bab 21

4K 177 12
                                    

Selepas sarapan pagi itu, puan damia meminta aku dan danish membeli sedikit barang dapur. Aku hanya menuruti kerana tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan. "Tengok senarai lah, mama nak apa?" Marahku apabila danish selamba mengambil segala macam benda yang dimahukannya.

"Ish suka hati aku lah. Duit kau ke aku?" Danish melawan dan terus mengambil apa yang dimahukannya. "Jangan membazirlah danish. Letak balik atau aku balik jalan kaki harini." Kataku sudah tidak tahu apa lagi yang harus diugut apabila bersama danish.

"Ish yelah.." danish mengeluh dan meletakkan semula barangan yang diambilnya. Aku tidak menyangka ugutanku berjaya. Kami mengambil semua barang yang dikehendaki oleh puan damia.

Hampir satu mall kami jelajah, akhirnya semua yang diperlukan sudah terisi dalam troli ini. "Ok, dah abis. Jom bayar." Kataku sambil melihat kembali barang yang telah diambil, risau sekiranya tertinggal sesuatu lagi.

"Aku nak aiskrim." Kata danish sambil membuat muka sayu. "Tak yah lah eh. Kat rumah tadi pun aku nampak banyak lagi aiskrim." Aku cuba memujuk danish, tidak mahu bazirkan duit. Lagi pula aku tahu masih banyak didalam peti kerana aku yang mengemas barangan didalam peti pagi tadi.

"Tapi aku nak..." danish masih tidak mahu mengalah, seperti anak kecil dia meminta. "Taknaklah, jom bayar." Kataku sambil ingin melangkah pergi. "Please... " danish bersuara seakan-akan mahu menangis.

"Okay okay, jom ambik cepat, bayar cepat." Kataku tidak mampu melawan lagi. Kami segera ke tempat barangan beku dan mengambil aiskrim yang diingini oleh danish. Danish memilih dan memasukkan kedalam troli.

"Ok dah kan?" Aku bertanya inginkan kepastian. "Kau tunggu sekejap kat sini  janji sekejap. Five minutes k." Dengan itu danish meninggalkan aku sepantas kilat. "Haish budak nih." Aku mengeluh dan menunggu danish disitu. Nak ditinggalkan, aku datang naik kereta dia. 'Nasib kau lah qisrina.' Bisik hatiku mengenangkan perangai danish.

"Ehh ina?" Terdengar sapaan seseorang aku memandang ke sisi. "Hey, abang syukri buat apa kat sini? Sorang? Syukrina mane?" Soalan ku bertubi-tubi membuatkan syukri tergelak kecil melihatku. "Syukrina ada tadi. Hilang kejap. Abang beli barang dapur yang mak abang pesan. Ina sorang?" Syukri memberikan senyuman manisnya kepadaku.

"Emm, ina dengan danish. Entah dia pegi mane tah. Kejap lagi dia datang." Kataku sambil mataku melilau mencari kelibat danish. "Danish? Budak tu ke?" Kata syukri sambil menunjuk ke arah sesuatu. "Hah yes he is." Aku tersenyum dan mengiakan pertanyaan syukri.

"Ouhk. Anyway jom lunch sekali dengan abang nanti. Abang jemput." Aku serba salah untuk menidakkan ajakan itu namun tidak mampu berkata ya. Aku menggelengkan kepala. "I think that i can't go with you. Sorry." Senyuman hambar terukir dibibir.

"It's ok dear. I'm just asking ok, maybe next time dear." Syukri mengorak senyuman dan
danish tiba disebelahku bersama sebekas strawberi. "Kau dah habis sembang?" Danish bertanya dingin. "Ya, oklah abang puteri pergi dulu. Anyway thanks ajak puteri lunch but sorry i can't go with you." Aku meminta maaf sekali lagi sebelum meninggalkan syukri.

"Ouh it's okey my princess. See you next time." Syukri melambai dalam senyuman, aku membalas dan berlalu meninggalkan syukri untuk membuat pembayaran. Danish yang menolak troli laju meninggalkan aku langsung tidak menoleh.

