"SAYANG... Janganlah merajuk." Khaira berpaling daripada memandang Emir. Mahu kita tak merajuk lepas kena tinggal seorang diri kat rumah semalam. Dah lah lama pula tu kita menunggu dia yang tak balik-balik!
"Awak memang tak kasihankan saya, kan? Dekat sejam saya tunggu awak, tapi batang hidung pun tak nampak." Emir menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tidak tahu bagaimana lagi cara yang dia harus gunakan untuk memujuk isterinya itu.
"Saya tak sengaja balik lambat. Awak pun tahu kan banyak kerja yang saya kena uruskan di syarikat tu." Nak mampus kalau beritahu yang dia menjelajah satu mall dengan Rania. Silap haribulan, ada yang kena tidur luar lah jawabnya.
"Tak habis-habis dengan kerja awak tu. Lepas ni tak payah balik terus pun tak apa. Tidur dengan kerja-kerja awak tu lagi bagus." Khaira menyindir pedas.
"Alah... Janganlah macam ni, sayang. Jom kita makan kek birthday yang awak beli tu." Laju Emir menarik lengan Khaira menuju ke dapur.
"Eeiii... Siapa bagi awak pegang saya? Makan lah sorang-sorang. Saya tak nak makan dengan awak." Lantas Khaira mengatur langkah ke tingkat atas. Emir mengeluh kecil sambil matanya mengekor susuk tubuh Khaira menuju ke tingkat atas.
'Aku perlu buat sesuatu ni.' Tekad Emir dalam hati.Untuk tempahan wasap🤗: 0138033918
YOU ARE READING
My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]
Romance[SINOPSIS]: -ONLY TEASER WILL BE UPDATE HERE🤗- Khairul Emir. Seorang 'ustaz' humble yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan telah berpindah ke Kuala Lumpur. Kekampungan? Haih... itu semua gelaran keji yang selalu Khaira berikan. Walaupun datang...