10: Jumpa

8.2K 339 1
                                    

Pagi itu aku bangun terus nampak makanan terhidang depan mata.Aku mencari kelibat Areef namun hampa.Aku jadi takut kerana Areef tak ada dengan aku.Rasa macam nak menangis je masa ni.

Air mataku perlahan-lahan jatuh.Aku kena tinggal.Aku nak balik dengan siapa?Aku tak tahu nak cari jalan keluar.Takkan dia tinggalkan makanan ni dekat aku then dia blah.Jahatnya dia.Sia-sia je aku kata dia baik.Rupanya dia baik ada makna.

"Kau nangis ke?"tanya Areef yang bercangkung di hadapanku.

"Mana ada.Habuk masuk mata tadi,"nafiku.

Cepat-cepat aku mengelap air mataku.Ceh!Buat malu je.Aku fikir kena tinggal dah tadi.

"Habuk masuk mata la sangat padahal menangis tak nak mengaku.Tengok hidung kau merah pun aku dah boleh agak.Boleh jalan la dengan alasan klise kau tu."Areef membuat muka menyampah.

Sampai hati dia kata macam tu dekat aku.Nak merajuk la macam ni.Tapi aku lapar.Kalau makan makanan yang Areef masak nanti jatuh la air muka aku ni.Aku kena tahan lapar.Ego mesti tinggi.Tapi makanan tu nampak sedap.Yum..yum..ahh aku tak boleh rendahkan ego aku.Aku berpaling ke arah lain.

"Kau nak makan ke tak nak ni?"tanya Areef padaku.

Aku tidak memberinya jawapan.

"Ooo..tak nak cakap ye.Takpa.Maknanya kau tak nak makan la ni.Aku habiskan je la.Lepas makan aku nak cari jalan keluar.Kau mesti tak nak ikut."

OMG!Bukan nak pujuk lagi ugut aku ada la.Tak guna punya mamat beku!

Tiba-tiba perutku berbunyi.Kuat gila bunyi perut aku.Malu aku dengan Areef.Dia bantai gelak aku sakan dah kot.Perut aku pun masa ni la nak bunyi.Tadi waktu Areef tak ada tak nak bunyi pulak.

"Jual mahal sangat kenapa,hmm?Jangan la seksa perut kau tu.Nanti kena gastrik pulak.Siapa yang susah?Aku jugak,"kata Areef yang masih dengan sisa tawanya.

Like seriously!Aku fikir mamat beku ni tak banyak cakap rupanya sekali dia buka mulut semua ayat yang keluar menyakitkan hati aku je.Aku menjeling Areef.Masih dengan ego aku.

"Jeling-jeling pulak.Nak ke tak ni?Kalau tak nak aku nak habiskan."Areef masih menanyaku.

"Tak nak!"

"Tak nak ye..aku habiskan je la,"kata Areef lantas dia menghabiskan makanan yang dia masak tadi.

Wei!Jahat gila dia.Tak berperikemanusiaan langsung.Aku dah la tengah lapar ni.Kalau ye pun tinggal la untuk aku sikit.Mana tau nanti aku boleh curi-curi makan waktu kau tak nampak ke.Hmm...

"Dah jom kita cari jalan keluar.Nak tinggal kau dekat sini aku tak sampai hati takut nanti kau kena baham dengan harimau ke susah pulak aku nanti,"kata Areef lalu menggalas begnya.

Aku hanya akur walaupun masih ada perasaan marah dalam hati terhadap Areef.Ego-ego jugak tapi aku kena ikut mamat ni cari jalan keluar takut kena baham dengan harimau.Eee..takutnya aku.

♛♛♛

"Areef!Faiqah!"jerit Abang Johan dan ahli kumpulan Areef.

Mereka mula mencari Areef dan Faiqah pada pagi ini kerana kelmarin sudah lewat petang.Hutan ini jugak agak tebal untuk mencari mereka pada waktu itu kelmarin.

Mereka masih meneruskan perjalanan untuk mencari Areef dan Faiqah.

"Tak suka la macam ni.Macam mana la aku boleh dapat kumpulan dengan korang.Penat la nak kena cari bagai ni.Habis aku kena gigit dengan nyamuk,"rungut Nadia.

Semua tidak mengendahkan Nadia.Ada yang membuat muka menyampah.

Mereka terus dan terus berusaha mencari Areef dan Faiqah.Mereka mulai berpecah apabila Abang Johan memberi arahan untuk berpecah mencari Areef dan Faiqah.Nadia mengikut Abang Johan.Semua menghembuskan nafas lega apabila Abang Johan menyuruh Nadia mengikutnya mencari Areef dan Faiqah.

"Eh tu bukan Areef dengan Faiqah ke?"tanya Adam kepada Malik.

Malik mengecilkan matanya untuk melihat firagura yang berada tidak jauh dari hadapan mereka.

"Eh!Ha'ah la,"kata Malik seraya memetik jarinya.

"Abang Johan!Kami dah jumpa mereka!"jerit Adam.

Adam dan Malik terlebih dahulu berlari ke arah Areef dan Faiqah.Kemudian diikuti oleh Abang Johan dan lain-lain.

"Jumpa pun kamu berdua.Abang ingatkan dah jadi apa-apa dekat kamu berdua.Dah jom balik tempat perkhemahan,"kata Abang Johan lalu berjalan pulang ke tempat perkhemahan dan diikuti dengan yang lain-lain.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now