BAB 8
Selesai mengendirikan diri, Aisya menyisir rambut lurusnya paras dada. Kata-kata Danial masih terngiang-ngiang di kepalanya. Air mata Aisya bertakung. Dia sendiri tak pasti mampu membahagiakan dirinya dan keluarga. Aisya mencapai notebook Acernya di atas meja. Terus log in Skype. Waktu ini, saat ini Aisya sangat perlukan Anis. Sahabatnya yang sentiasa memahami dirinya.
Wajah Anis tersenyum di talian. Tanpa dapat menahan sebak di dada terus air mata Aisya berjuraian turun. Anis terkejut.
"Weh, beb! Kenapa ni? Salam pun tak bagi la kau dah nangis. Kau ada masalah ke Sya?" Kedengaran suara cemas Anis melihat sahabatnya menangis.
"Tadi aku pergi mesyuarat company aku dekat HQ dia. Kau tahu siapa aku jumpa?"
Anis menggeleng laju.
"Aku jumpa Danial." Lemah Aisya menjawab.
"Seriously? Dia kerja dekat Megah Holding juga ke? Kebetulannya!" Anis kelihatan teruja.
Aisya terdiam lama. Berat hati dia ingin memberitahu siapa Danial sebenarnya.
"Dia memang kerja di situ sebab syarikat tu ayah dia punya. Dan dia CEO disitu?" Kali ini giliran Anis pula terdiam, melopong terkejut. 'Speechless!'
"Really? Are you serious?" Anis menjegilkan matanya. Aisya mengangguk. Selepas itu Aisya menyambung ceritanya bagaimana mereka bertemu dan apa yang membuatkan kilang air matanya pecah malam-malam begini. Riak wajah Aisya makin lama makin kendur. Ayat-ayat terakhir Danial sangat membuatkan hati dia turur terluka dan membara.
"Dia tinggalkan kau dekat train? Macam tu saja?"Anis kelihatan tidak puas hati.
"Tak guna punya laki! Harap ja handsome, kaya. Perangai Ya Allah... Tapi kan Sya. Aku rasa one day nanti dia boleh berubah. Mungkin dia perlukan masa untuk kenal kau. Biasalah dia kan lelaki. Ada egonya. Mana tahu nanti dia jadi husband yang paling penyayang. Tugas kau lah kena pikat hati dia."Anis kembali berkata-kata positif. Cuba memberikan semangat kepada Aisya walaupun hakikatnya hati dia sangat membara dengan perangai Danial.
"Aku harap macam tu lah. Moga Allah bagi aku banyak kesabaran lalui semua ni. Aku hanya fikirkan baba dengan mama. Aku tak nak hancurkan hati mereka." Luah Aisya sayu. Mereka menamatkan perbualan setelah puas menanya khabar antara satu sama lain.
Hari Jumaat yang barakah menambahkan lagi semangat Danial untuk bekerja. Jam 7 pagi Danial sudah kelihatan bersiap-siap mengenakan kemeja kerja berwarna biru gelap, bertali leher kan biru cerah. Gaya rambut trend anak muda kini disikat kemas. Dia mengenakan perfume Chanel. Danial sejak dari muda seorang yang sangat kemas dan sangat menjaga imej dan keterampilannya. No wonderlah kenapa di pejabat dia digelar boss yang sangat perfectionist. Danial menuruni tangga sambil menyanyi kecil riang. Kejadian semalam menghantui fikirannya. Dia tersenyum. Puas dapat mengenakan perempuan yang baginya punyai muslihat tertentu untuk mengahwininya.
"Haish, Dani. Awal bangun hari ni. Sampai mummy pun tak sempat nak hidang breakfast lagi ni." Tegur Datin Faridah melihat Danial mengambil tempat duduk di meja makan. Danial tersengih.
"Tak salah kan mummy?"Danial mengangkat keningnya seraya mengenyit mata kanannya kearah Datin Faridah. Datin Faridah menggeleng. Ituah perangai anaknya. Cukup pakar dalam menggoda atau mengambil hati.
"Danial, semalam mummy dah uruskan sedikit wedding kamu tu. Kad pun dah siap. Kamu nak tak? Nak bagi dekat kengkawan kamu ke?" Senyuman Danial mati bila pasal perkahwinan diungkit mummynya.
"Tak payah lah ma. Nanti Danial mesej ja." Jawab Danial. Tangannya mencapai roti planta di hadapannya. Sedikitpun hatinya tak tertarik untuk mengambil tahu urusan perkahwinannya.
YOU ARE READING
KAU? CEO AKU?
RomanceDari seorang majikan yang egois bertukar menjadi seorang suami? bertahankah Aisya dengan piliham keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak k...