"Assalamualaikum puteri nur qisrina." Kedengaran satu suara menyapa gegendang telingaku. "Mama..." aku membuka mata dan Memerhati segenap wajah yang berada dihadapan mata ketika ini.
"Solat subuh sekali ye sayang." Puan damia mula membuka lampu bilik tidur itu. "Mama turun lah dulu nanti qisrina turun." Kataku dan puan damia mengangguk lalu beredar.
Aku memasuki bilik air itu untuk berwudhuk. Setelah selesai aku menyarung telekung yang aku bawa dan menuruni tangga. Kelihatan puan damia menunggu di tepi tangga. "Kenapa mama tak masuk lagi?." Serba salahku dibuatnya.
"Mama tunggu sayang lah. Jom cepat, danish dengan papa ada kat dalam." Puan damia menarik tanganku untuk memasuki ruangan solat itu. Kami menunaikan suruhan-Nya diimamkan oleh tuan fahmi. Selesai mengucapkan salam, aku mencium tangan puan damia.
Terasa kepalaku diusap lembut olehnya. Perasaan rindu pada ibu makin meluap luap. Kutahan air mata yang bertakung dan segera meninggalkan ruangan solat itu. Aku memanjat anak tangga dan menuju ke bilik.
'Ibu, puteri rindu ibu lah...' bisik hatiku. Cuba merasakan kehadiran ibu walaupun hanya bayangan. "Assalamualaikum.." kedengaran salam yang diberi aku menoleh. Danish tanpa serba salah memasuki bilik tidur yang diduduki oleh ku.
"Eh danish, macam mana boleh masuk." Kataku sambil cuba mengesat air mata tanpa disyaki. "Aku dah pesan kunci pintu, kau nih kira beruntung aku niat baik kalau jahat dah lama kita kene paksa nikah." Kata danish dan aku cuba mengabaikannya.
"Kenapa kau menangis?" Pertanyaan danish cukup membuatkan jantungku berdegup laju. "Ma.. ma.. mane.. ada." Kataku tergagap gagap. "Puteri nur qisrina, jangan tipu aku. Aku boleh terima kalau kau nak berdalih tapi jangan tipu aku." Sedikit sebanyak aku mula merasa serba salah padanya.
"Hmm, takpelah danish..." aku cuba berdalih dan bangun menuju ke tingkat bawah. Namun baru berapa langkah tanganku disambar dan menyebabkan aku terbaring di katil. "Kau belum habis dengan aku. Lepas sarapan pergi bilik sebelah." Danish meninggalkan aku begitu sahaja.
Dia berlalu keluar mengikut bilik air itu. "Haish nasib kau lah bakal suami macam ni." Aku mengemas katil sebelum keluar turun bersarapan. Baru aku sedar baju yang aku lipat semalam sudah tiada disisi almari. 'Pelik bin ajaib.' Bisik hatiku namun aku cuma tidak mengendahkannya.
Jam menunjukkan tepat 7.15pagi aku turun untuk membantu apa yang patut. "Assalamualaikum mama." Sapaku dari belakang membuatkan puan damia menoleh kearahku. Diberi senyuman dan aku membalas seikhlas mungkin.
"Waalaikummussalam sayang. Meh teman mama ye." Mesra sekali layanan yang diberi puan damia kepadaku. Aku mendekatinya untuk melihat apa yang mampu aku bantu. "Mama nak masak apa?" Aku meninjau ninjau apa yang bakal dimasak oleh puan damia.
"Nasi goreng kampung, sayang. Hmm mama rasa pening sikitlah, kalau sayang masakkan boleh mama nak rehat." Kata puan damia, aku terkejut namun hanya mengangguk sambil tersenyum manis padanya.
Puan damia berlalu pergi dan aku meneruskan kerja kerja didapur. Kedengaran derap langkah menghampiri. "Mama nak..." kata kataku terhenti apabila melihat gerangan yang menghampiri.
"Kau nak masak apa?" Danish bersuara, aku menundukkan pandangan kerana masih serba salah padanya. "Mama kata nasi goreng kampung." Aku menjawab dan meneruskan kerja. Di dalam hati berdoa agar danish segera beredar namun seperti Allah tidak memakbulkannya.
Danish mengambil sayur sayur yang telah aku cuci dan mula memotongnya. "Eh takpelah biar aku yang buat." Kataku melihat danish yang lincah memotong sayur sayur itu. "Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku." Kata danish dan aku malas mahu membantah.
