"Wah penatnya.." kataku sambil menghempaskan tubuh di atas tilam empukku. Latihan kawad kaki diadakan dan seperti biasa aku tidak dibenarkan menyertai nya. Alasan? Aku tidak beberapa sihat.
Ibu dan papa tidak pulang lagi. Aku berseorangan dan kebosanan. Turun sahaja ke dapur aku melihat nota kecil yang tertampal di peti sejuk. "Ibu nak makan spaghetti harini. Puteri tolong masak ye." Nota dari ibu. Aku tersenyum dan mencari bahan dalam laci kabinet.
"Bahan dah abis. Haish shopping lagi." Keluhku tapi demi ibu aku sanggup mencarinya walau dihujung dunia manapun. 'Haish melebih lah kau nih.' Bisik hatiku mengutuk diri sendiri. Aku menaiki tangga semula menuju ke bilik.
Aku bersiap ala kadar dan menghubungi teksi. Aku bercadang mahu ke aeon sahaja bila mengenangkan malas untuk pergi jauh jauh. Teksi tiba dan aku menaikinya tidak mahu melambat lambatkan masa lagi.
Tiba di aeon aku terus memberi not RM10 dua keping. Aku menuruni teksi dan memasuki ke dalam pasaraya besar itu.
____________________________________________"Weyh kenapa kite kene pegi jj nih bagai?" Danish merungut apabila ditipu oleh rakan rakannya. Mereka menghubungi danish dan mengatakan ingin belajar bersama sama kerana banyak kerja sekolah yang tidak disiapkan.
"Sorrylah, kalau kitorang tak tipu kau. Kau mesti taknak join kitorang shopping harini." Kata jeffri sambil tersengih. "Shopping shopping, macam perempuan." Danish merungut lagi. Dia memang pelik dengan sikap rakannya yang suka membeli belah. Baginya perempuan sahaja yang berperangai begitu.
"Halah nanti kan kita kene buat persembahan sempena birthday ayah kau. Kira adalah sebab kene shopping harini." Kata faiz masih memujuk danish. "Weyh kejap tu bukan qisrina ke?" Alif tiba tiba menegur apabila semua leka memujuk danish.
"Eh haah lah. Amboi alif sejak bila kau asyik nampak perempuan je ni. Selalu bukan buat tak tahu ke bila nampak perempuan." Kata faiz, kelihatan alif tersengih malu dan menunduk. Alif memang tidak suka akan perempuan bukan bermaksud dia songsang tapi baginya perempuan selalu menyusahkan dan menyakitkan hati.
"Jom lah pegi tengok dia cari apa kat sini." Kata jeffri mula melangkah namun ditarik semula oleh Danish. "Kau dah kenapa? Tadi nak shopping baju je kan. Takde takde aku bukan spy." Danish menghalang dan tidak bersetuju dengan rancangan mereka.
"Inilah namanya jodoh. Alah kau ikut jelah." Kata jeffri lalu meninggalkan mereka. Mereka yang lain menyertai jeffri meninggalkan Danish dibelakang. Danish akhirnya mengalah dan mengikut serta mereka.
"Eh dia beli barang macam nak masak spaghetti? Apa kata seorang dari kita pergi kat dia tegur dia." Cadang jeffri. Faiz bersetuju. "Ok aku pergi eh? Nanti aku call korang korang datang kat kitorang." Faiz meninggalkan mereka selepas mereka bersetuju.
____________________________________________"Ok barang untuk spaghetti siap." Aku seperti mahu bersorak gembira apabila berjaya mencari bahan untuk spaghetti. Terkenang wajah ibu yang gembira apabila anaknya berjaya menyiapkan makanan yang diidamkan. 'Mesti ibu suka.' Bisik hatiku.
"Hai qisrina." Sapaan yang tiba tiba muncul dari belakang membuatku terperanjat. Aku menoleh untuk melihat gerangan yang menyapaku. "Eh hai faiz." Aku tersenyum manis apabila melihat faiz yang menyapaku.
'Ish qisrina senyum macam tu pulak. Kalau aku pengsan kat sini tak ke naya.' Bisik hati faiz. "Awak beli ni semua nak masak ke?" Tanya faiz sambil melihat lihat kedalam troli. "Haah ibu kata nak makan spaghetti." Aku masih tersenyum kepadanya.
