bab 16

3.2K 146 2
                                    

"Ibu.. fuh ni bukan perkara main main." Kataku lembut. Hendak membantah aku tidak mampu hendak bersetuju, ini soal masa hadapan. Apa lagi yang mampu aku lakukan.

"I know it's not a joke honey. I'm serious. Ibu rasa korang berdua serasi. Lagipun ini permintaan ibu sayang." Aku memandang ibu. Wajah ibu bagaikan penuh dengan harapan. Aku memandang papa pula.

Aku meminta bantuan papa untuk membantu aku menolak secara baik, namun papa seperti tidak mahu masuk campur dan keluar bersama tuan fahmi. "Fuh, puteri tak kata ya dan puteri tak kata tidak. I need some times to think." Kataku, ibu sekali lagi memandang aku dengan wajah yang sangat aku tidak gemar.

Pengharapan yang tidak mampu aku elakkan. "Ok ok, like this. If Danish ok with it, puteri pun setuju untuk bertunang dengan dia." Aku memberi kata putus dan ibu ternyata tersenyum gembira.

"Kami dah bincang awal awal. Danish dah lama setuju, kami tunggu jawapan dari puteri sahaja." Kata ibu, kelihatan bukan saja ibu yang gembira malah puan damia juga turut teruja dengan semua ini.

"Fuh, so kenapa tanya lagi ibu. Puteri memang takkan bantah punyalah." Aku tersenyum walaupun seperti tidak ikhlas. "Sebab kalau puteri bantah dengan keras, ibu akan ubah keputusan ibu." Aku tersenyum kepada ibu. Mana mungkin dapat aku patahkan hatinya.

"Emm, i need to talk with qisrina. Boleh danish pinjam anak aunty sekejap." Danish bersuara lembut kepada ibu. Aku juga naik cemburu, apabila denganku tidak pernah dia bertutur sedemikian. Selalu sahaja nada suaranya keras.

"Boleh. Take care of my daughter ok." Ibu bersuara. Amboi boleh pula dia lepaskan anak dia dekat orang yang baru sahaja dikenali. Aku mengikuti danish dari belakang. Kami berjalan kearah tangga kecemasan.

Ok aku memang gila kerana masih mengikutinya. Kami tiba di tangga kecemasan dan Danish tiba tiba menutup pintu kecemasan itu. Aku berkira kira sekiranya Danish mula bertindak seperti orang tiada sivik aku akan maraton di tangga ini.

"Kau jangan fikir bukan bukan eh. Tak de selera aku dengan kau." Terkejut? Tentulah. Tiba tiba ditebak dengan ayat itu. Aku memandangnya pelik. "Kau boleh tak, stop buat muka pelik, muka simpati, muka whatever kau tuh boleh tak?" Aku diam, kalau berkata kata makin menjadi jadi mulut laser dia nih.

"Ok awak nak cakap apa? Sampai kita kene menyorok dekat sini." Aku memulakan topik yang memang menjadi tujuan aku mengikuti sahaja kehendaknya.

"Ok firstly, aku mintak maaf sebab setuju dengan permintaan ibu kau. Aku tak rasa kita berdua boleh tolak permintaan ibu kau memandangkan keadaan dia sekarang." Aku tidak menyalahkan Danish memandangkan perkara itu benar belaka.

"Secondly, aku nak kau terima semua tu seadanya. Jangan tolak apa kehendak ibu kau, memandangkan aku pun berkorban untuk ibu kau." Kata Danish lagi. Aku mengangguk tanda faham.

"Thirdly, memandangkan kita akan bertunang. Aku nak kau jauhkan diri dari sufi dan firman. Ok melampau, aku nak kau jangan terlalu dekat dengan diorang." Danish memang pandai membuat sesiapapun terkejut tidak terkecuali aku.