Setelah selesai memotong semua bahan bahan aku memanaskan kuali untuk mengoreng nasi. Namun silap juga kerana mahu mengelakkan diri dari danish tanganku terkena pada kuali panas itu. Aku terjerit kecil dan danish segera mendapatkan aku.
"Sayang, danish buat apa. Kenapa nih?" Puan damia yang dari atas berlari ke bawah bersama tuan fahmi mendapatkan aku. Mungkin jeritan ku didengari oleh mereka. Aku hanya menggelengkan kepala tanda tidak ada apa yang berlaku.
"Danish terlanggar qisrina tadi. Tangan dia kene kuali panas, sorry mom." Pengakuan danish membuatkan aku hampir ternganga. Gila danish menyalahkan dirinya kerana aku. "Tak lah mama qisrina cuai sangat." Aku cuba menutup pernyataan danish.
"Takpelah, biar mama buat danish pegi sapu ubat kat qisrina." Mama menghapiri dapur manakala tuan fahmi duduk di meja dapur. "Eh takpelah mama sikit je. Qisrina boleh buat lagi." Kataku tidak mahu memanjakan diri dirumah orang. Sekiranya ibu pasti aku sudah merengek seperti anak kecil.
"Takpelah sayang, mama pun dah tak pening lagi." Kata puan damia dan danish memandangku seperti memberi amaran. "Baiklah mama, qisrina naik atas dulu ya." Kataku dan danish mengikutiku. Aku berjalan laju sedikit daripada danish dan tiba dahulu di tingkat atas.
"Kau tunggu dalam bilik aku ambik ubat." Danish meninggalkan aku tanpa menoleh kepadaku. 'Kereklah vampire nih.' Bisik hatiku lalu melangkah masuk kedalam bilik. Aku melihat pergelangan tanganku. Tidaklah teruk tidaklah baik.
"Hmm meh sini." Suara danish yang memberi arahan seakan akan memukau aku. Sekejap sahaja aku sudah berada dihadapan danish. "Sakit tak?" Tanya danish sambil melihat wajahku. "Pedih sikit." Jawabku tidak teragak.
"Tahan aku nak sapu ubat." Danish mula menyapu sedikit ubat antiseptik menggunakan kapas. Pedih yang aku rasa semakin pedih apabila ubat itu mula menyentuh kulitku. "Danish slow sikit pedih." Kataku apabila sudah tidak dapat menahan lagi kepedihan yang dirasakan.
"Tahan sikit dah nak siap." Danish mengakhirinya dengan membalut tanganku menggunakan bandage. Aku yang ingin bangun dari kerusi itu ditarik semula oleh danish. "Jap siapa suruh bangun?" Danish bersuara, aku kematian kata. Pasti dia mahu berbincang akan hal pagi tadi.
"Kau kenapa mengangis tadi?" Danish bersuara lembut sambil mengemas alatan merawat tadi. "Aku tak nangis lah." Aku menyangkal dan menatap wajahnya dengan tekun. Ada aura yang menjadikan aku tidak mampu mengalihkan pandanganku.
"Puteri nur qisrina." Danish menyebut namaku sepatah sepatah menjadikan aku tersedar daripada lamunan. "Puteri macam yang kau tahu aku tak suka kene tipu. Tolong bagitahu aku." Kata danish masih perlahan dan mampu mencairkan hatiku.
"A.. aku.. aku rindu ibu.." air mataku mengalir deras. Aku tidak mampu membendung lagi rasa perit yang hadir. "Aku tahu." Suara lembut itu disertakan dengan suaan sapu tangan merah. Aku mencapainya dan menggenggam erat sapu tangan itu.
Air mata yang deras mengalir tidak mampu aku lap. Namun terasa satu sapu tangan yang lembut menyapa wajahku. "Aku taknak kau menangis sorang lagi. Kau nak jadi sebahagian dari hidup aku, tolong kongsi sebahagian daripada hidup kau dengan aku." Danish bersuara dan aku hanya mengangguk tanda faham.
'Aku tak pernah faham kau. Tapi aku harap satu hari nanti.' Hatiku bersuara. 'Kau akan kenal aku, kau akan faham aku, kau akan sayang aku. Itu yang pasti.' Detik hatinya.
YOU ARE READING
Cik Cinderella Dan Encik Vampire
LosoweQisrina seorang yang periang dan comel. Mempunyai ibu yang penyayang dan disenangi. Ayahnya sangat menyayangi qisrina. Satu hari ibunya telah menghidap penyakit yang agak serius. Ayahnya tertekan dan tidak mampu berbuat apa apa. Bagaimana reaksi qis...