Teaser 2

23.5K 694 12
                                    

"MAK dengan ayah balik kampung dulu naa... Duduk sini dengan pak ngah hang elok-elok." Pesan Mak Lijah sebelum berangkat pulang ke kampung bersama Pak Latif. Bimbang hati seorang ibu untuk berjauhan kesekian kali dengan satu-satunya anak yang dia punya. Dulu sewaktu ingin melepaskan Emir belajar di perantauan, puas Pak Latif memujuk barulah jalan. Itu pun selepas beberapa hari mogok tidak mahu makan.

"Ya lah, mak. Orang duduk dengan pak ngah elok-elok. Mak tu jaga kesihatan kat sana. Berpantang sama. Jangan dok ikut suka ja makan benda yang tak boleh makan. Satgi darah naik lagi tau pulak dia nak bising kat kita." Pesan Emir pula diselitkan dengan sedikit gurauan.

"Alah, hang toksah risau lah Emir. Tau lah ayah nak jaga mak hang ni. Dia mana berani lawan ayah. Kami bertolak dulu naih... apa-apa hal call mak hang. Ayah tak qeti nak guna telefon tekan-tekan ni. Lagi lah hat yang sapu-sapu skrin tu." Sempat lagi Pak Latif menceriakan suasana.

"Iya lah, ayah... Syok lah depa tu dapat naik kapai terbang lagi." Emir pula cuba menceriakan suasana.

"Ada-ada ja lah hang ni Emir oi. Kami pi dulu. Kapai teqebang dah nak bertolak nuh. Assalamualaikum." Pak Latif menarik bagasinya dan bagasi Mak Lijah menuju ke balai perlepasan.

"Waalaikumussalam." Emir melambaikan tangannya kepada kedua orang tuanya. Nafas separa berat, dihela perlahan.

"Euwww... Anak manja rupanya you ni." Khaira menggoyangkan kedua bahunya secara refleks. Menyampah juga dia melihat aksi terlebih gula di depan mata tadi. Bukannya jauh sangat pun Kuala Lumpur ke Sungai Petani. Melebih-lebih aje!

"Awat hang ni menyibuk sangat? Pi main jauh-jauh sana." Usir Emir. Biarlah nak bermanja dengan ibu dan ayah sekalipun. Dapat juga pahala daripada bermanja dengan orang yang langsung tidak ada apa-apa pertalian darah mahupun ikatan dengan kita.

"Hey! Suka hati you aje nak halau I! You ingat KLIA ni parents you punya ke?" Khaira menyindir pedas.

"Ikut hang lah. Hang nak aku teman tunggu pak ngah ka nak aku balik? Kalau nak aku balik lani pun boleh. Bye-bye." Emir sudah malas hendak melayan sepupunya yang gedik itu. Baik dia mengatur langkah sendiri. Memangl ah tadi dia naik kereta dengan Khaira. Tapi tak ada masalah pun tentang itu. Lagipun sekarang ni bermacam-macam aplikasi pengangkutan ada. Contohnya macam Grab tu. Elehhh...pergilah berlagak sana Cik Khaira oi.

"Emir! Okay, fine! I nak you temankan I! Lagipun daddy I dah nak sampai." Kalau bukan kerana nak sambut kepulangan daddynya di KLIA, jangan harap dia nak ikut Emir menghantar pak long dan mak longnya itu. Memang tak lah dia nak bersendirian di KLIA ini.

"Ha, tau pun." Emir menjarakkan sedikit kedudukannya di kerusi panjang dengan Khaira. Khaira buat tidak endah sahaja. Nak jauh 10 kilometer pun tak apa. Asalkan jangan tinggal dia sudah lah.

Banglo Dato' Khalid.

"Awak setuju tak kalau saya satukan budak berdua tu?" Dato' Khalid melontarkan soalan cepumas campur maut bagi Khaira dan Emir kepada Datin Khalisya. Terpinga-pinga Emir dan Khaira memandang satu sama lain. Sudah lah tiba-tiba dipanggil untuk berkumpul di ruang tamu. Fikir mereka ada sesuatu yang penting untuk dibincangkan, tapi soalan begini pula yang keluar.

"Saya tak kisah, abang. Tapi tak tahu lah kalau tuan empunya badan tu tak setuju. Abang dah bincang dengan Lijah dan Latif ke?"

