Part 9

23.9K 800 6
                                    




                  

BAB 9

Walaupun jam masih menunjukkan pukul 7 pagi tapi Aisya sudah bangun dan mengemas katil. Danial yang masih di atas sofa dibiarkan. Aisya sedar Danial bangun solat subuh awal darinya. Aisya mengharap agar suaminya itu mengejutkan dia untuk solat berjemaah, tapi ternyata itu hanyalah angan-angan Aisya.

"Awak!Awak! Bangunlah tidur atas katil. Saya nak keluar siapkan sarapan." Bahu Danial dihinjut-hinjut Aisya. Danial masih lagi  lena. Aisya mengcekak pinggang.

"Awak! Bangunlah tidur atas katil. Saya tak tidur dah."Ibu jari kaki Danial dikuis-kuis lembut. Danial menggosokkan matanya.

"Hoi! Kau buat apa ni?!"Danial terbangun duduk bila melihat Aisya berdiri betul-betul disebelahnya. Aisya tergelak kecil.

"Saya kejut awak bangun. Pergi tidur atas katil tu. Saya nak keluar siapkan sarapan."Ujar Aisya lantas berlalu meninggalkan Danial yang masih separuh sedar.

Nasi goreng kampung, koteow goreng menjadi menu untuk sarapan pagi ini. Aisya dibantu kak Ika dan Kak Asma; menyediakan sarapan. Begitulah rutin harian mereka setiap pagi untuk menyediakan sarapan. Hajah Marina selalu mengingati mereka bahawa setiap anak dara harus terbiasa ke dapur dari pagi. Walaupun Hj Harun mampu mengupah tukang gaji namun Hajah Marina sendiri tidak mahu memakai tukang gaji. Katanya anak-anak akan bertambah malas jika diajar begitu.

Danial siap memakai t shirt Quick Silver warna hitam. Digayakan dengan jeans biru gelap. Rambutnya disisir rapi. Handsome! Dia melihat keluarga Hj Harun sudah bersiap sedia untuk sarapan.

"Haa, Danial. Duduklah makan!"Ajak Hj Harun.

Danial megambil tempat di sebelah Aisya memandangkan hanya itu tempat yang kosong. Danial melihat semua ahli keluarga Hj Harun sudah berada di situ. Dia sudah diperkenalkan dengan setiap ahli keluarga semalam.

"Bila kamu berdua nak balik Cheras? Majlis bertandang malam lusa kan?"

"Petang ni!" Ringkas Danial menjawab pertanyaan Hjh Marina

"Hah?!" Aisya tersedak. Terkejut bila mendengar jawapan Danial.

"Kamu kenapa Aisya?" Hjh Marina hairan melihat anaknya yang memandang Danial dengan riak yang terkejut.

"Betul lah abang cakap kan? Semalam kan kita dah bincang. Sayang lupa lah tu." Danial memintas sebelum Aisya mengeluarkan apa-apa kata. Dia membeliakkan matanya kearah Aisya cuba memberi isyarat agar akur dengan apa yang dikatanya. Aisya hanya mampu mengangguk setuju dan diam. Hati dia masih berbara bila Danial membuat keputusan sendiri.

Aisya mendapatkan Danial di bilik setelah selesai mengemas dapur. Dia melihat Danila berpeluk tubuh berdiri mengadap tingkap.

"Apa awak cakap tadi? Kita nak balik Cheras petang ni jugak?" Aisya membuka bicara.

"Yup. So, why?"Ringkas jawapan Danial.

"Awak sikit pun tak tanya saya kan. Majlis bertandang lusa bukan esok. tak boleh ke kita stay sini sampai pagi esok ke?"

"Nope!"Keras Danial masih tidak menoleh ke rah Aisya yang berada di belakangnya.

"Tapi...."

"I said No! No! No! No excuse. Petang ni juga kita balik Cheras okay? I'm your husband now!" Tegas Danial memintas kata-kata Aisya. Aisya terdiam. Dia mengetap bibir geram. Sikit terkilan bila dia tak mampu untuk bersuara lagi. Aisya berlalu keluar meninggalkan Danial. Danial tresenyum sinis dapat membuat Aisya mengikut apa yang diarahnya.                                                                  

KAU? CEO AKU?Where stories live. Discover now