BAB 7
Aisya membelek-belek penyata akaun bulan Januari tahun lepas, dia menggaru kepala yang tidak gatal itu. Dia membebel sendiri, kenapa masa ni baru CEO singa dia nak tengok penyata yang berkurun lama.
"Haa, muka tu dah macam kera mati anak kenapa plak?" Sergah Fatini.
"Tadi, boss suruh aku cek balik penyata yang dah macam jeruk ni. Kata dia CEO singa kita tu nak tengok. And maybe nextweek dia turun sini." Balas Aisya lemah.
"Really? Seriously? Aummm.. bestnyaa." Fatini menjerit keriangan. Aisya mengerutkan dahinya, hairan.
"Kau, dah kenapa. Dia nak turun happy pulak. Kau tahu tak kerja yang menggunung macam gunung Everest tu sedang menunggu kita."
"Sya, kau tahu tak, tengok muka handsome, gaya macho dia tu boleh hilang segala mak nenek stress aku." Jawab Fatini riang sambil tersengih.
"Oi, Tini, Aisya, boss nak jumpa korang. Katanya ada hal mustahak." Kak Ida mencelah dari belakang. Fatini, Aisya berpandangan.
Dalam bilik encik Mahmud, Aisya dan Fatini tercegat memandang Encik Mahmud dengan perasaan suspen.
"Fatini, Aisya, saya ada kerja nak suruh kamu buat petang ni." Suara encik Mahmud serius. Aisya, Fatini hanya mendiamkan diri menunggu kata-kata seterusnya dari encik Mahmud.
"Petang ni pukul 3 , department Finance Megah Holding ada mesyuarat dekat HQ. saya sepatutnya hadir. Tapi tiba-tiba isteri saya call, cakap mak mertua saya kena masuk hospital. Jadi saya tak dapat hadir. Saya dah tanya Syaf, Ida, Zaidi masing-masing ada deadline esok. jadi saya nak kamu berdua pergi. Haa, lagi satu meeting ni bersama CEO muda kita." Ujar lebar Encik Mahmud. Fatini sudah kelihatan senyum lebar mendengar ayat terakhir en. Mahmud.
"meeting macam mana ni? Kami kena buat apa-apa tak?" Aisya menyoal sedikit risau.
"Yang tu, don't worry. Saya dah inform dekat diorang saya tak dapat hadir and just hantar staff. So, kita akan dikecualikan dari presentation. Nanti saya present personally depan CEO. So, kamu pergi just dengar and catat apa yang patut." Jawapan encik Mahmud sedikit melegakan hati Aisya dan Fatini. Mereka bersetuju untuk hadiri mesyuarat tu. Keluar dari bilik encik Mahmud senyuman Fatini makin lebar.
"Seronok lah tu dapat tengok encik pujaan hati awal seminggu." Usik Aisya menyiku Fatini.
"Of course la! Bagai orang mengantuk disorongkan bantal." Fatini mula menyanyi perlahan senang hati. Aisya menggelengkan kepalanya. Taksub betul dia ni dengan singa tu. Handsome sangat ke?
Aisya, berdiri tegak di hadapan pintu masuk Megah Holding. Jauh dari sudut hati Aisya mengagumi setiap design bangunan Megah Holding. Cantik! Eksklusif!
"Woi, tak nak msuk ker?" Fatini yang berada di hadapan 3 langkah dari Aisya hairan bila Aisya berhenti berdiri macam tugu Negara.
"kau mesti terkejut kan. Cantik kan HQ kita?" Aisya mengangguk laju, setuju dengan pertanyaan Fatini.
"Aku dulu pun, first masuk macam kau lah. Terpegun gila. Rasa macam masuk hotel 5 bintang."
"Tapi, kenapa staff kat sini aku tengok lain macam aja muka tu. Serius habis-habisan."bisik Aisya. Fatini tergelak kecil.
"Kau mesti tak tahu lagi etika diorang macam mana. Tak boleh gelak suka hati, sembang kosong waktu bekerja. Setiap sudut ada CCTV." Jawapan Fatini membuat Aisya melopong. Protokalnya!
"Tapi kau nak tahu satu fakta Megah Holding ni tak? Cuba kau tengok akak kaunter pertanyaan tu." Aisya menjatuhkan pandangan ke arah seorang gadis muda, cantik persis model di hadapan kaunter pertanyaan.
YOU ARE READING
KAU? CEO AKU?
RomanceDari seorang majikan yang egois bertukar menjadi seorang suami? bertahankah Aisya dengan piliham keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? "CEO kita yg dah macam singa tu kau tak k...