Bab 6 : Bumi dan Angkasa

419 39 0
                                    

  "Aku terbang!! Aku boleh terbang!!!"

  "Yeahhhhh!!!"

  "Yeeehaaaaa!!!!"

  "Hei, hati-hati!! Kalau terlanggar suis, boleh meletup kapal ni!!"

  "Eh, yakah??"

 
  Aku terjaga apabila ada bunyi bising yang sayup-sayup didengar. Berpinar-pinar mata aku ini apabila aku bukanya luas. Kepala aku... Pening.

  Bunyi bising itu masih ada. Tidak perlu aku fikir banyak-banyak bunyi itu datang dari mana. Tahu sangat kawan-kawan sekelas aku yang tengah memekak.

  Aku pandang sekeliling. Walaupun agak gelap, aku dapat juga tahu bahawa aku berada di dalam sebuah bilik. Tidak terlalu luas, tidak pula terlalu kecil.

  Mata aku terpaku pula melihatkan kedua-dua tangan aku. Terapung-apung? A-Apa yang--

  Oh. Aku di angkasa.

  Memandangkan aku berada di angkasa, aku agak aku berada di dalam beg tidur berzip. Vertikal, terlekat pada dinding.

  "Hei, kalian~ Jom makan~!"

  "Yeay, makanan!!!"

  M-Makanan?

  Sheesh, tak guna. Aku pun nak makan juga. Sanggup mereka tinggalkan aku--

  "Hoi, Fith! Nak pergi mana tu? Marilah makan!"

  "Ah, sekejap, sekejap!"

  Terkejut aku apabila pintu kebuk bulat bilik ini tiba-tiba sahaja terbuka.

  "Eh, R-Raja! M-Maaf kalau aku buat kau terperanjat!"

  Sedar pun kau fasal tu.

  "Huh. Lain kali ketuklah pintu..."

  Aku pandang Fifi perlahan-lahan 'terbang' ke arah aku dengan payahnya. Hendak bergerak dan menyesuaikan diri di angkasa memang susah.

  Dia memaut pada beg tidur yang tengah memerangkap aku ni.

  "Kau... okey?"

  "Hmm."

  Fifi sedang menekan-nekan sesuatu pada skrin kecil di dinding sebelah kanan aku. Aku rasa dia tengah periksa keadaan aku.

  Tapi... apa yang berlaku sebenarnya? Setahu aku, tadi aku dan yang lain-lain sedang melawan tekanan G ketika tengah berlepas. Sedar-sedar, aku terjaga dari tidur dengan pening yang lain macam ini, di dalam bilik dorm lelaki. Takkanlah aku...

  "Aku pengsan, bukan?"

  Fifi mengangguk, masih dengan skrin kecil tadi. "Kau tak dapat bernafas tadi. Kau tak sedarkan diri selama setengah jam."

  Ah... aku pengsan. Erh, lemah sebeginikah aku? Bukankah aku ni klon terbaik?? Aku paling benci jadi lemah, kemudian menyusahkan orang lain. Aku pasti Kak Natasha dan yang lain-lain berasa risau. Apatah lagi si Fifi tu.

  Aku pandang budak yang di sebelah aku ni. Raut mukanya pelik. Macam marah. Entah.

  "Kau buat lagi macam tu, aku bunuh kau terus. Senang cerita."

  Dah apa kena pula dengan dia ni?

  Mukanya marah tapi... matanya macam... menahan tangis. Ah... jadi aku dah buat dia risau, bukan begitu?

  Setiap kali aku berada di ambang maut, setiap kali itulah aku dah buat Fifi risau akan aku. Rasa bersalah pula jadinya.

  "Bunuh sajalah aku ni. Apa yang kau tunggu-tunggukan?"

PlutoWhere stories live. Discover now