bab 6

4.6K 193 1
                                    

'Haish asal tak boleh tidur lagi nih.' Fadzhan agak kusut kerana sekarang sepatutnya dia sudah nyenyak dalam tidurnya. Namun sekarang dia hanya mampu menguap dan tidak mampu melelapkan mata.

'Senyuman dia memukau mata dia cantik sangat. Aku nih.. dah.. jatuh cinta ke?..'kata hati fadzhan dan dia agak kebuntuan dengan suara hatinya sendiri.

"Weyh fadz,kau tak tidur lagi ke?" Satu suara yang memecahkan kesunyian malam itu."aku tak boleh tidur doh."kata fadzhan kepada syukri. Syukri mula menyandarkan diri dibahagian kepala katil.

"Ingat awek eh.."kata syukri cuba berseloroh. Syukri yang umurnya sebaya dengan fadzhan menjadikan dia lebih selesa bergurau senda walaupun baru pertama kali bertemu.

"Haah ingat awek yang tak tak ingat aku."kata fadzhan walaupun begitu riak mukanya tidaklah sepasrah ayat. "Huish macam pasrah je ayat tu. cerciter sikit."Kata syukri, memandangkan dia juga tidak boleh tidur jadi apa salahnya berkongsi cerita.

"Nothing lah,cuma aku asyik teringat kat sorang awek nih."kata fadzhan sambil menutup mukanya yang sudah tersenyum senyum mengingatkan wajah seseorang.

"Aduh menyengih nyengih."kata syukri sambil mentertawakan fadzhan."haha baik kau tidur nih esok aku ada class."kata fadzhan dalam sisa tawa.

"Oh kau belajar kat mana?"tanya syukri memandangkan dia juga ada kelas pada esok hari berkemungkinan mereka satu kolej. "V.I.C." kata fadzhan dan syukri sudah tersenyun. "My junior..."kata syukri kepada fadzhan.

"Junior pebendenye.haha kau jangan ngengada aku silat sat lagi."kata fadzhan dan mereka tertawa."oklah tido esok ada class. Kita dok sebok ketawa nih kang diorang terdengar pulak."kata syukri dan menutup lampu tidur.

"Malam."kata fadzhan."pagi dah gila." kata syukri sambil tertawa sebelum menutup mata untuk tidur.
_____________________________________________

'Aduh still tak boleh tidur.'bisik hati sufi."weyh sufi kau tak tidur lagi ke?" Tanya firman nampaknya mereka sama sama tidak dapat melelapkan mata.akhirnya lampu tidur di meja kiri dan kanan katil dihidupkan.

"Weyh kau agak ada ke lelaki yang rina nakkan tuh?"tanya firman memecah suasana."haha entahlah pelik sangat syarat dia. Tapi aku rasa macam takde kalau ada pun dalam drama lah."kata sufi dan mereka tertawa.

"Edward cullen."kata mereka serentak,lalu pecah lagi tawa mereka. "Kau pikir pasal apa sampai tak tidur lagi nih sufi?"tanya firman setelah tawa mereka reda."entah aku tak boleh nak tidur. Bosan pulak tu."kata sufi mengeluh.

"Kau pulak kenapa tak tidur tidur lagi. Aku pikir tadi kau dah sampai benua mana tah."tanya sufi sambil cuba berseloroh."haha entahlah aku pun tak boleh nak tidur." Kata firman.

"Jom tengok cerita."kata sufi memberi idea. Firman sudah mengerutkan dahi dan menggeleng kepala."astaghfirullahal'azim. Taubat lah weyh aku tak tengok bende haram nih."kata firman dengan kepala yang digeleng geleng berkali kali.

Bantal yang ditangan sufi dicampak pada muka firman."kau pikir apa nih. Aku kata tengok movie like star wars tu ke apa ke. Ini kau pikir kesitu pulak."kata sufi sambil mentertawakan firman yang masih buntu.

"Nak tengok kat mana?ruang tamu?taknaklah."firman sudah menggeleng kepala tanda tidak setuju dengan cadangan itu."kat bilik tetamu yang kita duduk sekarang nih ada tv.kau dah kenapa?"kata sufi lalu mengetuk kepala firman.

Firman yang asyik dibuli membaling bantal yang menjadi peluru sufi sebentar tadi."haha taknaklah nanti bising. Kau takde laptop ke apa?" Kata firman memberi cadangan lain.

