"E-Eh... dah... tengah harikah...?"
"Ya. Bangun cepat, jangan nak merungut lagi."
Azim bergolek-golek di atas katilnya, membuatkan selimut putih membaluti tubuhnya seakan-akan roti membaluti sosej.
"Alaa, aku nak tidur lagi...!"
"BANGUN SAJALAH!"
"Hish, yalah! Aku nak bangunlah ni...!"
"Menyampah aku dengan kau ni."
Teriakan Raja yang menakutkan tadi segera mengangkat badan Azim yang tadinya terasa begitu berat untuk bergerak. Muncung panjangnya menghias wajah mamainya, cukup panjang untuk sangkut penyangkut baju.
"Cepat sikit, tiada masa nak merajuk-rajuk. Teman wanita kau dah lama tunggu kau."
Ansar dan Hafiz gelak kecil sambil mereka sakat-sakat budak Azim itu. Orang merajuk memang seronok untuk disakat.
Azim hanya berjalan-jalan perlahan bagai zombi, menyiapkan diri. Mukanya dibasuh, pakaian sukan dipakai dan rambut, seperti biasa, dipakai gel lalu dipacakkan.
"Dah siap?"
"Dah."
"Marilah, kita pergi."
"Azim!~ Cepatlah, cepat ke sini!~"
Hani, dalam kalangan tiga rakannya yang lain serta Natasha, melambai-lambai ke arah Azim yang berada di belakang Raja, Ansar dan Hafiz yang berjalan ke arah kumpulan perempuan. Dia masih persis zombi, tetapi mendengarkan suara Hani yang memanggil, terus moodnya berubah. Begitu jugalah dengan cara berjalannya.
Azim berlari gembira mendapatkan Hani, meninggalkan tiga rakannya di belakang.
"Mereka berdua tu, bercinta atau tidak?"
Ansar mengangkat bahu tanda dia sendiri pun tidak tahu nak beri jawapan apa kepada soalan Hafiz tadi. Hafiz bermuka keliru, menoleh kepada Ansar dan Raja di kanannya.
"Rapat mereka tu, semacam rapatnya. Ke mana sahaja Azim pergi, mesti ada Hani di sebelah. Begitu juga sebaliknya. Jadi... takkanlah mereka berdua hanya berkawan baik?"
"Yang kau nak risau, kenapa pula?" keras pertanyaan Raja, membuatkan Hafiz terkedu sebentar.
Hafiz memandang Azim semula. Wajah rajuk dia sudah lama hilang.
"Hani tu, dah banyak kali bercinta dan mungkin sedang bercinta dengan seseorang sekarang ni. Bagaimana kalau Azim sedang menaruh hati pada Hani, namun Hani tidak pula menaruh hati pada Azim? Bukankah akan jadi masalah nanti?"
Kali ini, Ansar dan Raja pula terkedu. Memang benar kata-kata Hafiz itu. Bagaimana kalau perkara itu benar-benar berlaku? Hati lelaki Azim akan berkecai.
Rasa kasihan itu muncul, namun singkat sahaja.
"Biarkan sajalah Azim tu. Kita tengok dulu apa akan jadi nanti." ucap Ansar. Dua yang lain hanya mengangguk.
"Lambat betullah kalian ni!" marah Natasha, namun marahnya bernada ceria. Natasha kali ini berpakaian sukan lengkap, tidak lagi berpakaian pejabat yang agak menjolok mata itu.
"Budak lelaki memang lembab sikit..."
"Diamlah, Aqilah."
"Kaulah yang patut diam, Raja."
"H-Hei... Janganlah bergaduh... Marilah, kita mula berlatih!" ajak Natasha, sambil dia mula menapak ke suatu tempat di dalam bangunan yang lagi satu. Bangunan ini berlainan daripada bangunan pejabat yang mereka pergi sebelum ini. Setiap bilik merupakan bilik latihan angkasawan, sama ada fizikal mahupun mental.
YOU ARE READING
Pluto
Aventure(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kela...