bab22

5.9K 222 46
                                    

"Danish berhenti kat tasik kejap boleh?" Aku bersuara manja cuba memujuk danish. "Tadi kau yang nak balik cepat, sekarang nak singgah singgah." Kata danish merungut. "Boleh lah. Kalau kau taknak, tinggalkan aku balik nanti aku naik lah teksi ke apa.." kataku masih cuba memujuk.

"Pergi dengan aku, balik dengan aku. Singgah sekejap ok." Katanya memberi kata putus. Aku sudah merancang agenda tersendiri sebenarnya. Danish memberhentikan kereta apabila sampai ditasik perumahannya.

Cantik tasik buatan manusia, cantik lagi flora dan fauna ciptaan yang maha esa. Aku terpegun sebentar melihat keindahan ini. Aku keluar dari kereta bersama bekas aiskrim dan sudu ditangan. "Danish woi, meh come to mama come to mama." Kataku dan tergelak besar.

Muka Danish mencuka namun diikuti sahaja langkahku. "Daebak, nyamannya udara." Aku mendepakan tangan kemudian berpusing pusing seperti drama Hindustan. "Woi dahlah tu, feeling lelebih pulak." Danish menegur apabila melihat kelakuanku.

Aku duduk dibangku sambil membuka penutup bekas aiskrim itu. "Danish sini." Aku memanggil Danish yang membelakangi aku. "Woi kau buat apa dengan aiskrim aku." Danish menjerit melihat aku telah menyudu aiskrim vanila oreo miliknya. "Kedekut, sini jelah." Kataku lagi.

Danish menghampiri sambil wajahnya mencuka. Kini dia duduk disebelahku sambil menyilangkan tangannya. "Eleh, bukak mulut tu." Aku menyuakan sudu aiskrim pada mulutnya. Dia tersenyum melihat aiskrim yang diidamnya tadi berada dihadapan matanya.

Sekali suapan aiskrim yang terletak elok disudu itu selamat berada dimulut Danish. "Sorry ye aku bagi budak tadi rasmikan." Aku mengutarakan tujuanku. "Takpelah, dah jadi." Kata Danish seraya mengambil sudu ditanganku dan menyuap aiskrim kedalam mulutnya lagi.

"Kau ni macam bebudak lah." Kataku dan tersenyum melihat karenah danish. "Budak budak ni lah bakal suami kau. Kau lepak je." Danish masih menyuap aiskrim kedalam mulutnya. "Haish sukahati kau lah. Aku dah minta maaf, aku nak balik." Kataku lalu berdiri. "Alah lepak lu. Aku baru nak menikmati aiskrim ni." danish mengeluh melihat aku sudah berdiri.

"Kau lepak sorang sorang. Aku gerak lu pape roger. hahaha" aku tertawa sambil mengutarakan ayat selamba budak sekolah itu. "Alah, jap jap on the way." Danish mengejar aku dari belakang. Walaupun aku berjalan dulu dia mampu menyaingi langkahku.

"Danish kenapa waktu first time kita jumpa kau lain daripada sekarang." Aku mula bertanyakan soalan yang sering bermain difikiran. "Kau nak tahu?" Aku mengangguk laju. "Tunggu first night. Hahaha." Danish berkata lalu tergelak terbahak bahak sehingga terbatuk batuk. (Bik kau.)

"Kepala hotak kau. Otak kotor, eee jauhkan diri dari aku huh." Danish masih tidak berhenti tertawa. "Kau yang fikir lain. Aku cakap first night je fikir lain." Danish masih tertawa. Aku berdiam dan memalingkan muka keluar tingkap.

Sepanjang perjalanan aku mendiamkan diri dan Danish pula tidak habis menyakat. Tiba sahaja dirumah aku terus keluar dari kereta dan memasuki rumah. "Eh puteri sayang dah balik, danish mana?" Tanya puan dahlia bersama senyuman yang tidak pernah lekang dibibir.

