Teaser 9

17.6K 573 9
                                    

KHAIRA mengintai suasana kamarnya melalui lubang kecil pada tombol pintu. Ya lah, mana nak tahu buatnya si Emir tu tengah tukar baju ke, kan tak pasal-pasal dapat tengok free show. Boleh pula dia risaukan tentang hal itu.

Bayangan seseorang yang bergerak-gerak di luar pintu, menarik perhatian Emir yang baru saja siap menyarungkan pakaian. Punggung direbah ke katil dengan senyuman mengusik.

"Awat hang dok mengintai kat luaq tu? Nak masuk, masuk ja lah." Emir melaung dari dalam kamar.

Gulp!

'Macam mana dia boleh tahu...'

Khaira menguak pintu kerana sudah tertangkap. Dengan muka tak malu, dia merebahkan diri ke atas katil. Kalau dah seluruh badan letih macam ni, memang terasa malas nak mandi. Rasa macam nak tidur aje.

"Hang semayang isya' dak gi?" Khaira menggeleng. Alah, sibuk betul mamat ni.

"Dah tu nak tunggu bila? Jom, kita berjemaah." Khaira mendengus. Nak tidur sekejap pun bising!

"Boleh tak bagi aku berehat dulu? Penat tahu tak?" Khaira menekup mukanya dengan bantal. Malas melayan kata-kata Emir.

'Oh... Hang liat sangat nak pi semayang, kan? Takpa...' Emir tersenyum nakal lalu merebahkan diri bersebelahan Khaira. Pinggang Khaira dirangkul erat. Kepalanya dimasukkan ke bawah bantal, sengaja merapatkan kedudukan wajah mereka.
Kejung segala urat saraf di tubuh Khaira.

"Sayang..." Emir membisik nakal.

"K..kau n..nak bu..buat a..apa ni?!" Khaira punya cuak memang dah tak boleh bawa bincang! Sungguh jantungnya seperti hendak gugur sahaja tika ini.

"Tadi kan sayang kata takmau semayang lagi. Kalau lagutu jom lah kita..." Belum sempat Emir menghabiskan percakapannya, Khaira menekup mulut Emir dengan tapak tangan. Tak sanggup untuk mendengar ayat seterusnya yang lebih gila itu.

"Dah, tepi. Aku nak pergi ambil wuduk. Gila punya ustaz kampung!" Emir ketawa berdekah-dekah setelah Khaira menerobos masuk ke dalam bilik air. Tu baru sikit, Puan Khaira.

EMIR mengerling Khaira yang khusyuk bermain dengan telefon bimbit di tangan. Langsung tidak menyedari gerak-gerinya di dalam kamar itu. Ini kalau berlaku gempa bumi sekalipun entah sedar entah tidak lah gamaknya.

Khaira yang terasa dirinya sedang diperhatikan buat tidak tahu saja. Malas dia nak melayan si suami. Nak ajak aku tidur sekali ke tu? Hahahahah, memang tak!

"Mendapa pulak yang dok bawah bantai aku ni?" Meraba-raba tangan Emir mencari sesuatu di bawah bantal. Terasa seperti sesuatu yang licin dan lembut seakan-akan fabrik.

"Bapak punya seksi!" Teriak Emir tatkala baju tidur yang nipis dan jarang itu menjadi tatapan matanya.

"Apa hal kau bising sangat ni? Aku nak chatting pun tak senang." Khaira masih tidak menyedari apa yang berlaku.

"Sayang... Hang nak goda aku ka?" Emir meleretkan suara.

"Sewel agaknya kau ni. Siapa yang nak goda kau, hah?" Lantas, Khaira menoleh ke arah Emir yang sedang membelek 'hadiah' yang diberi oleh mummynya tadi. Hampir terjojol biji mata Khaira.

"Macam mana benda tu boleh ada kat bawah bantal kau?!" Khaira bangun merampas kembali pemberian mummynya itu.

"Hang yang pi letak. Tanya oqang pulak." Tiba-tiba Emir mendapat idea nakal.

'Pompuan tu takut gelap kan...' Emir bergerak perlahan-lahan menuju ke suis lampu tanpa Khaira sedari. Sekelip mata, suasana di dalam kamar tidur Khaira menjadi gelap. Dan...

"Emir!!!"

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now