Teaser 6

17.1K 525 0
                                    

"BANG, cepatlah mai duduk sini. Apa yang awak nak bincang dengan saya pagi tadi tu?" Gesa Mak Lijah benar-benar ingin tahu. Sejak tadi fikirannya terganggu memikirkan apa yang ingin dikatakan Pak Latif.

"Ya Allah hang ni Lijah... Kut ya pun, bagilah aku masuk qumah dulu. Ni dak... tak menyempat-nyempat." Pak Latif menggeleng melihat sikap Mak Lijah yang terlebih teruja itu.

'Menang loteri ka dia ni? Hish, toksah buat pasai!'

"Kan abang dah masuk dah tu. Cepatlah... Sini." Gesa Mak Lijah lagi sekali. Mahu tak mahu, Pak Latif mengambil tempat duduk bersebelahan Mak Lijah lalu bersedia memulakan cerita.

"Yalah, yalah. Kalut sungguh hang ni. Laguni, sebenaqnya Khalid tu nak jodohkan si Emir dengan Khaira tu ha." Jelas Pak Latif.

"Hah? Biaq betui bang? Nak ka si Khaira tu dengan Emir? Buleh ka dia ikut Emir balik kampong nanti?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan oleh Mak Lijah. Pak Latif menggaru-garu kepala tak tahu yang mana satu hendak dijawab.

"Awat tak betui pulak. Mesti la betui. Dah la, saya nak pi mandi. Hangat ni." Pak Latif berlalu meninggalkan isterinya yang masih terkebil-kebil sendirian. Macam tak percaya dengan apa yang baru terjadi.

"ADUYAI, macam mana dia buleh pengsan pulak ni. Mampuih aku kalau mak ngah dengan pak ngah tau." Emir resah bermundar-mandir di hadapan bilik Khaira. Meskipun agak keberatan dan ragu-ragu untuk menyentuh Khaira tadi, dia menggagahkan diri juga untuk mengangkat Khaira naik ke kamar.

"Aduh... Peningnya kepala aku ni. Eh, kejap. Tadi rasanya aku pengsan kat tangga. Macam mana pulak boleh ada dalam bilik ni? Apa jangan-jangan dia bawak aku masuk bilik tak? Mesti dia ada ambil kesempatan kat aku. Huwaaa!!!"

Emir yang berada di luar muka pintu bilik terkujat dek jeritan 'pontianak Khaira'. Automatik terhenti gerakan mundar-mandirnya tadi.

Khaira mencampak ke tepi gebar yang menutupi tubuhnya. Tangan pula bertindak spontan silang di dada, seakan menutup keadaan tubuh yang terdedah. Padahal, elok sahaja dia masih lengkap berpakaian.

"Khaira! Khaira! Hang okey dak?!" Emir mengetuk pintu bilik Khaira bertalu-talu. Bimbang andai ada sesuatu yang terjadi di dalam.

"Kau jangan berani masuk sini! Mesti kau ada ambil kesempatan kat aku tadi, kan?! Ustaz Kampung miang!" Tuduh Khaira. Dia melangkah ke pintu, memegang kemas tombol.

"Eh, mana ada. Aku cuma bawak hang masuk bilik ja. Tak lebih daqi tu pun."
Baru sahaja Emir ingin menapak ke tingkat bawah, pintu bilik Khaira dikuak dari dalam. Mata saling bertentang mata. Satu, dua, tiga...

'Argh! Kenapa aku tak berani tenung mata dia lama-lama?' Khaira laju melarikan anak matanya daripada memandang Emir. Begitu juga dengan Emir.

"Kau nak apa?" Soal Khaira. Membahang wajahnya setiap kali bertentangan mata dengan Emir.

"Hah? Err... Tak dak apa. Apa yang aku cakap tadi tu sebenaqnya lahir dari hati aku sendiri." Lantas Emir berlalu ke tingkat bawah tanpa melihat reaksi Khaira.

"Biar betul ustaz kampung tu? Tapi asal aku rasa berbunga aje hati ni? No, wake-up Khaira!" Khaira menampar-nampar pipinya lalu masuk semula ke dalam bilik.

"Astaghfirullahalazim. Kenapa dengan aku ni? Awat la aku pi luah perasaan awai sangat?" Emir menampar-nampar dahi Sesuai sangat lah tu. Seorang tampar pipi, seorang lagi tampar dahi.

"Emir? Kenapa ni?" Datin Khalisya menepuk bahu Emir dari belakang. Hairan dia melihat gelagat Emir yang lain semacam itu.

"Eh, mak ngah. Maaf la naa... tak peqasan mak ngah balik." Datin Khalisya memandang lama tingkah Emir.

"Kenapa dengan Emir ni? Pelik aje mak ngah tengok. Ada nyamuk ke siang-siang ni?" Datin Khalisya menelek dahi anak saudaranya.

"Nyamuk? Hahaha... Haah, ada nyamuk tadi mak ngah. Tu pasai Emir pi tampaq dahi tu ha." Emir menayang gigi putihnya.

'Sorry la mak ngah. Bohong sunat.'

"Hmm... Ada-ada aje lah kamu ni Emir. Khaira mana? Ada kat atas ke?" Emir mengangguk. Tanpa menghiraukan Emir yang masih berdiri di anak tangga, Datin Khalisya menapak ke kamar Khaira.

Di Midvalley.

"So, kau rasa plan ini akan menjadi ke?" Matanya ralit memerhatikan pelan strategi yang dirancang oleh Rayyan. Boleh tahan juga perancangan Rayyan. Tak sia-sia dia bersetuju untuk bekerjasama. Cara mudah dan cepat untuk dia memiliki Emir.

"Kau jangan risau lah. Macam lah kau tak kenal aku. Kan dari aku sekolah menengah lagi tak ada satu pun plan aku yang tak menjadi." Rayyan mendabik dada. Rania mencemik bibir.

"Berlagak! Kalau tak menjadi, siap kau. Bila kita boleh start plan ni?" Rania sudah tidak sabar untuk mendapatkan Emir. Walau dengan apa cara sekali pun.

"Next week. Okay?" Cadang Rayyan.

"Okay. As long as diaorang masih belum bertunang." Mereka berdua saling berbalas senyuman sinis.

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now