"Hello, kita belum ada apa apa ikatan awak dah macam nih. Apa salah saya berkawan dengan sufi dan firman. Diorang kawan baik saya ok." Aku membantah, sufi dan firman sudah seperti abang abangku kenapa pula harus aku jauhkan diri dari mereka hanya kerana itu.

"Tengok kita belum ada apa apa ikatan kau dah membantah itu ini. Huh, aku cakap tuh kau ikut jelah. Lagipun bukannya elok kau rapat rapat dengan lelaki bukan mahram ni." Danish berkata dan aku sedikit sebanyak terkesan dengan kata katanya.

"Ok i will try. Saya dah terbiasa dengan diorang, susah sikit nak berjarak." Aku mula bertutur lembut. Mana tidaknya dah kalah dengan mr vampire sorang nih.

"Kau kene jugak buat kalau tak sape nak tunang dengan kau." Danish mengugut mungkin, aku pula agak kebingungan. "Bukan saya nak pun tunang dengan awak kan ibu yang..." belum sempat ayat dihabiskan danish sudah memotong. Jarinya dihalakan ke bibir ku.

"Ibu yang apa? Kau jangan nak lebih lebih eh. Aku gigit kat sini, kang mati kering tak de darah kau kat tangga nih." Ugutan danish memang mampu membuat jantungku berdegup laju kali ini.

"Danish, awak memang betul betul vampire ke?" Aku mula mengajukan soalan yang terpendam itu. "Kau nih dah nak spm soalan still soalan budak prasekolah kan." Danish mengutuk aku dan menayangkan senyumannya.

Baru aku sedar dia mempunyai lesung pipit yang sangat comel dimataku. Tanpa sedar tangan ini sudah menyentuh lesung pipit itu. "Hey hey hey. Releks lah nanti dah kahwin tiap tiap malam kau sentuh. Sekarang no way, batal wudhuk aku." Aku tersedar apabila ditegur sebegitu.

"So... so... sorry." aku menuturnya tergagap gagap. Entah mengapa kali ini aku benar benar terpukau dengan wajah yang kulihat sekarang. Entah kenapa aku terasa bagaikan baru mengenali wajah itu.

"Danish? Kita.. pernah... jumpa ke?" Aku seakan akan tidak sedar akan hal itu. Sudah pasti aku tidak pernah menemuinya. Di sekolah itu adalah kali pertama kami bertemu namun otak dan hati tidak berkerjasama dalam proses mengenalpasti ini.

"Kau dah kenapa? Dekat sekolah kau tuh lah first time kita jumpa." Gugup rasa dihati Danish boleh dikesan dari ayatnya. Entah kenapa aku begitu pasti yang kami pernah bertemu sebelum ini.

"I don't know. I just feel like we have meet each other before that." Aku menuturkannya namun mataku tidak lari dari leher milik Danish. Seakan akan ada jawapannya disitu.

"Kau tengok apa? Dah lah aku kata kita tak pernah jumpe, tak pernah lah maksudnya." Danish menutup lehernya dan aku tersentak seperti baru sedar dari satu rasukan.

"Whatever saya salah orang kut. Ok kita dah tak de apa nak cakap kan, jomlah balik." Aku mula melangkah ingin membuka pintu. Namun langkahku terhenti apabila Danish memegang pergelangan tangan ku yang berlapik.

"Kau mungkin tak benci aku sekarang. Tapi aku takut kau benci aku satu hari nanti. So tolong ingat, kita berdua buat semua ni sebab ibu kau ok." Kata kata Danish menjadikan aku semakin tertanya tanya.

"Danish, what do you mean?" Aku menghadap Danish untuk melihat air mukanya. Namun yang aku dapati senyuman misterinya. "I don't know just feel like you will hate me. Remember what i told you ok." Danish meninggalkan aku selepas menuturkan butir bicaranya.

"Pelik.." kataku seakan berbisik. 'One day Danish, i know one day i will falling in love with you because of your split personality. Haha one day Danish.' Bisik hatiku dan aku yakin satu hari nanti. Senyum tipis terhasil dibibir.

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now