"Ada apa apa lagi yang nak dicari saya boleh tolong." Pelawa faiz, sekadar berbasa basi. "Eh tak pelah. Awak sorang je?" Tanyaku, mungkin dia datang bersama rakannya. "Tak lah dengan danish, jeffri dan alif nih. Saya nampak awak tu yang saya tegur." Kata faiz sambil tersengih.
"Ouh mane diorang?" Tanyaku sebenarnya lebih kepada kurang selesa berduaan dengan faiz. "Diorang dekat atas kut. Nanti pandai lah diorang call saya." Faiz menjawab selamba.
Aku mengangguk lalu menuju ke bahagian buah buahan bersama faiz. Faiz mengikut sahaja apabila sampai dia mula mencadangkan itu dan ini. Aku menahan tawa melihat gelagatnya. Tiba tiba telefon bimbit milik faiz berdering.
"Hah ni diorang dah call. Kejap ye awak." Kata faiz, aku mengangguk lalu menunggu di kaunter menimbang. "Awak tu diorang." Faiz menunjukkan jari ke arah tiga orang lelaki. Yang paling menyerlah ialah Danish. Mungkin kerana wajahnya yang kacak walaupun kelihatan pucat tidak cukup darah.
Danish mempunyai gayanya tersendiri namun alif kelihatan baik. Mungkin kerana wajahnya persis orang yang beriman. Mana aku tahu? Entah orang kata muka alim. "Awak, saya nak pergi sane kejap. Awak tolong timbangkan." Pintaku dan faiz bersetuju dalam senyum manisnya.
Aku menuju ke arah peti aiskrim. Tekak terasa teringin untuk makan sesuatu yang sejuk dan berkrim. Aku mencapai sebekas aiskrim coklat dan membawanya ke arah faiz yang sudah berkumpul bersama mereka yang lain selepas menimbang.
"Faiz, saya rasa dah cukup bahan bahan ni. Saya pergi bayar dulu ye." Kataku lebih kurang ingin mengundur diri. Lagi pula tidak selesa bila berkumpul dengan semua lelaki ini. Sedangkan berdua bersama faiz tadi sudah kekok, inikan pula bersama mereka berempat.
"Ok, see you again." Ucap faiz dan aku tersenyum manis kepadanya. Aku bergerak menuju ke kaunter pembayaran. Selesai sesi pembayaran aku ingin menelefon teksi untuk pulang.
"Hai qisrina." Sapa seseorang pula dari belakang. Haish, kalau setiap hari aku disapa begini boleh lemah semangat aku. "Hai, eh alif." Balasku sambil mencuba untuk membalas senyuman malu malu darinya.
"Awak nak balik ye?" Alif bertanya, 'ya alif takkan saya nak berkhemah dalam jj ni.' Kataku di dalam hati namun yang terhasil hanya anggukan. "Jomlah tumpang kitorang." Alif mengajak namun aku pasti seperti dia dipaksa sahaja caranya.
"Eh takpelah." Tolakku sambil tersenyum manis. "Serious ke? Takkan awak nak tunggu teksi sorang sorang?" Dia seperti terperanjat. Aku memandangnya pelik namun cepat cepat aku tukar menjadi senyuman manis.
"Saya pergi naik teksi kan. Elok je sorang sorang." Kataku sambil cuba menghalau rasa gusar yang bertandang di hati alif itu. "Ok nanti apa apa saya call awak ye." Katanya dan berlalu meninggalkan aku. Baru aku terfikir bagaimana dia hendak menghubungi ku sedangkan nombor telefon juga tiada.
Namun melihat langkahnya yang sudah jauh aku membiarkan sahaja. Aku tidak jadi menghubungi teksi kerana kelihatan sebuah teksi yang sudah berhenti dihadapanku. Aku memberitahu alamat dan teksi mula bergerak.
Setelah beberapa ketika hala tuju teksi itu kelihatan lain sekali. "Pakcik kita nak pergi mana ni?!" Tanyaku cemas. "Adik duduk diam diam pakcik bawak adik pergi satu tempat." Kata pakcik itu menyeramkanku. Teksi itu semakin laju meluncur ke haluan yang tidak aku ketahui.
Aku hanya berdoa tidak diapa apakan oleh lelaki yang tidak kukenali ini. Tiba tiba teksi itu berhenti secara mengejut dan aku terhantuk pada tempat duduk dihadapan kemudian kepalaku terhantuk pula pada cermin kereta.
Cahaya yang kelihatan samar samar bagiku tiba tiba bertukar gelap dan tiada apa yang dapat aku lihat.
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
RandomQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...