Part 4

25.2K 677 5
                                    

                  

BAB 4

'TING TONG! TING TONG!"kalut syafiq bangun dari katilnya setelah mendengar berkali-kali loceng rumahnya di tekan.

"Eh, kau Fir! Dah kenapa ni cari aku tengah-tengah malam buta." Syafiq terkejut melihat Danial Firdaus tercegat berdiri di hadapan pintu kondonya. Firdaus berlalu masuk tanpa diundang. Hatinya kusut untuk menjawab pelbagai soalan yang dituju.

"Kau okay ke Fir? Kusut lain macam aku tengok ni?" Ujar Syafiq sambil memerhati wajah sahabatnya yang masam mencuka terbaring di atas sofa.

"Aku stress Fiq! Stress!" jerit Firdaus sambil mengenggam rambutnya. Syafiq tergamam. Jarang sahabat yang dikenalinya seorang penyabar menjadi marah sebegini.

"Apa masalah kau ni? Cuba cerita dengan aku." Ujar Syafiq cuba mengambil peranan sebagai seorang sahabat dan pendengar yang setia.

"Parents aku nak aku bertunang dengan anak kawan papa. Next week! Then, if aku tak setuju, semua credit cards, kereta papa tarik balik. Haa, yang paling teruk papa nak serahkan 60% shares dia dalam Megah Holding dekat si Faris tu. Mau aku tak hangat. Dah la, papa tak pernah tanya aku langsung, last2 next week kena bertunang. " Luah Firdaus bengang.

"Hek elleh! Apa besar sangat lah masalah kau ni. Aku ingatkan shares company kau jatuh merudum ker, kau kena saman berjuta-juta ker. Ini tak, nak kena bertunang pun stress macam apa lagi." Jawab Syafiq sambil tergelak kecil. Menggeleng kepala memandang sahabatnya. Danial Firdaus seorang sahabatnya yang cukup dikenali sebagai 'singa malaya' di syarikatnya kini tengah marah hanya sebab dipaksa bertunang atas pilihan keluarga.

"Kau tak faham Fiq. Kau mesti tahu kan apa taste parents aku tu? Dan apa taste aku pilak? Bahagia ker aku nanti. Malu lah aku. Dan aku tak diberi pilihan langsung nak terima atau tolak." Balas Firdaus bengang melihat reaksi sahabatnya. Gelak Syafie terhenti. Sedar sahabatnya benar-benar serius.

"Sekarang ni aku nak tanya kau, kau dah tengok dia? Gambar ker, apa ke?" Firdaus sekadar menggeleng.

"Dah tu, yang kau stress macam lah papa, mama kau jodohkan dengan Halimah Jongang tu dah kenapa? Rilex la bro. aku yakin papa, mama kau memeang betul-betul cari terbaik untuk kau. Diorang pun mesti nak jaga imej diorang ada menantu yang cantik, superb! Asal kau takut sangat nak kahwin? Chill la bro. Danial Firdaus yang aku kenal mana?"

"Eh, kau imagine lah, takkan aku nak bawa perempuan tu ke function2 yang besar, jumpa kawan2 kita. Ada juga aku kena gelak. Aku pun ada taste lah!" ujar Firdaus membayangkan dirinya diketawakan. Itulah antara perangai buruk Firdaus, ego! Sentiasa nak dipandang perfect! Syafiq tersenyum. Kenal benar dengan perangai lelaki di hadapannya.

"Elleh, kau ni cakap macam lah kau dah tengok, kenal dia. Entah2 lagi superb dari taste kau. Ni tak, nak yang sexi memanjang. Kau kena fikir dalam-dalam Fir. Untuk anak-anak kau nanti juga. Lagipun apa masalah, bila ada function kau bersiaplah dia bagi cantik-cantik. Lagi satu, aku rasa benefit bila kau dah kahwin ni, tak da lah kau rimas dengan staff-staff kau yang menggatal nak goda kau everyday bila diorang dah tahu kau dah ada isteri. Kalau kau malu sgt nak kenalkan dia dengan public, kau tak payah la kenalkan dia, cukup orang tahu kau dah berkahwin. Bila orang tanya pasal isteri kau, kau cakap lah, dia nakkan privasi." Idea Syafiq datang mencurah-mencurah. Firdaus terdiam. Jauh dari sudut hatinya membenarkan setiap idea yang diberikan Syafiq. Syafiq menggelengkan kepalanya. Hairan dengan Firdaus. Seorang CEO Berjaya, sentiasa best student dari sekolah menengah sampai university, tapi kalau bab Cinta mesti 'fail'! dan kalau ada masalah cinta kepada dia jugak lah Firdaus rujuk.

Apa dia ingat aku ni doctor cinta? Syafiq bermonolog dalaman.  Syafiq meninggalkan Firdaus bersendirian untuk terus berfikir dan buat keputusan yang terbaik. Firdaus melepaskan jauh pandangannya ke a rah pemandangan KLCC yang berdiri egah di tengah bandaraya kuala lumpur.

