diri supaya tidak terus hanyut melayan perasaan.
"Ehem! Apa dia kau cakap tadi? Aku tak dengar." Sengaja Khaira berbuat begitu. Telinganya terasa gatal untuk mendengar lagi luahan Emir.
"Err… Tak ada apa. Eh, jom lah kita masuk dalam. Dah nak maghrib ni.” Pintas Emir laju mengakhiri topik perbualan. Tidak mahu isi hatinya ketahuan oleh Khaira.
Khaira mengeluh hampa sebelum mengekori langkah Emir.
Huh, mengelak!
"Se..juk..ny..a!!!" Menggeletar tubuh Khaira sebaik sahaja air dari telaga itu membasahi tubuhnya. Terasa kejung segala urat nadinya. Sepanjang dia tinggal di kampung memang begini lah jadinya tiap kali dia perlu mandi pagi. Sejuk ya amat!
'Tak guna punya suami. Ada ke patut dia suruh aku mandi air telaga yang macam ais ni. Dah lah pagi-pagi buta pulak tu suruh mandi.' Khaira mengomel tidak puas hati. Tak boleh jadi ni aku betul-betul dah tak boleh tahan!
"Emir!" Terkujat Emir dengan terjahan ‘mesra’ yang tiba-tiba. Dengan hanya berkemban paras lutut, Khaira berjaya membuatkan rentak jantung Emir berirama kuat.
"Ya? Khaira dah mandi ke?" Emir cuba menahan gelodak keinginan seorang suami yang ditahan sejak semalam.
"Heshhh… Kat sini tak ada water heater ke? Telaga kat luar tu sejuk mengalahkan ais kau tahu tak? Macam mana aku nak mandi kalau macam ni."
'Dah buat dah perangai mengada dia...' Emir tersenyum sinis sebelum menjawab.
"Kalau macam tu jom kita mandi sekali. Mana tau tak sejuk dah nanti." Terjegil mata Khaira dengan ayat mengundang maut itu.
"Jangan nak menggatal!" Khaira cuba menahan malu. Tangannya lekas dibawa silang ke dada.'Asal dengan aku ni?'
"Kalau takmau, pi mandi cepat. Nanti tak pasal-pasal ada yang kena 'ngap' dalam bilik ni." Dengan pantas Khaira melarikan diri dari kamar. Tak mahu dia jadi mangsa ustaz gila.
"Tahu pun takut..." Terburai juga ketawa Emir yang tertahan sejak tadi.
YOU ARE READING
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
Romance[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang...