"Haish, kau kalau gastrik cakap nih tak." Rungut Danish apabila kami memasuki perut kereta. "Hmm.." suara lemahku membalas segala bebelannya.
"Nak makan kat mana?" Soal Danish, aku tidak menjawab hanya mendiamkan diri. "Haih, tidur? Kau ni, aku pikir kau sakit je sekarang nih." Danish memakai tali pinggang keledar dan memandu kereta menyusuri jalan yang tidak pernah kosong itu.
Kami tiba di sebuah restoran makanan laut. "Emm Danish..." aku memanggil Danish sebelum dia membuka pintu kereta dibahagian pemandu. "Apa? Kau sakit tak larat nak keluar. Nak aku dukung pulak ke?" Kata Danish sambil membuat muka.
"Awak nak makan kat sini?" Tanyaku kembali. "Dahtu kau nak makan kat mana?" Danish tidak jadi membuka pintu dan menghadap aku pula. "Eh takpelah kalau awak nak makan kat sini awak pergilah." Kataku, kesian melihat Danish. Terasa asyik menyusahkan dia sahaja.
"Then kau?" Danish masih tidak mahu mengalah. "Emm, saya makan kat kedai sana tu ok." Kataku sambil menunjukkan sebuah restoran ala ala kampung. "Then jom lah." Danish keluar dari perut kereta begitu juga aku.
Aku menuju ke restoran yang aku tunjukkan kepada Danish tadi namun Danish menuju ke restoran yang sama. "Eh awak tak makan kat sana ke?" Tanyaku kepada Danish. "Diam, elok elok aku lapa nak makan nasi aku makan kau nanti." Memang jelas kelihatan wajah Danish yang seperti kelaparan.
Aku tergelak kecil memandangnya. Apabila dia bertanya aku hanya menggeleng perlahan sambil tersenyum. 'Pagi tadi hari aku bosan tengahari pula melting dengan dia petang hari ini adalah yang paling teruk tapi malam nih dah macam cerita drama yang selalu aku tengok.' Bisik hatiku.
Kami memasuki restoran itu dan duduk di bahagian yang tersembunyi dari orang ramai. "Kau nak makan apa?" Danish melihat menu sambil bertanya. "Nasi goreng kampung dengan nescafe ais." Aku membuat pesanan tanpa melihat menu.
"Lajunya kau. Emm, nasi ayam dengan nescafe ais." Danish sempat memerliku. Kami hanya duduk sambil membelek belek telefon masing masing. Aku membuka kamera di telefon dan menangkap gambar Danish secara diam diam.
"Kau buat apa?" Danish tiba tiba bersuara namun matanya masih menghadap skrin telefon pintarnya. "Tak.. takde papelah. Awak tengok apa kat telefon tu tekun sangat." Aku cuba menukar topik malu juga sekiranya Danish dapat tahu yang aku cuba mengambil gambarnya diam diam.
"Instagram lah." Kata Danish sambil menayang telefon pintar miliknya. "Fuh, batak sungguh." Aku mengutuk dan Danish hanya tersenyum sinis. "Jeles." Aku tidak membalas hanya mendiamkan diri.
Beberapa ketika kami menunggu kelihatan seorang pelayan menghantar makanan pada kami. "Terima kasih." Ucapku pada pelayan perempuan itu. Apabila pelayan itu beredar Danish menukar nasi goreng milikku dengan nasi ayam yang dipesan olehnya.
"Eh, kan awak yang order nasi ayam tadi." Aku menegur mungkin dia terlupa atau tersilap pandang. "Memang pon..." jawabnya ringkas dan aku mula pelik dengan sikapnya.
"Dahtu..." aku cuba untuk menukar semula namun dihalang oleh Danish. "Kau gastrik kan, nasi goreng kampung tuh pedas bukan aku tak tahu." Danish selamba mula membaca doa dan cuba untuk menyuap makanan kedalam mulutnya.
"Danish.." aku cuba melembutkan suara berharap hatinya juga lembut. "Tak yah lah, makan je titik." Aku mengalah dan menyuap nasi ayam itu sedikit demi sedikit. Tiba tiba seorang lelaki yang kelihatan seperti baya baya kami berdua menghampiri.
"Hai, Saya nik. boleh mintak nombor telefon awak." Katanya, aku memandang Danish dengan harapan dia dapat membantu aku. Danish berdehem dan memandang ke arah lelaki itu.
"Kau ada masalah dengan girlfriend aku ke?" Bukan setakat lelaki itu, aku juga terkejut dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Danish. "Ouh sorry bro, aku fikir adik kau." Lelaki itu mohon maaf dan beredar dari meja kami.
