Teaser 7

16.7K 560 4
                                    

"KITA nak start sekarang ke?" Rania kelihatan teragak-agak untuk menjalankan misi yang telah dirancang. Takut dia juga menerima akibat nanti. Paling takut kalau apa yang dia lakukan nanti akan mengundang kebencian Emir.

"Ya lah. Habis tu kau nak tunggu bila? Kalau diaorang kahwin dah tak ada gunanya nanti." Jawab Rayyan sambil matanya merenung Rania tajam. Geram pula dengan soalan yang ditanyakan.

"Okay, fine. Tapi kalau kau start dulu boleh? Kau kan dah biasa pengaruh perempuan. Lagi-lagi dia girlfriend kau, senanglah kau nak jinakkan dia."

Rayyan senyum sinis dengan kata-kata Rania. "Tak ada hal lah. Lagipun Dato' dengan Datin tak ada kat rumah. Bertambah senang lah kerja kita." Rayyan mengatur langkah perlahan-lahan membuntuti Khaira menuju ke lif. Manakala Rania hanya menunggu di dalam kereta.

Setibanya di apartment Tasha, Khaira mengeluh panjang. Entah ke mana lah hilangnya Tasha pergi. Ajak datang ke rumah, tapi tuan rumahnya tiada.

"Asal berkunci pulak rumah minah ni? Dah lah aku call dari tadi tak angkat-angkat." Khaira cuba menelefon Tasha sekali lagi, namun belum sempat dia hendak mendail, mulutnya telah ditekup oleh seseorang dari belakang.

"Masuk!" Rayyan menolak tubuh Khaira masuk ke dalam keretanya dengan kasar. Bergelut dia dengan tenaga Khaira yang boleh tahan kuat itu.

"Rayyan, kita nak pergi ke mana pulak lepas ni?" Rania meneruskan kepada pelan seterusnya. Renungan tajam Khaira dia buat tidak endah. Dalam hati dia mengejek keadaan Khaira yang tidak mampu berbuat apa-apa pada masa itu.

"Kita pergi ke misi seterusnya."

SEJAK selepas menunaikan solat berjemaah, hati Emir semakin dihantui rasa tidak enak. Seolah-olah mendapat petunjuk sesuatu melalui deria perasaannya. Malah fikirannya juga tidak dapat berhenti daripada memikirkan Khaira.

"Awat aku asyik rasa ada sesuatu yang tak elok berlaku ja ni." Tidak betah melawan perasaan sendiri, Emir akhirnya memutuskan untuk segera pulang ke rumah. Walhal dia ingin menyambung lagi program di masjid yang akan diadakan.

"Kereta sapa pulak ni? Eh, Rania?!" Emir ingin berlari masuk ke dalam rumah, namun dihalang oleh rangkulan erat Rania di pinggangnya.

"Lepaskan aku sekarang!" Bentak Emir keras.

"Janganlah macam ni, abang Emir."

"Aku kata lepas, lepaslah!" Setelah berjaya bebas daripada rangkulan erat Rania, Emir laju menapak ke kamar Khaira. Pasti ada sesuatu yang berlaku kalau Rania boleh tersangkut di banglo Dato' Khalid ini.

"Emir, tolong I!" Khaira menjerit memanggil Emir walaupun dia tahu lelaki itu pasti masih berada di masjid ketika ini. Ya Allah...tolonglah kali ini, benarkan aku selamatkan maruahku.

"Khaira!" Emir menendang pintu bilik Khaira yang berkunci sekuat hati setelah mendengar jeritan dari dalam.

'Emir! Terima kasih, Ya Allah...' Khaira memanjatkan lafaz syukur dalam hati. Lantas, saat itu juga dia mengambil peluang menolak tubuh Rayyan sekuatnya.

Dush! Buk!

Emir melepaskan tumbukan padu kepada Rayyan tanpa sempat lelaki itu bertindak apa-apa. Sakit hati lelaki Emir melihat insan yang dicintainya diperlakukan sebegitu rupa.

"Asal kau bela sangat perempuan ni?! Kalau kau nak sangat, ambillah! Dia dah jadi bekas aku dah pun! Enjoy lah puas-puas dengan bekas aku tu!" Khaira rasa ingin tampar sahaja mulut Rayyan ketika itu. Dasar mulut puaka tak berdaftar insurans!

"Kurang ajar!!!" Emir melepaskan tempikan geram. Penumbuknya digenggam erat menahan amarah yang akan terletus bila-bila masa saja. Manakala Rayyan dan Rania bergegas meninggalkan perkarangan banglo tersebut bimbang mereka bakal tertangkap oleh pihak berkuasa nanti.

"Emir, tolong jangan percaya apa yang dia cakap. Semua tu tak betul! Dia cuma nak tipu kau!" Namun penjelasannya hanya sia-sia di pendengaran Emir. Emir seperti ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata Khaira apabila terdapat kesan koyak dan sedikit lebam pada bahunya.

"Dah lah. Aku nak keluar."

"Emir! Emir! Tunggu aku!" Khaira laju membuntuti langkah Emir yang mendekati pintu.

Tatkala Emir membuka pintu, Khaira mendapati ada beberapa orang lelaki tua berpakaian Taliban sama seperti Emir pada masa itu.

Mereka berdua sama-sama kelihatan cuak.

"Assalamualaikum. Kami dari pihak JAIS. Kami menerima aduan ada perlakuan sumbang berlaku di rumah ni tanpa ada ikatan yang sah." Emir dan Khaira saling berpandangan. Masing-masing tidak tahu untuk mempamerkan reaksi yang bagaimana.

"Astaghfirullahalazim. Saya tak buat kerja terkutuk macam tu!" Sangkal Emir, masih keliru dengan apa yang sedang terjadi.

"Pak cik salah faham ni. Kitaorang tak ada buat apa-apa pun. Dia cuma tolong saya aje." Khaira cuba menjelaskan perkara sebenar.

"Apa-apa pun, sila ikut kami ke balai. Anda berdua boleh beri penjelasan di sana." Arah pihak JAIS tersebut. Khaira dan Emir tiada pilihan lain untuk membantah selain daripada akur. Bimbang andai jiran tetangga mendapat tahu dan berlaku kekecohan pula nanti

My Lovely Ustaz Kampung [RC Publication]Where stories live. Discover now