Aku menilik muka suami aku.Selama ni aku tak perasan pun muka dia macam idola aku.Hidung dia,mulut dia,mata dia.Ah ! Semuanya sama dengan idola aku.Muka dia macam James Reid kot.OMG ! Macam nak jerit je sekarang ni.
Aku membawa jari telunjuk aku ke matanya lalu turun ke hidungnya dan akhir sekali di bibirnya.Aku terpaku seketika melihat bibir suami aku.Jari aku juga terhenti di bibirnya.
Tangan aku dipegang.Aku melihat ke muka suami aku.Dia sudah terjaga.Bibirnya mengukir senyuman buatku.Aku terpana dengan senyumannya.Pertama kali aku melihat suami aku senyum ikhlas macam tu dekat aku.
"Morning,"bisik Rizki di telinga aku."Solat subuh jemaah jom,"ajak Rizki.
Aku mengangguk."Awak ambil la wuduk dulu,"kataku.
Rizki bangun untuk mengambil wuduk.Aku bangun dari pembaringan aku.Kenapa pagi ni tiba-tiba dia sweet ni?Takkan kena sampuk dengan hantu semalam kot.Uish..jangan la.Minta simpang !
Aku merasa bibir aku panas.Mata aku terbuntang.Rizki cium aku !
"Sayang mengancam sangat.Iman biy tergugat.Tengok habis batal wuduk biy," kata Rizki dengan senyuman nakalnya.
Like seriously ! Aku rasa suami aku dah kena sampuk ni ! OMG ! Aku kena cari ustaz cepat-cepat ni.Kalau tak nanti lagi merebak.
"Sayang tak percaya ni biy ke?Sayang,ni biy la.Biy tak kena sampuk pun."Rizki mula mendekati aku.
Kini jarak aku dengan suami aku sangat dekat sampai boleh rasa hembusan nafas dia.Jantung pun mula memainkan peranan saat ini.
"Apa awak ni.Masa dah nak habis dah ni."Aku menolak dadanya lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wuduk.
Kedengaran Rizki ketawa dan bercakap di luar."Nanti lepas solat subuh kita sambung ye,"kata Rizki dengan sisa tawanya.
♛♛♛
Aku geram gila dengan Rizki saat ni.Tau la muka macam James Reid pun tapi tak payah la sampai nak tangkap gambar lama-lama dengan 'fans' dia tu.
"Are you brother of James Reid?"tanya perempuan yang duduk di sebelah meja makan kami.
"Eh ! No la,"sanggah Rizki.
"Oh ! I think you are brother of James Reid cause you look like James Reid.Can I and my friends take selfie with you,"tanya perempuan itu teruja.
Rizki melihat aku.Aku menggeleng kepala kepadanya.Aku penat siot.Tapi Rizki tak mengendahkan gelenganku lalu dia mengangguk kepada perempuan-perempuan itu.Sakit hati kita !
Pipiku terasa ditindih sesuatu.Aku menoleh memandang ke arah Rizki.Dia sedang tersengih kepada aku lalu dia memuncungkan mulutnya tanda dia mahu untuk menciumku.
"Kenapa awak cium saya dekat tempat public?Tak rasa malu ke?"marahku.Sebenarnya lebih kepada untuk menutup malu aku.
"Dah sayang mengelamun sampai biy panggil pun sayang tak dengar.Jadi biy cium je la.Kalau tempat public pun apa salahnya?Kita dah sah pun,"katanya selamba.
"La habis dah ke selfie dengan 'fans' awak tu.Ingatkan nak selfie lama-lama lagi,"perliku selamba.
"Amboi perli nampak.Sayang jealous dengan biy ye?"sakat Rizki.
"Please la ! Tak ada masa nak jealous."Aku membuat muka menyampah.
"Eleh ! Tak jealous la sangat.Ok kalau sayang tak jealous kenapa muka macam nak terkam orang je waktu 'fans' biy rapat dengan biy?"tanya Rizki.
"Aduh ! Sakitnya perut,"Aku melihat riak muka Rizki.Selamba.Wei ! Dia tak peduli langsung pasal aku.
"Tak payah sakit perut sangat la."Rizki membuat muka menyampah.
Wah ! Suami kita tahu la yang kita pura-pura je.Brillient !
Rizki terus berjalan meninggalkan aku dibelakang.Aku terpinga-pinga melihat suami aku.Eleh ! sentap la tu orang tak nak jawab soalan dia.Ada aku kisah !
♛♛♛
YOU ARE READING
First Love Or Last Love ✔
Teen Fiction'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky.Dia mempunyai seorang kawan baik.Dia berasa bahagia dengan hidupnya sekarang. Tengku Harris Erik Danie...