Kami berempat menuju ke kantin. Aku tidak lupa pesan sir.haizat namun aku tidak mahu pergi berseorangan. "Jom teman saya jumpa sir.haizat sufi."ajak ku. Sufi kelihatan seperti keberatan.
"Awak ajak syukrina lah,sa..saya malas lah nak jumpe sir."kata sufi, ya aku tahu dia memang tidak gemar akan sir.haizat. motif?kerana sir.haizat pernah cuba mengayat kawan baiknya. Siapa? Haish akulah tu.
"Awak tahu jelah nanti syukrina mengada,sir.haizat kacau saya lagi macam mana?"aku saja mahu mencari ayat agar sufi bersetuju menemani ku. "Eh puteri oi aku dengar."kata syukrina aku tahu dia dengar dan tidak terasa.
"Yelah saya teman awak tapi jangan lama."sufi setuju dan kami berjalan beriringan. Kami menuju ke kantin kelihatan sir.haizat sudah duduk di meja makan yang berada di tengah tengah kantin.
"Tengok publisiti murahan betul. Duduk tengah tengah alam nak buat apa."rungut sufi. Haish pengawas sekolah paling macho, stylo, and smart membebel macam mak nenek. Aku tidak mahu berkata apa nanti dibuatnya sufi bertukar fikiran.
"Hi sir, kenapa sir nak jumpa saya tadi?"tanyaku apabila tiba dihadapan sir.haizat."have a sit princess."kata sir.haizat aku tahu dia cuba bermanis mulut lagi. Aku melihat air muka sufi. Jelas kelihatan dia menyampah. Aku memegang pergelangan tangannya yang dibaluti baju pengawas itu.
Sufi kelihatan sedikit tenang dan aku melepaskan tanganku. Sejujurnya aku tidak suka akan perkara itu. Namun daripada sufi meninggalkan aku berdua dengan sir.haizat aku lebih sanggup memujuk sufi.
Kami berdua duduk berhadapan sir.haizat."ok sir nak cakap pasal apa?" Tanyaku semula. Tidak mahu melengahkan lagi masa. Bukannya aku suka duduk berlama lamaan di kantin sekolah tambah tambah menjadi tumpuan seperti sekarang.
"Ok tak banyak,cuma you tahu setiap tahun sekolah kita akan membuat pertukaran pelajar ke sekolah lain. Setiap tahun itu juga you terpilih bukan?"aku mengangguk mengiakan apa yang diperkatakan oleh sir.haizat.
"Seperti biasa tahun ini juga you terpilih. Dan sekolah yang akan menjadi sekolah pertukaran tahun ini bukan calang calang sekolah. Bae harap you will make our school proud because have a princess who is wonderful and brilliant." Kata sir.haizat.
Aku tidak mempunyai masalah namun aku masih mahu memikirkan syarat yang akan menjadikan pertukaran pelajar ini sesuatu sesi yang gempak."saya setuju jika sufi syukrina dan firman akan menjadi pelajar pertukaran juga."kataku sambil melihat ke arah sufi.
"Yah i know,you mesti nak bawa mereka. So just do it sekolah dah isi nama mereka dalam senarai." Aku hanya mengangguk dan tersenyum. "Ok that is it. So saya dengan puteri pergi dulu."kata sufi tiba tiba. Ya aku juga setuju tidak betah lagi rasanya duduk semeja dengan guru paling hot and spicy ni.
Aku baru hendak bangun bersama sufi namun ditahan oleh sir.haizat. "tinggalkan saya dengan puteri. I have something to discuss." Katanya aku merenung anak mata sufi menandakan aku tidak mahu.
"No!saya datang dengan puteri saya balik dengan dia. So,apa yang penting sangat yang hendak dibincangkan." kata Sufi tegas. Aku berasa sungguh lega melihat sir.haizat bangun dari duduknya. Aku dan sufi turut bangun.
"Takpelah puteri stayback nanti. Kita bincang antara kita. Please."sir.haizat sudah merayu. Aku hanya mengangguk dan berlalu pergi. 'Eh mengangguk tanpa berkata tak bermaksud apa apa. Jadi tak payah risau sangat.'bisik hatiku cuba mengusir gundah itu jauh jauh.
"Awak betul nak jumpa sir tuh nanti. Takpayah lah awak."kata sufi memandang kearah ku."hmm awak rase saya nak ke?"kataku kembali sambil mengangkat keningku."eleh jahatlah awak nih kalau dia tunggu." Sufi cuba menakut nakutkanku.
"Eh awak saya rasa bersalah lah..." kataku mendatar.Sufi mula mentertawakan ku namun aku masih beriak serba salah."awak jangan rasa serba salah sangatlah. Nanti kalau awak nak jumpa kita pergi sekali dengan firman dengan syukrina." Kata sufi aku tahu mahu menghilangkan serba salah yang melanda.
Dibawah pengaruh kurang sedar aku rasakan,sufi memegang daguku lalu mengangkat wajahku melihat wajahnya. Aku yang tersedar melihat pandangan wajahnya segera mengalihkan wajahku dari terus menjadi santapan matanya.
"Sorry puteri. Sa..sa..saya tak tahu kenapa?" Katanya cuba menjelaskan keadaan kami tadi. "Tak.. takpelah.. jom jumpa syukrina ngan firman."kataku dan melangkah meninggalkannya. Aku tahu dia mengikutiku dari belakang. Namun aku berasa tidak sedap hati.
Kami tiba dihadapan pintu kelas namun nasib malang apa yang menimpaku. Seorang pelajar kelasku sedang berlari lari dan ingin keluar kelas. Terasa dirempuh, aku hanya pasrah jatuh terduduk dihadapan pintu kelas. Namun terasa ada dua tangan yang menyambutku dari jatuh.
Seperti pagi tadi, firman dan sufi yang menyambutku. Mereka yang di dalam kelas mula bersorak. Aku tertunduk malu. Sufi memarahi pelajar yang berlari tadi dan menyuruh seluruh kelas diam. Aku duduk di tempat duduk ku dan mendiamkan diri.
Air mataku mengalir tanda geram dan malu. Syukrina yang perasan segera mencapai tisu yang sentiasa dibawa olehnya dan diberikan kepadaku. Aku tertunduk tunduk menyapu sisa air mata. Sufi dan firman diam sahaja.
Guru yang akan mengajar telah tiba dan aku masih lagi tidak berdiri. Sir.haizat yang melihatku tidak bangun sedangkan dia sudah berdiri dihadapan kelas menghampiriku. Aku menunduk lagi tidak mahu memandangnya.
"Hey hey hey princess are you ok?"tanya sir dan sebenarnya jelas sekali aku tidak berada didalam mood yang baik. "Biar bae hantar puteri balik." Kata sir.haizat dan aku menolaknya. Tidak mahu berduaan dengan sir.haizat walaupun hanya ingin pulang ke rumah.
"Ok jom bae hantar ke bilik kesihatan." Pujuk sir.haizat lagi. "Takpe it's okey.saya ok sir, baik sir teruskan kelas harini." Suara yang mendatar dan senyum yang dipaksa paksa hadir ditenung oleh sir.haizat.
Aku memang tidak suka ditenung sebegitu. Aku melarikan pandangan dan sorot mata kearah lain. Rasanye tidak betah lagi berada dalam keadaan seperti itu.
Sir.haizat menyuruh seluruh kelas duduk dan kami duduk dalam keadaan diam. Kelas hari ini tidak seperti biasa. Serba tidak kene. Aku pula tiada mood untuk belajar. Sesekali aku termenung apabila semua pelajar menghadap ke hadapan.
Kelas tamat dan aku langsung tidak dapat mempelajari sesuatu. Mahu ke bilik kesihatan aku terasa malas. Mahu sahaja aku mencari didalam sudut kepala otak ini mood belajar itu, namun ia tidak kelihatan jua.
"Assalamualaikum dan selamat sejahtera diminta puteri nur qisrina dari kelas 5 Aqif datang ke pejabat dengan kadar segera. Ulang suara diminta puteri nur qisrina dari kelas 5Aqif datang ke pejabat Dengan kadar segera. Terima kasih." Pengumuman telah dibuat menandakan pengetua ingin berjumpa dengan kadar segera.
"Weyh asal kau kene panggil?"tanya syukrina, aku menggeleng dan segera ke pejabat.
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
DiversosQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...