Part 10

29.7K 641 16
                                    

BAB 10

Majlis resepsi perkahwinan Danial dan Aisya di sebelah pihak lelaki berjalan lancar di dewan hotel Thr Gardens. Bertemakan putih dan baby yellow suasana majlis kelihatan sangat eksekutif. Rata-rata tetamu yang hadir hanya lah dari saudara mara, sahabat handai, Boards Of Director Megah holding dan Top Management Megah Holding, menepati syarat danial sebelum majlis ini diadakan.

Aisya yang mengenakan busana serba putih dan sedikit lace gold rekaan khas dari Radzwan radzwill sangat memukau semua para jemputan. Danial hanya berpakaian kemeja putih dan coat baby yellow juga menjadi tumpuan para gadis yang berada di situ.

"Wah,wah kau Danial. Diam-diam ubi berisi. Tup-tup invited kitaorang wedding kau." Amran sahabat Danial di UK mengucap tahniah. Senyuman diberikan kepada Aisya yang berada di sebelah.

Aisya sedikit kekok bila terpaksa berhadapan dengan kawan-kawan suaminya. Dia sendiri tak nafikan jauh beza kawan Danial dan kawan-kawannya. Kawan Danial rata-ratanya datang dari keluarga VIP, Tan Sri dato' Datin, ada jugak dari kalangan anak menteri. Dari tadi Aisya hanya memerhati kawan-kawan Danial yang datang untuk bergambar dan ucap tahniah.

Dari kepala hinggalah ke kaki semua berpakaian jenama. LV, Coach antara jenama yang dipakai. Kawan perempuan pulak kebanyakannya bergaya persis model dan artis. Aisya terasa dirinya bagai langit dan bumi untuk dibandingkan dengan kehidupan Danial.

"Awak, saya nak pergi dekat baba, mama kejap. Diorang nampak macam nak balik dah." Aisya berbisik kepada Danial yang sibuk berbual dengan rakan-rakan di UK. Danial hanya mengangguk.

Aisya menarik nafas lega dapat melarikan diri dari zon tidak selesa. Dari jauh dia tersenyum melihat ahli keluarganya saling berbual dengan tetamu yang hadir.

"Mama nak balik dah ker?" Aisya datang kearah Hajah Marina dan terus memaut lengan mamanya.

"Eh,kamu ni. Dah jadi isteri orang pun nak manja lagi."

"Dia sedih la tu nak kena tinggal."Abang Asyraf pula mengusik. Aisya memuncungkan mulut sambil membuat mimik muka tak puas hati kepada abang sulongnya.

"Pergilah teman suami kamu tu. Kawan-kawan dia mesti nak kenal dengan kamu." Ujar hajah Marina melihat kearah Danial yang masih kusyuk berbual dengan para tetamu.

"Dia yang sembang bukan Aisya. Aisya jadi tugu Negara ja sebelah dia. Bosan lah!"Aisya mempertahankan diri dengan nada merajuk.

Hajah Marina tergelak kecil mendengar luahan Aisya. Haji Harun kelihatan masih bersemangat berbual bersama para tetamu. Kelihatan Dato' Najmi di sisinya. Mungkin memperkenalkan besan. Maklumlah sebagai peguam Hj Harun juga dikenali ramai.

Aisya menghantar kepulangan ahli keluarganya dengan perasaan yang penuh sayu. Selepas kereta mereka hilang dari pandangan, Danial terus masuk ke dalam dewan semula meninggalkan Aisya di belakang.

"Assalamualaikun Pn Aisya. Tahniah jadi wife Tn Danial."Aisya menoleh kea rah seorang gadis tinggi lampai, wajah yang cantik dan ayu ala-ala anak mami. Aisya tersenyum.

"Oh, by the way saya Syarifah. Tn Danial's PA."Aisya menyambut salam Syarifah. Aisya tersenyum lebar. Sekurang-kurangnya malam ini dapat juga dia jumpa perempuan yang masih lagi mampu ramah dengannya selain keluarga Danial

"Oh, hai. Saya Aisya Sofea. Awak dah nak balik ke?"

"Erm,yup. Dah lama saya kat sini. Tapi kan Puan, saya macam rasa pernah nampak muka puan kat somewhere."

"Eh, tak payah lah panggil Puan. Panggil Aisya cukup. Jangan risau, saya tak reportlah dekat boss awak. Pernah jumpa saya?"Aisya sedikit hairan bila Syarifah seolah pernah jumpa dia. Dia cuba untuk mengingati wajah Syarifah yang mungkin dia juga familiar di mana-mana.

KAU? CEO AKU?Where stories live. Discover now