Teaser 8

17K 567 7
                                    

SEBULAN BERLALU...

"What?! Emir nak kahwin hari ni?!" Dato' Rahman memandang Rania hairan. Macam pelik sangat aje dengar berita orang nak kahwin.

"Yalah. Yang kamu terkejut sangat ni kenapa?" Rania menggeleng, berusaha menyembunyikan perasaan sebenar.

"Err... Tak ada apa lah papa. Rania nak naik atas dulu." Rania menapak ke tingkat atas membawa rasa sakit dan dendam yang semakin memarak di dalam hati. Tak guna! Semua ni tak boleh terjadi!

'Nasib baik lah Khalid dengan Khalisya tak sempat datang sini, kalau tak entah apalah akan jadi dekat budak berdua tu.'

"Hei, Rayyan! Kau cakap plan kau tu dijamin menjadi sangat! Tapi sekarang diaorang dah nak kahwin dah kau tahu tak?!" Terkejut beruk Rayyan setelah menjawab panggilan daripada Rania. Belum apa-apa lagi dia telah diserang dengan peluru berpandu.

"Kau biar betul?! Kalau Emir tak balik rumah semula hari tu, confirm plan kita akan menjadi!" Rania mendengus di hujung talian mendengar kekesalan Rayyan yang entah ikhlas entah tidak itu.

"Ah, aku tak kira! No matter what, aku tetap nak abang Emir jugak! Fullstop!" Rania menamatkan panggilan lalu mencampakkan telefon bimbitnya ke katil.

'Plan belum start betul-betul lagi dia dah meroyan.' Getus Rayyan dalam hati.

"Aku akan buat hidup kauorang merana!" Rania mengusutkan rambut dengan hilaian tawa yang bergema. Sekali pandang, memang ada yang kena dimasukkan ke hospital bahagia.

"AKU terima nikahnya Khaira Elisya Binti Khalid dengan mas kahwinnya RM 2000 ringgit tunai." Lafaz Emir berjalan dengan lancar untuk kali yang kedua. Gugup dia pada mulanya untuk melafazkan akad, mujur Dato' Khalid ada untuk menenangkannya.

"Sah?

"Sah!"

"Alhamdulillah." Khaira menghulurkan tangan untuk Emir menyarungkan cincin ke jari manisnya. Mata pula langsung tidak berkalih merenung tajam tingkah Emir yang terketar-ketar menyentuh tangannya.

"Cepat lah, Emir. Sarungkan cincin tu kat jari Khaira." Datin Khalisya menahan senyum dengan reaksi Emir yang malu-malu. Yalah, kali pertama bersentuhan dengan yang halal untuknya.

"Kalau kau tak nak sarungkan, biar aku yang sarung sendiri." Belum lagi Khaira mengambil cincin tersebut dari pegangan Emir, terlebih dahulu cincin tersebut dipakaikan ke jari manisnya.

"Assalamualaikum, my zaujah." Bisikan itu kedengaran di telinga Khaira setelah bibir Emir meyinggah ke dahinya.

"Waalaikumussalam," pendek sahaja jawapan salam yang diberi.

"Alhamdulillah, majlis pun dah selesai. Kami balik dulu lah ya." Rakan-rakan dari kalangan Dato' dan Datin dan juga tetamu lain yang hadir kian bersurai. Tinggal mereka sekeluarga sahaja yang masih ada.

"Lepas ni Khaira kena dengar cakap suami. Jangan melawan cakap dia selagi dia tak suruh buat perkara yang melanggar akidah dan syari'ah. Faham, anak mummy?" Pesan Datin Khalisya sambil menggenggam erat tangan Khaira. Khaira mengangguk, sedikit sebak.

"Emir dengan Khaira duduk lah rumah daddy dulu. Nanti Emir bawak lah Khaira ikut balik kampung." Membulat mata Khaira sebaik terdengar perkataan 'kampung' itu.

'What?! Balik kampung Emir?! No, mummy! Khaira tak nak!'

"Yalah, mak ngah. Nanti kalau Emir ada duit sendiqi, Insha-Allah Emir belikan rumah besaq untuk Khaira." Mencemik saja Khaira mendengar. Ya, ya aje lah tu.

"Bukan lagi mak ngah." Datin Khaira senyum panjang. "Panggil mummy."

"Ya lah, mummy. Emir minta izin naik ataih dulu. Nak mandi. Badan melekit dah ni ha." Datin Khalisya mengangguk sambil mata melirik ke arah Khaira.

"Khaira pergilah ikut Emir naik atas. Lagipun dah malam ni. Tak nak tidur ke?" Khaira mengerling jam di dinding.

"Baru pukul 10. Awal lagi lah mummy."

"Tak ada awalnya. Dah, pergi naik atas. Mummy dengan daddy pun dah nak tidur ni. Eh, sebelum mummy terlupa, ni ada hadiah untuk Khaira. Pakai tau hadiah ni." Datin Khalisya menghurkan bungkusan hadiah yang siap berbalut kemas itu.

"Eh, thanks mummy. Khaira naik atas dulu ya. Bye!" Khaira laju menapak ke tingkat atas. Padahal tadi punyalah berkeras tidak mahu naik lagi.

"Amboi, lajunya anak awak tu naik bilik. Tak sabar malam pertama ke?" Seloroh Dato' Khalid disusuli dengan tawa kecil.

"Entahlah. Seronok dapat hadiah kut." Dato' Khalid mengerutkan dahi.

"Hadiah? Hadiah apa?" Soal Dato' Khalid.

"Hadiah memikat suami. Dah lah, saya nak ke dapur kejap." Datin Khalisya menghilang ke dapur. Memang menjadi ruti hariannya sebelum tidur dia akan minum susu terlebih dahulu.

"Oh... Saya faham. Dah tua-tua pun masih nakal awak ni."

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now