Coretan Sang Penulis

1.2K 68 15
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera (bagi yang Non-Muslims) serta Salam 1 Malaysia !~ PLUTO ialah buku kedua yang aku terbitkan dalam Wattpad. Jadi, bagi sesiapa yang belum baca buku pertama aku iaitu HILANG, sila-silalah baca, ya?

Buat pengetahuan para pembaca yang dikasihi sekalian (ceh!), beberapa kawan baik aku (Gays) yang juga sahabat pena Wattpad aku, nak sambungan bagi HILANG. And some of my followers want me to create new story, category : Sci-fi or Adventure. Jadi alang-alang minat angkasa, aku buatlah cerita PLUTO ni. Sekuel untuk HILANG : CHECKED. Cerita dari kategori fiksyen sains dan adventure, CHECKED. Apa lagi? Kepuasan diri : CHECKED :) Jadi, cerita ini didedikasikan kepada HanieWu, Qilah_Azhar, dan syaqilla57.

PLUTO ialah sebuah cerita yang bertemakan pengembaraan di angkasa lepas. Sejujurnya, aku rasa happy gila apabila nak menulis cerita ni sebab aku ni jenis yang minat dalam bidang ilmu angkasa. Cita-cita aku? Angkasawati! Tapi disebabkan oleh masalah kesihatan aku, aku terpaksa tukar cita-cita. Aku nak jadi astronomer atau astrobiologistlah!

Okey, aku terus-terang. Aku ambil sedikit jalan penceritaan dan idea daripada buku ditulis oleh orang Barat, bertajuk Space Oddysey. Tapi aku ambil sedikit saja, tak banyak. Aku tak ingat pun plot dan peristiwa yang berlaku dalam cerita tu, sebab buku tu aku pinjam dari Perpustakaan Negara semasa aku masih kecil. Aku, budak kecil, mana faham sangat Bahasa Inggeris. Tahun lepas aku ingat nak cari dan pinjam lagi buku tu dari perpustakaan, tapi tak jumpa. (TT^TT)

*Lap air mata* Apa-apa pun, aku buat buku aku sendiri, sempena 'kehilangan' buku Space Oddysey tu dan sempena penerokaan Pluto oleh satelit New Horizons milik NASA pada akhir tahun 2015. Yup, selama ini kita hanya TAHU bahawa Pluto ada di hujung Sistem Solar, namun kita tak pernah LIHAT rupa Pluto yang sebenarnya. Hal ini kerana posisi planet comel itu yang terlalu jauh dan terlalu kecil itu hanya membolehkan teleskop menangkap gambarnya dalam pixels. Sangaaaat kabur.

Mungkin sebab tu kut, aku (hampir) menangis gembira apabila aku dapat tahu berita mengenai New Horizons melepasi orbit Pluto tu. Serius, memang aku dan 'ahli-ahli astronomi' yang lain menanti-nanti akan berita tu. Huhu.

Soalan famous : Kenapa teleskop boleh lihat galaksi dan bintang yang jauh-jauh dengan sangat jelas, namun tidak dapat melihat Pluto??

Jawapan : Teleskop dapat lihat imej galaksi dan bintang kerana galaksi (sekumpulan bintang) dan bintang-bintang mengeluarkan cahayanya sendiri. Pluto tidak mengeluarkan cahayanya sendiri - ia cuma memantulkan cahaya Matahari bak cermin. Malangnya, tidak seperti Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal, Pluto tidak dapat memantulkan banyak cahaya Matahari kerana posisinya yang terlalu jauh dan saiznya yang terlalu kecil.

Kenapa pula tiba-tiba aku buat kuiz angkasa ni? Puih, hahaha.

Kisah ini menceritakan kisah beberapa orang klon remaja yang membawa misi ke Pluto. Masing-masing mempunyai perangai dan kisah hidup mereka yang tersendiri. Disebabkan itu, kerjasama amat sukar dicapai untuk menjayakan misi mereka untuk ke Pluto, kerana kerjasama kali ini tidak sama seperti mereka bekerjasama ketika di dalam kelas. Malah, bermacam-macam masalah mereka hadapi ketika dalam perjalanan ke Pluto.

Nilai-nilai murni, saya terapkan nilai kasih sayang antara sahabat baik. Serta, nilai tolak ansur dan bekerjasama sesama ahli pasukan juga menghiasi jalan cerita PLUTO ini.

Heheh, aku harap kamu semua enjoy cerita aku ini. Mungkin ada yang kata cerita HILANG dan PLUTO agak membosankan. Aku tak kisah kalau plotnya yang membosankan, aku akan perbaikinya dan cuba ambil teladan melalui komen itu. Namun ada yang mengatakan cerita yang aku buat membosankan kerana penjagaan tatabahasa dan perkataan ejaan baku! Erhhh pleaselah! Aku cuba memartabatkan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita! Tengoklah budak-budak remaja zaman sekarang ni! Huh! (Alamak termarah pula. Hehe sorry~)

Enjoylah, ya. Kepada para followers, terima kasih kerana follow, vote dan support aku. Aku masih newbie lagi dekat dalam Wattpad ni, jadi apa-apa teguran, komen anda aku alu-alukan. :) Nak private message, borak mengadu domba dekat aku pun boleh. Even request fanfic pun boleh!! (Hey heyy, jangan tamak, okay?)

Ah, lagi satu. Kalau aku lama tak update tu, maknanya kredit internet aku tamat tempoh. RM5 terlalu berharga untuk aku - I mean, come on! Even nasi berlauk telur mata kerbau dan sedikit sayuran pedas pun dah lebih RM5! Jadi aku bersyukur sangat kalau ibu aku belanja RM5 kredit, dapatlah aku internet untuk tiga hari. But don't worry... Semasa aku tiada internet, aku akan selalu menaip menyediakan bab-bab seterusnya.

Dahlah, aku tak tahu nak cakap apa lagi. Hahaha bye-bye!! Assalamualaikum dan salam sejahtera~~~

*astrobiologist : ahli astronomi yang mengkaji geologi planet untuk mencari hidupan di planet selain Bumi. Wanna be one?

PlutoWhere stories live. Discover now