"Tidak kira apa caranya, kita perlu berbuat sesuatu!"
"Tapi apa?? Macam mana??"
"Aku tak tahu. Kalian jangan senyap saja! Berilah idea!"
"Kami tak tahu! Tiada cara lain lagi dah!"
Keadaan sunyi seketika di dalam bilik mesyuarat itu. Hanya hembusan nafas deras kedengaran. Ketegangan situasi itu terasa dengan masalah yang membebani beberapa orang lelaki pertengahan umur yang berpakaian pejabat.
"Nak atau tidak, kita kena hantar juga sesiapa ke sana."
"Apa?"
"Hantar manusia ke situ. Sama saja seperti yang terdahulu. Hanya misi yang berbeza yang mereka bawa."
"Apa kau gila?? Kita tak boleh bazirkan saja angkasawan-angkasawan kita!"
"Benar! Kau fikir-fikirlah sikit mengenai pelaburan kita dengan syarikat aeroangkasa lain!"
"Space shuttle kita itu satu masalah lagi. Kita mesti kekalkannya sebagai rahsia! Mereka tak boleh tahu kejayaan yang agensi kita telah capai!"
"Dengar. Tak semestinya kita perlu menghantar angkasawan. Kita boleh hantar orang lain."
"Tunggu, apa? Apa maksud kau...-"
Lelaki yang mula-mula memberi idea tadi berdiri, sambil tangannya menongkat berat badannya di meja. Kerutan keningnya jelas terukir di wajah mudanya.
"Hantar orang lain untuk misi ini. Seperti yang lepas-lepas, kita boleh terus merahsiakan perkara mengenai kapal angkasa tu.
Ini untuk kebaikan kita juga. Sekurang-kurangnya kita hanya perlu berkorban sekecil zarah saja kebaikan semua orang."
Hanya sunyi yang membalas kata-kata lelaki tadi. Sedikit-sedikit, yang lain mula menerima pendapat rakan sepejabat mereka itu.
"Baik. Jika itulah kata sepakat kita semua, baguslah kita mulakan secepat munkin. Mulakan sekarang."
YOU ARE READING
Pluto
Adventure(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kela...