"Jangan bergerak."
Seakan-akan mematuhi kata Fithri, semua tidak bergerak.
Pisau bedah kecil, atau skalpel, masih digenggam kuat Fithri. Begitu kuat, hingga berdarah jemarinya ditekan bilah tajam itu. Namun Fithri tidak pula kisah. Diteruskan jua menghunus skalpel itu ke arah kumpulan rakan-rakannya berdekatan pintu hac bilik sakit.
"A-A-Apa kau buat ni, Fith???"
Skalpel segera dihunus pada Aqilah yang berada semeter di sebelah. Aqilah agak ketakutan. Tangannya masih mendepa dari tadi, melindungi Hafiz di dalam beg tidurnya, di belakang Aqilah.
"F-Fifi..."
Raja pula dihalanya pisau kecil itu.
"Kau... kau kenapa...?"
Raja nampak Fithri menggigil. Tangannya, bibirnya, satu badannya menggeletar. Wajah amarahnya yang pucat lesi menakutkan semua orang yang berada di situ, membuatkan mereka berlindung di belakang sang ketua.
"Hafiz... Dia akan mati... Kenapa kau biarkan dia terseksa?..."
Raja menelan air liur.
"Jadi... kau nak bunuh dia?"
"Aku bukan nak bunuh dia! Aku nak hentikan penyeksaan dia!"
Menghampiri Raja, Andrew meluncur sedikit ke hadapan.
"JANGAN BERGERAK AKU KATA!"
Andrew terkejut. Dia panik, namun dia beranikan diri.
"Fithri... Tak perlu buat macam ni. Hafiz masih ada peluangnya-"
"Peluang apa lagi yang ada??"
"Abang Andrew seorang doktor saintis, Abang tahu bagaimana nak rawat dia. Dan Hafiz sendiri sedang melawan sakitnya tu, dia tak mahu mengalah sekarang!"
Fithri hanya mendiam. Tiada sepatah apa pun disebutnya, tetapi pisau masih dihunus. Hembusan nafasnya kedengaran kuat di bilik itu.
"Aku tak percaya. Aku tak percaya Abang Andrew, aku tak percaya sesiapa!"
Pisau kecil itu kembali dihunus kepada Aqilah.
"Pergi dari sini."
Aqilah mengetap gigi geram.
"Dan biarkan kau menggila macam ni?? TAKKAN!!"
Fithri mendekatkan hujung skalpel pada leher Aqilah. Aqilah tidak juga berganjak walaupun ketakutan menguasai diri.
Isyarat mata diberi Raja kepada Aqilah, mengarahkan dia beredar. Pun Aqilah berasa sakit hati, dia terpaksa berundur.
Kini Hafiz dibiar tidak berpelindungan.
"Fith-"
"Halang aku, dan aku bunuh kau."
Hani cuba menolong lagi, namun dihalang Ansar. Gelengan Ansar berisi maksud, mengatakan ia terlalu berbahaya untuk melawan.
Andrew bersiap sedia menghalang Fithri jika sesuatu terjadi.
"Fifi... Jangan buat macam ni."
Raja perlahan-lahan ke hadapan, sementara yang lain semakin menjauh.
"Kau diamlah!"
"Jangan begini. Kau akan mencederakan kawan-kawan kau sendiri-"
"Siapa kawan aku? Siapa??" Skalpel dihunus tanpa teragak-agak. Hampir sahaja terkena Raja yang semakin menghampiri.
YOU ARE READING
Pluto
Adventure(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kela...