Teaser 12

18.3K 535 7
                                    

"KHAIRA, bangun solat subuh."

Dia mendengus tatkala tubuh digerakkan. Lampu pula silau terpasang di awal pagi. Huh, benar-benar cari pasal!

"Tak payah lah kacau aku!" Khaira menarik gebar sehingga menutupi muka. Seperti biasa, bila dikejutkan untuk bangun pagi pasti dia akan meroyan begini.
Saat Khaira ingin bergerak bebas, tubuhnya terasa lain dari biasa. Seolah-olah tubuhnya terdedah tanpa seurat benang.

'Aku tak pakai baju masa tidur semalam ke?'

"Tak nak mandi ke?" Saoalan dari Emir bergema lagi.

"Mandi apa pulak pagi-pagi buta macam ni?" Setelah Emir membisikkan sesuatu di tepi telinganya, Khaira lantas berselubung di dalam gebar lalu mencapai tuala untuk membersihkan diri.

'Eh, kenapa pulak aku kena jadi malu macam ni? Sepatutnya aku marah dia sebab dah rampas 'harta' seorang perempuan dari aku.'

"Jangan lama-lama sangat mandi tu sayang." Khaira pantas masuk ke dalam bilik air. Tangannya dibawa ke dada. Jantungnya mula bertukar rentak laju.

'Macam mana aku boleh tertidur dengan dia ni?' Pipi Khaira mula membahang mengingatkan kejadian semalam.

'Kau dah jatuh cinta dengan Emir!' Tapi Rayyan? Ah, biarkan!

Usai solat subuh berjemaah, mereka berdua berehat saja di kamar. Nak turun sarapan pula macam awal lagi.

'Malunya aku nak bertentang mata dengan Emir.' Dalam pada malu yang masih belum hilang, mata Khaira tetap mencuri pandang ke arah Emir yang sedang khusyuk membaca.

Emir pula bukan tidak sedar, tapi dia sengaja membiarkan dirinya menjadi tatapan si isteri.

"Hensem sangat agaknya Emir hari ni sampaikan Khaira asyik nak pandang muka Emir aje." Dengan pantas Khaira melarikan anak mata.

"Ha? Err... Mana ada! Kau tu aje yang perasan!" Khaira bangkit menuju ke arah Emir dan merampas buku yang sedang dibaca. Tersentak Emir dengan tingkah Khaira yang tiba-tiba.

"Kenapa ni? Khaira marahkan Emir ke?"

'Marah? Mana ada... Khaira sayang Emir okey. Sayang sangat.' Namun semua itu hanya mampu dijawab dalam hati. Mana mungkin seorang Khaira yang terkenal dengan egonya mahu meluahkan perasaan.

"Tak pun. Cuma geram tengok Emir aje." Khaira menggigit bibir bawah.

'Aduh... Apa aku merepek ni?' Emir sudah tersenyum nakal.

"Khaira geram tengok Emir? Emir tahulah Emir ni..."

"Dah tak payah nak mengarut. Aku nak turun kejap. Nak buat sarapan." Jangan ingat perempuan macam aku ni tak reti masak okey.

"Nak ikut." Emir membuat suara manja.

"Mengada!"

Boleh dapatkan set single atau kombo😊:

http://www.wasap.my/60138033918/KomboLovely

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now