Highlighted V

22.7K 381 127
                                    

Pagi ini, Aisya meminta izin untuk pergi kerja sendiri. Katanya selepas kerja, Anis mengajaknya untuk membeli barang-barang persiapan perkahwinannya.

Danial mencapai kunci kereta AUDI R8. Di dalam kereta Danial bersiul-siul senang hati. Dia mengikut perlahan lagu-lagu yang diputarkan di dalam radio. Setelah sampai di Megah Holding, bibir Danial tak lekang dari senyuman. Adakalanya kelihatan Danial menyapa beberapa pekerjanya, memberi salam dan ucap selamat pagi. Kelakuan Danial yang aneh menjadi perhatian semua pekerja di situ.

"Kau perasan tak perangai Tuan Firdaus dah lain sekarang?" Irfan Mat Despatch membisik ke arah Cik Syaz kerani di kaunter pertanyaan.

"Perasan sangat. Aku pelik dengan dia. Sejak dua tiga hari bukan main berseri aku tengok. Kau nak tahu, kalau dulu nak tengok Tuan Firdaus tu senyum sikit pun bukan main susah. Boleh kira dengan jari setahun tu berapa kali dia senyum. Nak tegur, nak menyapa pekerja bawahan macam kita apatah lagi. Tapi sekarang ni aku tengok dia senyum dah tak terbilang jari aku. Kadang-kadang aku tengok dia
nyanyi sorang-sorang. Scary pun ada" Gosip Cik Shaz menyokong kata-kata Irfan.

"Haa, tu lah namanya angau bercinta. Pengantin baru kata kan. Aku baru ingat hari tu nak try Puan Aisya tu. Tup-tup belum sempat aku try aku dengar dia isteri boss. Frust gila aku." Semangat Irfan bercerita.

"Elleh kau, kalau Puan Aisya tu tak kahwin lagi pun belum tentu kau boleh try dia."

"Habis tu kalau aku try kau, agak-agak dapat tak? Kau tu sombong sangat." Usik Irfan. Cik Shaz mendengus mendengar usikan Irfan.

Danial memasuki perut lif. Dia memandang ke arah pekerjanya yang berada di luar lif. Dia menunggu mereka masuk.

"Masuk lah. Kenapa korang tak nak masuk? Ada nampak hantu ke?" Sapa Danial membuatkan pekerja-pekerjanya bergegas masuk. Mereka masih kehairanan dengan keletah majikan mereka. Kalau dulu siapa yang masuk sekali dengan dia, pasti dihalau keluar.

Danial mengerling jam tangannya. 11.00 pagi. Setiap 30 minit Danial melihat jam. Terasa masa yang berputar sangat lambat.

'Dah kenapa aku ni. Setiap saat teringat si Aisya ni. Aduh! Jangan cakap aku dah jatuh cinta dengan dia' ngomel Danial sendirian.

Danial menekan keyboard google 'tanda-tanda lelaki jatuh cinta'
1. Sering senyum sendiri ketika memikirkan wanita yang disukai

2. Merasa dunia tiba-tiba berubah menjadi Indah dan tidak ingin waktu berlalu cepat

3. Salah tingkah

4. Suka curi –curi pandang

5. Lebih perhatian

6. Marah-marah tidak jelas tanda cemburu ketika melihat lelaki
lain bersama wanita yang disukai

7. Mencari-cari kesempatan untuk bersama

8. Tampil berbeza dari biasa

9. Mengambil tahu tentang wanita yang dicintai

Satu persatu maklumat Danial membaca penuh teliti.

'Macam kena pulak semua dengan aku. Tapi tak salahkan aku jatuh cinta dengan isteri aku sendiri?' bisik Danial perlahan menyedapkan hatinya. Danial masih bermain dengan perasaannya.

............

* Korang! Danial dah jatuh cinta? Dengan Aisya yang selalu kena marah tu?
* Mcm mana dia boleh jatuh cinta? Apa Aisya buat sampai boleh jatuhkan ego 'singa jadian' sorang ni? Hehe

Nak tahu selanjutnya? Jom dapatkan senaskah novel KAU? C.E.O Aku by Maya Rahman (800muka surat) dgn membuat pre order! Stok dah susut tau! Ramai yang dah buat pre order!

Apa-apa pertanyaan boleh contact terus ke :
016 995 0074 @ 016 6939416
Atau emel kami
Sumaiyahabdrahman1@gmail.com

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU? CEO AKU?Where stories live. Discover now