Villa Jannah sunyi tanpa anak kecil. Sudah dua bulan Faizura anak sulong Dato' Najmi dan keluarganya yang kini menetap di Perak mengawal Megah Holding Ipoh tidak pulang ke rumah. Sibuk katanya ditambah pula suaminya, Saiful bekerja sebagai Engineer Petronas yang memerlukan dia ke luar Negara hampir setiap bulan. Farah anak kedua pula yang baru dikurniakan seorang cahaya mata sentiasa sibuk memandangkan kerjaya doctor pakar sakit puan menjadi pilihan. Farahin puteri bongsu Dato' Najmi yang berusia 22 tahun pula masih berada di Russia mengambil ijazah sarjana muda perundangan. Kelihatan Dato' Najmi bersama Datin Marina menikmati sarapan bersama. Hampir 40 tahun hidup bersama sudah membuatkan mereka lali dengan kerjaya anak masing-masing. Deruan enjin kereta R8 Danial membuatkan Dato' Najmi dan Datin Faridah berpandangan. Semalaman Danial tidak pulang ke rumah selepas disampaikan hajat mereka berdua kepada Danial. Danial memasuki banglo 3 tingkat itu kepenatan. Hanya 3 jam sempat dia tidur memandangkan semalaman dia memikirkan keputusan yang diambil. Danial berjalan menuju ke meja makan. Keputusan yang ingin disampaikan kepada papa dan mamanya bermain di fikirannya. Dia sendiri tidak pasti apakah keputusan yang diambil ni akan kecewakan mana-mana pihak.

"Pa, ma. Danial ada benda nak cakap. Pasal semalam tu, Danial setuju ikut kehendak papa. Tapi.. Danial ada syarat." Ujar Danial. Dato' Najmi merenung mata Danial dalam. Menunggu Syarat yang akan dikenakan anak lelaki tunggalnya itu.

"Apa syaratnya Danial?" Datin Marina terlebih dahulu bertanya.

"erm.. Danial nak lepas kami kahwin, kami nak duduk asing dari rumah ni. Lepas tu, Danial tak nak majlis kahwin nanti dibuat besar-besaran sangat. Cukup untuk keluarga, sahabat handai, client2 penting. Semua staff Danial tak nak jemput kecuali top management sahaja." Ujar Danial panjang, melepaskan syarat-syarat yang mengerah otaknya untuk berfikir semalaman. Dato' Najmi terdiam. Datin Faridah seolah-olah terkejut dengan syarat Danial.

"Danial, rumah ni kan besar. Banyak bilik. Kenapa nak duduk asing? Lagi pun tak da siapa nak duduk sini. Kak Fai kat Perak, Kak Farah dekat Melaka. Takkan kamu pun nak duduk jauh?" Datin Faridah bersuara. Tak berkenan dengan syarat Danial untuk duduk asing.

"Danial takkan keluar dari Kuala Lumpur ni." Ujar Danial pendek memandang DATO' Najmi yang masih tidak memberi sebarang komen.

"Papa setuju dengan syarat kamu. Kamu boleh menarik syarat ni bila-bila masa saja. Papa tak kisah, tapi papa pun ada syarat." Dato' Najmi kembali bersuara.

"Walaupun kamu duduk asing nanti, kamu jangan ingat kamu boleh buat apa saja kepada Aisya, isteri kamu. Jika papa tahu kamu mendera dia tak kira fizikal atau batin dia, dan membuatkan dia tak bahagia bila-bila masa saja papa akan laksanakan apa yang papa cakap semalam. Pasal majlis papa ikut kehendak kamu." Sambung Dato Najmi. Danial terdiam mendengar syarat papa nya. Serba sedikit memberi amaran kepada diri dia.

" okay, kalau kamu pun setuju dengan syarat papa ni, next week jangan lupa kami akan hantar rombongan meminang. Kamu tak perlu ikut. Tapi dua bulan selepas tempoh kamu bertunang, majlis akad dan kenduri akan dilaksanakan. Jadi, papa nak kamu uruskan apa yang patut. Kursus kahwin, medical check up semua tu. Pasal baju, hantaran kamu bincang dengan mama kamu." Dato' Najmi mencapai briefcase dan berlalu pergi selepas meninggalkan kata-kata terakhir untuk anaknya. Begitu lah Dato' Najmi, seorang yang serius dengan apa saja keputusan yang diambil. Walau pun begitu Dato' Najmi juga dikenali sebagai seorang pemurah, rendah diri. Dengan anak-anaknya, dia akan bertegas dalam keadaan tertentu sahaja.

"Danial faham tak apa papa cakap tadi?" Datin Faridah bertanya selepas melihat wajah anaknya yang makin kusut dengan perangai suaminya.

"Danial faham ma. Danial dah biasa dengan papa macam tu. Baiklah ma, pasal baju, hantaran, deko pelamin ke apa ke mama uruskan lah. Danial ikut saja apa mama nak. Danial tak kisah. Berapa hantaran, mas kahwin perempuan tu nanti mama bagi tahu, Danial bank in." Jawab Danial tawar hati lantas meninggalkan ruang makan.  Datin Faridah terdiam melihat reaksi anak dia. Kadang-kadang dia sendiri tak pasti mahu ikut siapa. Kesian dia melihat keadaan Danial yang terpaksa. Tapi dia sendiri berkenan dengan pilihan suaminya. Danial dari kecil sampai sekarang memang sentiasa menahan sikap suaminya yang tegas, dia tahu suaminya sengaja bertegas dengan Danial untuk mengajar Danial menjadi lebih matang sekali gus mewarisi Megah Holding.

KAU? CEO AKU?Where stories live. Discover now