"Aqilah-"
"Lepaskan aku!"
"Aqilah, tolonglah...-"
Aqilah menepis kasar tangan Izzah. Hampir terjatuh Izzah ditolaknya. Terus sahaja Aqilah melangkah pantas sepanjang koridor hospital itu.
"Aqilah-"
"Izzah. Stop. Please."
Izzah menangis teresak-esak. Diambil tangan Aqilah, meramasnya. Masing-masing langkah mereka terhenti di tengah koridor, tanpa diperhatikan sesiapa kerana kurangnya pekerja pada waktu malam.
"Please, Aqilah... Ansar dah tiada... Janganlah buat macam ni..."
Tangan Izzah ditepis lagi.
"Aku tahu Ansar masih hidup! Kau mungkin fikir aku ni tak dapat terima kenyataan sebab boyfriend dah mati or something tapi sebagai seorang kawan, aku tahu dia masih hidup!"
"Tapi aku risau akan kau! Kau sakit, kau perlu berehat-"
"Kisah apa aku?! Berhenti risau boleh tak??"
Turun naik nafas Aqilah. Melihatkan Izzah merunduk dan menangis, serba sedikit dia rasa bersalah pula.
"Maaf Izzah. Tapi aku betul-betul pasti Ansar hidup. Selagi aku tak nampak mayat dia... Aku takkan percaya dia sudah mati."
"Betul?"
"Huh?"
"Kalau aku... bawa kau tengok mayat Ansar... Kau akan percaya?"
Terkejut dia dengan pandangan mata Izzah yang masih berkaca itu. Nampak nekad.
"Ya."
Izzah berjalan laju ke hadapan. Aqilah, yang masih memakai pakaian wad, mengikut.
"Masuk."
Aqilah pandang atas, di dinding atas pintu. Tertulis besar-besar, 'BILIK MAYAT'. Jelas kelihatan kabus sejuk keluar menderu menyentuh kulit mereka.
"Apa lagi. Masuklah."
Aqilah terkejut lagi. Jarang sekali Izzah marah begini.
Aqilah memasuki bilik mayat. Kesejukannya tidak mampu dia hiraukan, tetapi dia kuatkan diri juga.
Kunci yang tergantung di belakang pintu berserta jaket sejuk, diambil dan dipakai.
Izzah cepat ke hujung bilik mayat itu, di mana ada almari besi penuh dengan laci-laci besar, tempat tersimpannya mayat. Kunci yang sempat digapainya dari pintu ketika memasuki bilik mayat, diguna lalu membuka sebuah laci.
Kain putih. Menutupi badan. Aqilah masih terkaku.
"Mereka masih menyimpan mayat Ansar di sini untuk membuat penyelidikan klon. Kami semua bersetuju, memandangkan memang arwah dahulu memang teringin hendak membantu para saintis mengkaji mengenai klon."
Aqilah mengeluh nafas berat.
"Tapi aku pasti ini bukan Ansar. Ansar... masih hidup."
"Kau kena terima kenyataan, Aqilah. Selak kain tu. Pandang dia puas-puas. Kelak kau pasti rindu akan Ansar."
Perlahan-lahan tangannya menyentuh kain. Dibukanya perlahan, sehingga ke dada. Aqilah hanya mampu menekup mulut. Ya, itu Ansar. Memang Ansar.
Kepalanya menggeleng-geleng pantas. "Tak... Aku... Aku pasti Ansar masih hidup..."
Suasana sunyi sahaja. Ada yang duduk di lantai koridor. Ada yang duduk di kerusi yang disediakan. Ada juga yang berbaring di lantai dan berdiri, bersandar di dinding. Hampir semua klon berada di situ, merenung pintu teater pembedahan yang entah bila akan terbuka.
YOU ARE READING
Pluto
Adventure(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kela...