Teaser 4

17.8K 638 13
                                    

"HUBBY... Please help me!" Rengek Khaira, mengada. Dia masih bengang dan sedih dengan keputusan yang dibuat oleh Dato' Khalid.

"Tolong apa, baby?" Soal Rayyan manja.

"Daddy I! Dia suruh I kahwin dengan ustaz kampung tu."

"Wait, wait. Ustaz kampung mana pulak you ni?" Hairan juga Rayyan. Tidak sudah-sudah Khaira merungut tentang 'ustaz kampung' yang masih belum dia tahu kewujudan gerangan itu.

"Sepupu I lah! Eeeiii... I benci lah dia tu." Terang Khaira.

"Oh, okay. Wait, dia nak kahwin dengan you?! No, tak boleh! You're mine okay, baby. Forever and always." Rayyan agak bengang kerana kekasih yang menjadi lubuk emasnya selama ini akan menjadi milik orang lain.

"Hehe... Sayang jugak you kat I, kan?"

"Eh, mestilah I sayang. You kan baby I."

"Kalau macam tu, you masuk lah meminang I cepat sikit."

"Err... You tahu kan yang I tak ready lagi nak kahwin?" Khaira terus memuncungkan bibir.

"You ni memang! Asal I cakap pasal kahwin aje you mesti mengelak. Dah lah, benci!" Khaira menekan punat end call lalu memasukkan telefon bimbitnya kembali ke dalam tas tangan berjenama Channel itu.
Muncul Rania yang datang tanpa salam di depannya dengan berpeluk tubuh. Khaira dipandang atas bawah seperti meneliti sesuatu.

"I tak sangka kan, perempuan jalang yang tak tahu malu macam you ni pun boleh dicintai insan sebaik abang Emir tu." Lancang kata-kata yang keluar dari mulut Rania, sekali gus membuatkan hati Khaira yang sedang panas menjadi lagi tingkat suhu.

"Jalang? Hey, you ni dah kenapa? Tiba-tiba aje nak hina I! You tu bagus sangat dah ke?" Khaira menyindir pedas.

"At least I tak berpakaian tak senonoh macam you and tak tergedik-gedik macam you." Laju Rania membidas.

"Suka hati I lah! You nak menyibuk sangat kenapa? Tadi okey aje dengan I."

Rania menjeling Khaira sekilas sebelum menjawab, "Sebab orang yang aku cinta separuh mati, cintakan kau! Daripada kecil kau memang tak pernah nak kalah dengan aku, kan? Tapi sekarang, aku akan kalahkan kau dan aku akan pastikan abang Emir tak akan jadi milik kau. Remember that." Rania sengaja melanggar bahu Khaira sebelum mengangkat kaki meninggalkan hospital. Tiada mood untuk dia bertandang lebih lama di situ.

"Tak guna punya perempuan! Kau ingat aku nak sangat ke abang Emir kau tu?!" Laung Khaira walaupun Rania sudah jauh di depan.

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now