"Nanti saya beritahu dengan diaorang." Dato' Khalid mengalih pandangannya ke arah Khaira dan Emir yang masih blur di muka pintu. "Yang penting budak berdua ni mesti berada dalam ikatan yang sah."

"Wait, wait. You kidding me right, daddy?" Khaira menghenyak punggungnya ke atas sofa empuk banglo Dato' Khalid.

"No, Khaira. I'm serious. Daddy nak kauorang berdua bersatu dalam masa yang terdekat ni. Dan daddy akan pastikan Emir jadi suami Khaira jugak tak lama lagi." Putus Dato' Khalid dan mengharapkan tiada bantahan antara mereka.

"What? Ustaz kampung tu mesti jadi suami Khaira! No, daddy! A big no!" Tempelak Khaira, keras. Sakit hatinya dengan penyataan Dato' Khalid. Mana dia nak campak Rayyan kalau dia berkahwin dengan ustaz kampung tu?

"Khaira! Kamu jangan nak menghina dia! Sekampung-kampung dia pun, dia ada ijazah pengurusan perniagaan bertaraf international. Kamu tu pulak dah tamat SPM terus tak nak sambung belajar. Duduk rumah tahu nak goyang kaki aje!" Tempelak Dato' Khalid pula. Mahu sahaja dia menampar pipi mulus anaknya itu memberi pengajaran supaya tidak terlalu memandang rendah kepada orang lain.

Datin Khalisya juga kelihatan sedang menahan geram. Emir pula hanya menjadi pemerhati pergaduhan di antara dua beranak itu.

"Fine! Daddy memang lebih sayangkan anak orang lain daripada anak sendiri!"

Pang!

"Mummy tak pernah tau ajar anak mummy bersikap kurang ajar dengan orang tua. Kenapa Khaira jadi macam ni?" Puas hatinya setelah memberi tamparan kepada anak perempuannya itu. Menyesal kerana terlalu memanjakan Khaira sehingga sanggup meninggikan suara kepada ayah kandung sendiri.

"Mummy..." Khaira memegang pipinya. Terasa perit akibat tamparan sulung mummynya. Selama ini mummynya langsung tidak pernah naik tangan kepadanya.

"Mummy tak kira, mummy nak kamu dengan Emir kahwin jugak. Mummy tak suka kamu ada hubungan dengan Rayyan. Putus dengan dia!" Putus Datin Khalisya. Tergamam Dato' Khalid dan Emir memandang Datin Khalisya.

"Err... Mak ngah, kalau Khaira tak mau kahwin dengan saya tak apa lah. Janganlah dipaksa kalau orang tak sudi." Emir bersuara setelah lama menjadi pemerhati.

"Kau jangan nak tunjuk baik lah depan mummy dengan daddy aku! Anyway mummy, Khaira dengan Rayyan will never break-up." Setelah itu, Khaira terus mendaki anak tangga menuju ke kamarnya.

"Allah... Apa nak jadi dengan kamu ni Khaira?" Dato' Khalid memegang dadanya di sebelah kiri.

"Abang? Abang okey?!" Soal Datin Khalisya cemas.

"Abang..." Dato' Khalid rebah lantas tidak sedarkan diri.

"Pak ngah!"

"Abang!"

"Argh!!! Aku benci semua orang yang ada dalam rumah ni! Semua nak lebihkan ustaz kampung tak guna tu!" Khaira mencampakkan bantal-bantalnya mengena pintu bilik.

Buk!

"Aduh..." Emir meraup mukanya yang terkena balingan padu oleh Khaira. Harap badan aje kecil, tapi sekali dia baling mahu ke belakang muka aku dibuatnya.

'Dia ingat muka aku ni apa?'

"Hoi! Kau dah tak reti nak ketuk pintu dulu ke?!"

"Eh, qeti... Tapi tu lah mana oqang tu nak dengaq kalau dari tadi dok menjerit."

"Apa kau cakap?"

"Tak ada apa aih... Jom ikut kami pi hospital. Daddy hang pengsan." Ajak Emir, kembali kepada tujuan asal.

"What? Daddy pengsan?! Tepi kau!" Khaira merempuh kuat tubuh Emir yang menghalang laluan pintu.

"Ish pompuan ni... Kasaq sunggoh!" Emir membuntuti langkah Khaira menuju ke tingkat bawah dengan gelengan. Mampuih nak jadi bini laguni.

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now