"Ada kat luar. Sorry mama, puteri naik atas dulu ya." Aku menaiki tangga dan menuju terus ke bilik. 'Padan muka kau, angkat barang sensorang. Menyampah.' Aku mengambil tuala dan terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

____________________________________________

"Puteri sayang awak nak honeymoon kat mana ye? I think kita boleh pergi jauh supaya takde orang kacau first night kita. Hahaha." Danish tidak sudah menyakat. Entah mengapa hatinya makin riang menyakat qisrina yang membatukan diri.

Qisrina hanya merenung keluar tingkap sambil menunggu kereta berhenti di hadapan destinasi mereka. Akhirnya mereka tiba di rumah agam danish. Tanpa menghiraukan segala panggilan danish qisrina menapak dalam rumah itu.

"Oii, tolonglah angkat. Gurau pun takleh ke? Duh pompuan nih." Danish menjerit sedikit namun tetap tiada balasan. Danish tetap mengambil barang barang itu bersendirian sambil tersenyum kegirangan.

"Danish buat apa kat qisrina nih? Mama tengok masam je muka dia." Puan damia menyergah danish dengan soalan dan danish yang tersenyum sendirian itu mula tertawa.

"Haha tak buat apa pun. Saja sakat sakat gurau gurau." Kata danish dan terus meletakkan semua barang barang yang dibeli tadi diatas meja dapur. Puan damia melihat isi beg plastik dan kertas yang ada untuk memastikan barang yang diingini memang dibeli oleh mereka.

"Ehh danish tak beli pape? Selalu barang Danish ya Allah ya Rabbi lagi banyak dari mama." Kata puan damia sambil meneliti semula. "Qisrina tak bagi, dia suruh ikut senarai barang yang mama bagi je." Kata Danish mula menarik muka semula.

"Eloklah tu jimat, tak membazir. Danish ni perangai macam perempuan beli barang dapur macam dia rajin masak, padahal.." kata puan damia tergantung. Danish hanya menarik muka sebentar dan meminta izin untuk naik ke tingkat atas.

____________________________________________

Selesai sahaja mandi aku cuma menyarungkan pakaian santai dirumah sahaja. Rambut aku sikat dan cekak putih bercorak bunga aku kemaskan di kepala. Aku menyelak langsir dan membuka pintu gelongsor kaca itu.

Aku memerhati sekeliling dengan asyik. Angin petang itu mendamaikan dan aku mula tenggelam dalam keasyikan. Aku membuka mata melihat lagi sekeliling. Mataku tertangkap sesusuk tubuh sedang berdiri di balkoni rumah hadapan.

Wajah lelaki itu seperti pernah aku lihat. Berkali aku cuba ingati namun ianya samar. Aku mengalihkan pandangan, namun lelaki itu masih lagi berdiri memerhatikan aku  aku mula tidak selesa dan masuk kedalam lalu menutup pintu gelongsor itu.

'Sape pulak tu ya? Macam pernah jumpa tapi...' hatiku dan otak mula mencuba mencari fail ingatan tentang lelaki itu namun gagal.

____________________________________________

"Hanya kerna kau yang cukup indah,
Untuk dimiliki dan untuk dicintai,
Kutahu kau mahu ada dihati,
Untuk didampingi dan untuk disayangi." Hafiz menyanyikan bait lagu itu berulang kali, namun tidak jemu agaknya apabila lagu itu masih bermain dibibirnya.

Wajah gadis yang ditemui semalam masih tersemat di kotak fikiran. Pada awalnya, fikirnya esok pasti dia akan melupakan gadis itu namun sejak dari pertemuan tidak sengaja itu dia langsung tidak dapat melupakan gadis yang hampir melanggarnya.

Hafis mendekati balkoni dan mula melihat sekeliling. Angin yang bertiup cukup mendamaikan namun tidak dapat menenangkan hatinya yang masih galau memikirkan gadis yang telah mencuit hatinya.

Sedang asyik memerhati dia terlihatkan seorang gadis berdiri di balkoni rumah hadapannya. Pantas diamati wajah gadis itu. Terkejut dan teruja melihat gadis yang dicari muncul dimatanya. Namun apabila gadis itu telah melihat kearahnya dia terus memalingkan wajah dan berlalu masuk.

'I see man. Takkan jiran aku? Tak pernah nampak pun.' Hafiz mula bermain tanda tanya di kepala.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 22, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now