Solat Subuh sudah ditunaikan. Selepas mengemas kain sejadah dan katil, Hafiz keluar dari bilik lalu menguncinya.
Hafiz yang berbaju melayu merah siap bersongkok, menarik perhatian kebanyakan jururawat dan pembantu doktor yang lalu-lalang. Hafiz pelik juga, yalah, kenapa tiba-tiba semua orang pandang dia sambil tersenyum malu? Langkahnya diteruskan juga ke lif.
Hafiz berseorangan di dalam lif itu, namun ketika pintu lif hampir sahaja tertutup, ada seorang lagi yang tergesa-gesa, berlari dari koridor untuk masuk ke lif.
Kini di dalam lif ada Hafiz dan Izzah.
"Assalamualaikum, Izzah."
"Waalaikumussalam, Hafiz~ Handsome kau hari ni?"
"Huh? Yakah?"
Izzah mengangguk pantas sambil tertawa kecil.
"Habis tu? Kau rasa kenapa nurse dan doktor asyik tersipu-sipu senyum apabila pandang kau?"
Hafiz hanya tersengih malu. Bukan dia seorang sahaja, Ansar dan Azim juga kerap kali ditenung, dipandang, malah pernah kena spy oleh para jururawat dan doktor muda. Memang tidak hairanlah, tiga orang jejaka ini menjadi penarik setiap wanita.
Raja? Entah. Setakat ini tiada pula yang tertarik dengan dia...
Pintu lif terbuka dan dengan segera, dua rakan baik tadi melangkah keluar. Destinasi mereka adalah ke kafeteria hospital.
Seperti hari-hari biasa, selepas Subuh, pihak hospital dan kakitangan kafeteria akan menyediakan sarapan kepada para remaja seramai 22 orang itu. Buka sahaja pintu itu, boleh pecah gegendang telinga dengan riuh budak-budak habis sekolah itu.
Izzah dan Hafiz lihat-lihat makanan apa yang disedia di dalam dulang-dulang besi, di atas kaunter kafeteria.
"Nasi goreng kampung, nak oi... Mak cik masak khas untuk anak."
Izzah tersenyum lebar. Tahu sahaja akan mak cik itu tentang makanan kesukaannya. Sungguh dia terharu. Hafiz juga tersenyum kecil. Teringat dia akan ibu angkatnya.
Mak cik di seberang kaunter membalas senyuman, sambil beliau menyenduk nasi goreng kampung ke dalam pinggan, lalu dihulurkan kepada Izzah dan Hafiz.
"Terima kasih sangat-sangat! Mak cik dah makan?" tanya Izzah, ceria.
"Sudah...!," nyaring suara mak cik kafeteria itu, menuturkan loghat Negeri Sembilannya, "anak pergilah makan!"
Izzah tersenyum lebih lebar dan mengangguk sebelum dia duduk bersama rakan-rakannya yang sudah mula menjamu selera.
Sengaja dia duduk semeja dengan geng yang ikut sama ke agensi angkasa pada pagi itu.
"Lambatnya kau! Kalian berdua buat apa, huh? Dating?"
"Banyaklah kau 'dating'! Huh!"
"Woi, woi. Jangan bergaduh depan makanan..." Dengan pantas Ansar menamatkan bait permulaan pergaduhan antara Raja dan Izzah. Setiap kali bersua muka, ada sahaja perkara yang akan dibuat gaduh.
"Dah, makan cepat! Dr. Fakhrul dah lama tunggu kita!" mulut penuh Aqilah tidak pula membuat kata-katanya tidak difahami. Yang lain terpaksa menurut.
"Eh, apa yang kita nak beritahu fasal ketiadaan kita ke Pluto kepada rakan-rakan lain?"
"Oh, itu. Irdina, Diyana dan Syahindah dah uruskan." jawab Hani.
"Mereka terpaksa belajar di universiti untuk menghubungkan sel-sel otak mereka!"
"Pfft..!"
YOU ARE READING
Pluto
Adventure(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kela...