Tiba tiba esakan anak kecil kedengaran. "Hey danish, hati hati sikit boleh tak." Aku mendukung anak kecil itu dan melihat sekiranya ada luka di mana mana. "Aku.. aku..." danish tergagap gagap. "Aku apa? Dahlah, kita kene cari mak ayah budak nih." Kataku malas ingin berbalah dengan danish.

Setelah menenangkan sedikit anak kecil ini aku mula bertanya. "Nama adik sapa?" Aku mendukung dan bermain main dengannya.  Danish membuat pembayaran sementara itu. "Amir.." aku tersenyum melihatnya tertunduk malu.

"Amir berapa tahun. Panggil akak. kakak put je." Kataku lagi sambil mengusap kepalanya. "Amir lima tahun ka.. kak... put.." amir menunjukkan 5 jarinya dan menyebut namaku dengan susah payah. Tergelak kecil aku melihatnya.

"Panggil kak put jelah. Ouh lima tahun, ibu dengan ayah amir dekat mana?" Soalku sambil melihat dia bermain main dengan hujung bajunya. " ibu dengan ayah hilang, amir nak aiskrim." Katanya, aku tersenyum melihatnya. Tidak ubah seperti danish yang beria ria mahukan aiskrim sebentar tadi.

Danish menghampiri bersama troli yang penuh dengan barang yang di bayar olehnya sebentar tadi. "Danish bak aiskrim kau." Aku membuat muka garang kononnya ingin menakutkan dia. "Tapi... tapi.." danish teragak agak. "Ahh takde bak sini. Kau dah terlanggar budak ni kan." Kataku mengingatkan dia.

Dia menghulurkan bekas aiskrim itu dengan susah payah. Aku hampir mahu tergelak berguling guling melihat raut wajahnya ketika itu, namun sedaya upaya menahan untuk meneruskan lakonan ini. Bekas aiskrim kucapai bersama sudu yang ada. Aku menyuap Amir dengan penuh tertib.

"Maaflah danish aku kesian sangat tengok dia. Lagipun kita yang silap terlanggar dia." Kataku melihat danish seperti mahu menangis melihat aiskrim miliknya dirasmikan oleh seorang budak kecil. Tidak lama kemudian sepasang suami isteri menghampiri kami bertiga.

"Ya Allah syukur ada dekat sini. Amir mari sini dekat ibu." Ucap wanita lingkungan 30-an itu. "Terima kasih dik tolong jagakan anak kami." Ucap lelaki itu sambil mengorak senyum lega. "Eh tak tak, kami nak minta maaf sebab terlanggar anak akak dan abang. Maafkan kami." Kataku tidak mahu bersembunyi disebalik kebaikan.

"Alah anak akak yang berlari kesana kesini. Maaflah susahkan kamu berdua. Kamu berdua nih suami isteri ke? Nampak muda." Soalan dari ibu kepada amir membuatkan wajahku berona merah. "Kami nih bakal je. Belum lagi akak." Danish bersuara membuatkan aku hampir pengsan.

"Ouh, semoga jadi. Kamu ni darah muda banyak dugaan. Tolak ansur dan percaya itu penting, akak dengan abang pergi dulu ye. Terima kasih jagakan anak kami." Kata ayah kepada amir. Aku senyum dan mengangguk begitu juga danish. Kami menghantar mereka dengan sorotan mata.

"Jomlah balik...." danish bersuara manja. " yelah jom. Kau nih dari tadi tergedik, aku tampar satgi apa pon takdak." Kataku sambil berpura pura mahu menamparnya. Danish mengelak dan terus berjalan keluar. Aku mengikuti dari belakang.

'Kadang kadang perangai danish sukar dijangka.' Bisik hatiku sambil bibirku mengorak senyum yang tidak dapat aku sembunyikan. Keletah manja danish mencuit hati karenah baran danish pula mencuri hati.

Mungkin betul kata ibu, dia yang terbaik...

Cik Cinderella Dan Encik VampireWhere stories live. Discover now