Sufi menyuruh firman menunggunya sebentar. Sufi keluar dari bilik tetamu itu lalu mengetuk pintu bilik puteri. Puteri yang separa sedar menguak pintu biliknya."sufi nak apa ni?"tanya puteri dalam kantuk yang masih bersisa.

"Sorry kacau,pinjam laptop puteri boleh."kata sufi,puteri tidak bertanya apa apa Lalu mengambil 'laptop'nya yang berada diatas meja belajar lalu memberikan pada sufi ."thanks puteri." Ucap sufi lalu beredar dari bilik puteri.

Sufi masuk kebiliknya bersama laptop ditangan."mana kau dapat laptop nih."tanya firman yang kehairanan."puteri lah."kata sufi lalu membuka 'laptop' itu. Setelah dihidupkan 'laptop' itu rupa rupanya ia mempunyai kata laluan.

"Haish jap aku tanya puteri."kata sufi. Namun belum sempat dia melangkah untuk kebilik puteri kedengaran pintu bilik itu diketuk. Sufi menguak daun pintu dan kelihatan puteri berada didepan pintu.

"Password laptop tuh 'qstinx2305'." kata Puteri lalu beredar setelah memberi salam. Sufi menjawab salam dalam hati lalu menutup pintu bilik. Sufi menuju ke katil sambil tertawa kecil.

"Kau dah kenapa gelak gelak."kata firman pelik dengan gelagat sufi. "Hah takde papelah password laptop tuh 'qstinx2305'."kata sufi dan membiarkan firman yang menguasai 'laptop' itu."ouhk siap kau nak tengok cerita apa?"tanya firman pada sufi.

"Tak kesah lah. Cepat aku bosan nih."kata sufi dan membiarkan firman yang mencari cerita yang akan ditonton oleh mereka.

"Puteri kau pegi mana tadi?"tanya syukrina yang mungkin baru melihatku masuk kedalam bilik. "Aku bagi password laptop kat sufi tadi." Kata puteri tidak berselindung. Syukrina menggangguk tanda faham.

"Puteri teman aku minum air kejap lat bawah."kata syukrina,aku mengangguk lalu dia cepat cepat turun dari katil dan mendapatkanku. Kami berdua pergi kearah dapur. Aku menghidupkan suis lampu dan syukrina segera mendapatkan water cooler.

"Eh rina tak tidur lagi." Tegur fadzhan dari belakang. Aku terkejut mendengar suara yang menyapa tiba tiba."abang fadz nih terkejut rina." kataku Sambil mengurut dada akibat terkejut tadi. Fadzhan menyengih dan menggosok belakang tengkuk.

"Rina teman syukrina nih, abang fadz buat apa malam malam nih? Tak tidur lagi?" Jelasku."abang dahaga nak minum air,nampak pulak rina kat sini."terangnya dan aku mengangguk faham.

"Puteri dah,jom."syukrina muncul dari dapur. Aku hanya mengikut langkahnya menuju ke bilik."abang fadz nanti tolong tutup lampu eh." Sempat aku berpesan sebelum menghilangkan diri.

"Comel..."kata fadzhan perlahan. Aku yang mendengar seperti satu nada bisikan berpaling dan memandang fadzhan."abang ada cakap apa apa ke?"tanyaku namun setelah melihat fadzhan yang menggeleng aku mengangguk dan berpaling semula.

"Kenapa puteri?"tanya syukrina yang melihat aku berjalan lambat lambat. "Takde papelah aku rasa macam ada orang tengah bisik dengan aku.sokey it just nothing." kataku syukrina mengangguk lalu mendahuluiku masuk kedalam bilik tidurku.
Aku melangkah perlahan lahan masih memikirkan tentang itu,namun tidak lama kemudian aku mencampak perasaan ingin tahu itu jauh jauh. 'esok nak sekolah. Baik aku sambung tidur dari pikir bende alah nih.'kata hatiku dan aku turutkan sahaja kerana mata sudah malas untuk bekerja.

Syukrina yang kelihatan nyenyak aku pandang dengan rasa cemburu. Aku tidak boleh melelapkan mata dia pula sudah berdengkur disebelah ku. 'Mornight sleeping beauty.'bisikku dalam hati dan memaksa mata terpejam.

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now