Aku berlalu meninggalkan pejabat dengan pelbagai rasa. Gembira teruja takut gundah dan yang paling penting betulkah apa yang aku lakukan sekarang ini. Seperti terngiang ngiyang difikiran permintaan pengetua dan pengetua dari sekolah seberang jalan.
____________________________________________"Saya nak minta tolong anakanda qisrina." Kata pengetua, aku tersenyum memandang pengetua hj.shahri."macam besar sangat permintaan ayahanda ni. Boleh anakanda tahu apa hajatnya ayahanda." Kataku bermanis mulut, muka, hati. Haish mahunya sakit kencing manis aku nanti.
"Sebelum tu ayahanda perkenalkan tuan hj.fahmi pengetua dari sekolah putera yang berhampiran."kelihatan seorang lelaki tua bersama tiga orang pelajar lelaki baya baya aku melangkah masuk. Aku cuba mengenal pasti mereka namun seperti tidak dapat diproses semula pula otak aku untuk berfikir.
"Assalamualaikum, anakanda qisrina." Salamnya aku jawab dan masih cuba mengingatinya. Ya, mereka dari sekolah pelajar lelaki yang kononnya gah kerana semua pelajarnya pelajar lelaki. Ramai pelajar sekolah itu yang menjadi tumpuan pelajar perempuan sekolah ini.
"Anakanda perkenalkan mereka antara pelajar lelaki yang akan menyertai satu pertandingan." Aku yang kurang mengerti hanya memandang dengan tanda tanya. Salah seorang dari mereka menghulurkan tangan. Namun aku tidak menyambutnya oleh kerana tidak mahu dianggap sombong pada hari pertama pertemuan aku menundukkan kepala sambil tangan kanan diatas dada kiri.
"Maafkan saya."kataku tidak mahu dia rasa terhina atau diejek. Senyuman tipis aku berikan. Memang aku tidak bertudung namun perwatakan ku memang dari dulu begini. Ibu yang memesannya agar tidak menyentuh lelaki walau hanya untuk bersalaman.
"Sokey, puteri nur qisrina." Katanya, rasa tidak adil bagiku. Mereka mengenaliku namun aku bukan saja tidak tahu nama, apa tujuan datangnya juga masih tidak dikenal erti.
"Boleh anakanda tahu tujuannya ayahanda." Kataku mengingatkan perbualan yang tergantung sebentar tadi."ouh ya macam yang ayahanda cakap, ayahanda nak minta tolong." Perkataan tolong itu dijelaskan sekali lagi berserta senyuman.
"Pertolongan yang agak memberatkan kepala ayahanda tapi juga menggembirakan ayahanda." Sambung pengetua lagi. "Kenapa ye ayahanda?" Tanyaku masih tidak dapat memahami butir bicara pengetua.
"Tuan hj.fahmi nak minta tolong anakanda untuk membuat persembahan di sekolah mereka pada hari lahir beliau nanti."kata pengetua. Aku beriak selamba walaupun hati gundah gulana.
"Bukan anakanda tak nak, tapi fuh.. bila tarikhnya?" Aku tidak sampai hati untuk mencari alasan lagi untuk menolak permintaan Pengetua dan tuan hj.fahmi. kelihatan riak gembira di wajahnya. Ya aku suka menyenangkan hati orang tapi hatiku.
"Saya dah cakap anakanda saya tak mampu untuk mengecewakan tuan." Aku tersenyum nipis dan meminta diri.
Keluar dari muka pintu pejabat aku mengeluh. Aku melangkah hendak menuruni tangga. Kepalaku berdenyut dan terasa sakit. Aku cuba melawan rasa sakit itu namun langkah yang diatur sedikit pincang menyebabkan aku akan jatuh di tangga ini.
Namun ada satu tangan yang menyambutku. Kelihatan wajahnya tidak dikenali langsung. "Ter...teri.." belum sempat aku menghabiskan ayat ia dipotong laju oleh lelaki tersebut. "Kau kenapa?! Jalan pakai kaki mata tengok sekeliling. Tak sihat tak payah menyusahkan orang lain.!" Lelaki itu berlalu.
Aku yang terpinga pinga hanya menundukkan wajah dan segera menuruni tangga itu.
____________________________________________Danish melangkah menaiki tangga. Kelihatan seorang pelajar perempuan yang seperti hendak jatuh Lalu dia berlari dan cuba menyambutnya. Hatinya seakan akan terpaut dengan raut wajah yang ada dihadapannya.
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
DiversosQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...