BAB 6
Sudah sebulan Aisya bergelar tunang orang. Hanya tinggal sebulan ja lagi sebelum status dia bertukar menjadi seorang isteri. Tapi hati Aisya tidak sedap. Sampai ke hari ni insan yang bernama Danial langsung tak menghubungi dia untuk bertanya khabar tunang sendiri apatah lagi mahu ajak berjumpa. Aisya memerhati no telefon yang tertera di skrin telefon. No itulah yang mama bagi 3 hari sebelum dia bertunang. 'Perlu ker aku contact dia dulu? Apa reaksi dia nant?' Aisya menyoal sendiri. Tapi gerak hatinya kuat menyuruh dia memulakan dahulu sms.
'Salam. Hai awak. Sihat ker?'
Butang send ditekan. Aisya mengetap bibir sambil menunggu balasan dari tunang sendiri. Matanya tak lepas memandang screen IPhone 5s. Hati dia gentar menunggu balasan dari Danial. Aisya mengerling ke arah jam yang ada di atas mejanya. 1.50 petang. Bermakna hanya tinggal lagi 10 minit baki 'lunch hour'. Rata-rata pekerja sudah mula memasuki pejabat.
'Kau sapa?' Mesej masuk cepat dibuka Aisya. Berkali-kali Aisya membaca mesej yang diterima.
'Haish mamat ni, takkan nombor tunang sendiri pun pun tak save? Mungkin dia save tempat lain kot. Tak sempat save dalam phone' Aisya monolog luaran cuba menyedapkan hati.
'Saya Aisya. Your fiancée.' Aisya cuba membalas lagi.
'Oh, kau. Nak apa? X cukup lagi duit hantaran yang aku bagi? Berapa tak cukup? Kau bagi tahu mummy ja berapa tak cukup. Nanti aku bank in. k, aku ada kerja.' Mesej yang baru dibaca Aisya terus mematikan mood Aisya pada hari tu. 'excited' Aisya terus bertukar menjadi terkilan dengan balasan Danial.
'Baba ni betul-betul ke kaji perangai mamat ni. Asal kurang ajar sangat.' Aisya berbisik kecewa. Dia langsung tak menduga akan terima balasan begini dari tunang sendiri. Hati Aisya meragui keikhlasan lelaki itu.
Danial memandang Iphone nya. Dia tersenyum sinis.
'Padan muka kau perempuan. Fiancee konon. Depan papa, mummy boleh la kau berlakon baik. Dengan aku jangan haraplah aku nak percaya.' Sinis Danial berdesis dalam hati.
Dari jauh kelihatan tekun Danial bekerja. Datin Faridah yang memasuki biliknya sendiri dia tak perasan.
"ehem. Ehem!" Datin Faridah berdehem kuat. Danial tersentak lantas mengangkat kepalanya. Terkejut melihat mamanya tercegat di hadapan.
"Eh, mummy, bila mummy masuk? Tak inform pun."
"Dia yang kusyuk buta kerja sampai mummy masuk pun tak perasan." Jawab Datin Faridah sambil memerhati deko setiap sudut pejabat anaknya. Sudah 8 bulan dia tak menjejaki ke sini. Ternyata 'taste' puteranya makin tinggi. Dekorasi yang kelihatan elegant dengan tema hitam putih menyerlahkan lagi karisma Danial sebagai CEO.
"Amboih, mummy. Dah macam pelawat ja tengok bilik Dani. By the way, kenapa mummy datang? Tak cakap pu;ak tu" Tanya Danial sambil memerhati Datin Faridah berjalan memerhati setiap sudut pejabatnya.
"Hmm, mummy nak Danial ikut mummy sekarang. No excuse. No asking. Just follow me. Don't worry, mummy dah check schedule Dani dengan Syarifah your P.A kat luar tu." Jawab Datin Faridah tegas. Dia mengangkat kening memberi isyarat kepada Danial supaya bergerak sekarang.
"Mummy ni datang tiba-tiba. Lepas tu nak paksa Danial ikut mummy. Mummy nak pergi mana sebenarnya?" Tanya Danial tak berpuas hati.
"Danial Firdaus, mummy ada buat appointment dengan encik Radzwan tentang baju kahwin kamu. So kita nak pergi fitting lah ni. Jangan bagi alasan macam-macam dengan mummy. Jom ikut mummy sekarang. Mummy tunggu dekat lobi. Datang as soon as possible." Jawab Datin Faridah seraya meninggalkan pejabat Danial. Danial mengeluh. Tiada apa lagi yang boleh dia buat melainkan patuh dengan Datin Faridah.. ini keputusan yang dia sendiri buat.
YOU ARE READING
KAU? CEO AKU?
RomanceDari seorang majikan yang egois bertukar menjadi seorang suami? bertahankah Aisya dengan piliham keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak k...