KHAIRA yang memang sejak dulu trauma dengan suasana gelap melompat ke atas Emir. Terhuyung-hayang tubuh Emir cuba mengimbangi diri supaya mereka tidak terjatuh. Mahu sesak nafas Emir dengan rangkulan kemas Khaira pada lehernya.
"Oi! Hang nak bunuh aku ka?" Bergelut Emir cuba menjatuhkan Khaira daripada memanjat tubuhnya. Kalau ringan tak apa lah juga. Ini berat macam bertan-tan kilo beras!
"Padan muka!" Entah di mana silap mereka, kedua-duanya jatuh menyembam lantai. Berkerut-kerut dahi Khaira menahan sakit namun dia tidak mahu memarahi Emir kerana ada sesuatu yang dirancang.
"Aduh... Ni hang punya pasai la ni. Patah lah pinggang aku laguni." Emir merungut. Digosok-gosok rasa sakit di pinggang. Manakala Khaira menahan gelak dalam diam dan masih lagi tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi.
"Aik, pengsan ka dia ni? Selalu mulut dia tu puaka sangat nak marah-marah." Emir cuba mendekatkan wajahnya dengan wajah Khaira untuk memastikan kebenaran penyataannya tadi. Menyirap juga Khaira dengar dirinya dikutuk. Nanti kau, ustaz kampung...
"Bhaaa!!!" Sengaja dia berpura-pura pengsan untuk melihat reaksi Emir.Cup!
Akibat terkejut dengan sergahan maut tadi, wajah Emir yang beberapa inci sahaja jaraknya dengan wajah Khaira, melekat pada wajah Khaira. Dan telah menyebabkan bibir mereka bertaut tanpa sengaja.
Kedua-dua mereka terkelu.P/S: Nakai depa dua ni😂
YOU ARE READING
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
Romance[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang...