20: Dingin

11.5K 372 0
                                    

Aku menunggu Rizki sambil menonton televisyen di ruang tamu.Selalunya Rizki tak balik lewat macam ni.Tetiba je harini dia balik lewat.Kedengaran kereta Rizki masuk ke dalam perkarangan rumah.

Aku bangun dari pembaringanku.Aku melihat Rizki melintasi di hadapanku tanpa menghiraukan aku."Awak dah makan?"Pertanyaanku itu membuatkan langkah Rizki terhendi di hadapan tangga.

"Dah,"jawab Rizki sepatah.

Selamat dia jawab jugak soalan aku kalau tidak dah lama dia masuk kubur.Haritu lagi sadis.Aku tanya dua patah dia tak jawab langsung.Buat macam aku ni tak wujud je !

Rizki terus naik ke atas dan masuk ke dalam bilik.Atas?Bilik?Bukan dia tidur dekat bawah ke?Haa..aku tahu.Rindu aku la tu !

Aku berjalan dengan riang untuk naik ke atas.Namun baru beberapa langkah aku berjalan langkahku terhenti.Aku melihat Rizki menuruni tangga bersama bagasinya.

"Awak nak pergi mana?"tanyaku polos.Senyumanku juga mulai pudar.

"Ikut suka hati aku la.Bukan urusan kau pun,"jawab Rizki kasar.

"Tapi saya ada hak untuk tahu.Saya ni isteri awak."Tubir mataku mulai panas.

"Isteri?Huh,kau dengan title kau tu boleh pergi mampus la.Dah tepi sikit."Rizki menolak aku.Dia terus berjalan melintasiku.

"Saya cintakan awak,"kataku seraya menundukmenekur lantai.Air mata sudah mengalir di pipiku.

Luahan aku itu membuatkan langkah Rizki terhenti."Terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya.Saya mulai mengenal erti cinta yang dah lama hilang dalam kamus hidup saya sejak awak hadir.Terima kasih jugak sebab awak saya kenal erti betapa peritnya apabila mencintai."

Aku terus berlari naik ke bilik lalu mengunci pintu bilik.Aku naik ke atas katil.Aku merapatkan kedua-dua belah kakiku ke dada.Aku menangis semahu-mahunya.

Tok ! Tok ! Tok !

"Faiqah ! Buka pintu ni,"jerit Rizki sambil mengetuk pintu bilik lagi kuat.

Aku mengelap air mataku dengan kasar lalu aku berjalan ke arah pintu dan membukanya."Nak apa?Tadi nak pergi sangat.Pergi la,"kataku dingin.

Aku ingin menutup pintu bilik semula namun ditahan oleh Rizki."Dengar dulu cakap.."Aku lantas memotong cakap Rizki."Tak perlu dan tak penting pun."Aku menolak pintu lagi kuat namun aku tidak dapat melawan kudrat Rizki.

"Dengar la dulu cakap biy ni."Rizki mengunci pintu bilik dan melangkah mendekatiku.Aku mengundur ke belakang sehingga aku terbaring di atas katil.Rizki meletakkan kedua-dua tangannya di sisiku.Dia mengepungku !

"Ap..apa aw..awak nak buat ni,"kataku gagap.Rizki lagi mendekatkan mukanya dengan muka aku.

"Sejak bila sayang gagap ni?hmm,"kata Rizki memandang ke dalam anak mata hazel milik aku.

Gulp !

Kenapa tiba-tiba je dia jadi romantik ni?Takut pula aku tengok dia saat ni.Aku nak lari mana ni.Badan aku dah kena kepung dengan dia.

Terasa bibirku ditindih lembut oleh bibir Rizki.Mataku pantas membulat."Biy dah cakap jangan mengelamun nanti biy cium,"bisik Rizki di telingaku."Biy tak pernah cakap pun,"kataku protes.

"Ada la.Cuba sayang ingat balik."Rizki membelai rambutku."Biy tipu ! Mana ada biy kata macam tu pun,"kataku.

Rizki tersengih ke arah aku."Memang biy tipu pun siapa suruh percaya."Rizki gelak padaku."Eee..geramnya.."Aku membuat tangan seperti ingin mencekik Rizki.Rizki lagi bantai gelak padaku.

Aku malas mahu melayan Rizki.Aku terus menarik selimut menyelubungi diriku.Kemudian tidur !

Tapi terasa selimutku ditarik ke bawah.Aku menarik kembali selimut menutupi badanku.Selimut itu ditarik lagi."Ishh ! Nak apa lagi?"Aku membuat muka masam.

"Nak kiss dari sayang.Dah la lepas ni biy kena puasa seminggu."Mengadanya ! Suami siapa la ni.

"Kenapa biy kena puasa pula?Haa..mesti biy tak ganti puasa lagikan?Ish ish ish..tak patut."Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.

"Mana ada la sayang.Biy nak kena pergi UK seminggu.Nanti biy kena puasa dari tatap muka sayang,sakat sayang,makan masakan sayang dan yang paling penting..."Rizki mencium bibirku sekali lagi.Lama.

"Biy akan rindu bibir sayang yang seksi tu,"kata Rizki selepas melepaskan bibirku.Aku terkesima.Rizki tersengih nakal padaku.

Rizki melihat jam tangannya sekilas."Ok la biy dah nak kena pergi dah ni.Jangan rindu biy tau.Biy titipkan amanah uuntuk sayang.Jaga hati biy baik-baik sebab biy tinggalkan hati biy dekat sayang."

Rizki mencium pipiku sekilas."I love you more,much and most.I'll miss you,"bisik Rizki di telingaku.Dia mencium pipi kiri aku pula lalu keluar dari bilik.Meninggalkan diriku yang masih terkesima dengan keadaan tadi.

Aku memegang kedua-dua belah pipiku lalu aku pegang pula bibirku.Aku tersenyum dengan kejadian tadi.Masih terasa bibir Rizki di bibirku dan pipiku.Aku terus berbaring dan menarik selimut sehingga paras dada lalu tidur.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now