"Danish.." belum sempat aku bersuara Danish memotong. "Kita nak tunang dalam masa terdekat kan, so dalam tempoh tu kita ialah couple. And kau boleh tak cakap tak pada orang." Danish menentukan status kami namun dalam erti kata lain memberi arahan untuk mewujudkan status antara kami.
"Saya tak.. tak.. tak biasa." Kataku lalu menundukkan wajah. "Dah lah kau makan cepat." Danish menyuruh aku cuba menyuap namun terasa susah untuk menelan nasi yang dikunyah. Akhirnya aku hanya menguis nguis nasi yang ada.
Danish tiba tiba menghulurkan sudunya dihadapan wajahku. Aku mencapai sudu itu namun tidak dilepaskan oleh nya. Aku seakan akan tidak mengerti apa maksud isyarat matanya.
"Bukak mulut tu cepat." Danish bersuara dan tidak tahu mengapa aku hanya menuruti suruhannya. Dia menyuap nasi goreng nya dan aku seperti baru mendapat selera yang sekejap tadi hilang.
"Makan, aku bukan marah kau pun." Danish bersuara sambil meneruskan suapannya. Aku mula menyuap kembali nasi itu sudu demi sudu. 'aku akan cuba isi kau dalam ruang hati aku walaupun mungkin ianya sukar.' Isi hatiku lebih kepada nekad.
____________________________________________"Tiara.. tiara..." tiara kematian kata kata. Dia salah seorang doktor yang merawat puan qairina. "Tolong, awak yang saya percayai. Lagi pula shazwan macam suka dekat awak. Tolong saya." Puan qairina seakan akan merayu.
"Tapi puan permintaan ni besar. Reanna dan qisrina tak pernah berbaik." Tiara mula menyuarakan kebimbangan yang paling besar dalam hidupnya.
"Tolong, saya merayu pada awak tiara." Puan qairina masih cuba memujuk. "Beri saya masa puan." Tiara memberi kata putus untuk seketika itu.
____________________________________________"Danish.. " panggilku apabila Danish leka dalam pemanduan nya. "Hmm.." balasnya dan aku cuba melihat wajahnya. "Kenapa awak setuju dengan cadangan ibu saya." Persoalan yang aku sendiri masih tidak mengerti.
Sedangkan aku juga tidak memahami mengapa aku bersetuju. "Kau percaya takdir dan ketentuan Allah." Kata Danish tiba tiba. Aku mengangguk namun tidak pasti dilihat oleh Danish atau tidak.
"Aku setuju sebab kalau kau jodoh aku. Ya, kan senang dah terikat walaupun tak sekukuh mana pertunangan ini. Tapi kalau kau bukan jodoh aku, kita slow slow akan lepaskan antara satu sama lain ok." Kata kata Danish bermain difikiran. 'Kalau bukan jodoh.' Aku seakan akan mengulangi ayat itu.
"Ok?" Danish bertanya kembali apabila tiada jawapan dariku. "Hah.. o.. ok.. ok" kataku sedikit gagap. "Haraplah ada jodoh." Bisikku. "Apa dia?" Danish bertanya, mungkin dia terdengar aku seakan berbisik.
"Takde papelah." Kataku, Danish meneruskan pemanduan dan kami tiba dihalaman rumahku pada jam 10.49. "Dah nak pukul sebelas." Kataku. "Haah lah. So kau sorang jelah kat rumah." Tanya Danish.
"Tak lah dengan chucky." Aku membalas selamba, namun aku juga seram dengan patung itu. "Chucky datang betul betul baru kau tahu." Danish mula menakut nakutkan aku.
"Ish, aku macam tak boleh biarkan kau sorang sorang nih." Kata Danish dan mengeluarkan telefon pintar miliknya. Kelihatan seperti sedang menghubungi seseorang.
"Papa boleh tak kalau qisrina duduk rumah danish. Macam bahaya biarkan dia tidur sorang kat rumah. Kalau jadi apa apa susah.... ok pa thanks" danish menamatkan panggilan dan menghubungi seseorang lagi.
"Mama qisrina tidur rumah kita harini. Bahayalah biar dia sorang kat rumah.... hah mama tak sampai rumah lagi... takpelah kitorang baru nak gerak.... ok assalamualaikum." Panggilan dimatikan dan enjin dihidupkan.
"Eh, nak pergi mane?" Tanyaku yang masih tidak memahami situasi. " kau tidur rumah aku malam ni." Kata Danish. "Baju semua?" Kataku dan kedengaran keluhan Danish.
"Pergi ambil cepat aku bagi sepuluh minit je." Kata Danish dan enjin kereta itu dimatikan. Aku segera keluar dan memasuki rumah itu...
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
РазноеQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...