45:Bahagia

10.6K 297 2
                                    

"Sayang bangun solat subuh."Zayyan mengoncang sedikit badanku.

Aku mengeliat kecil.Aku membuka mata sedikit lalu aku pejamkan semula mataku.

"Bangun cepat kalau tidak biy cium sayang,"ugut Zayyan di telinga aku.

Aku mencebik dalam keadaan mata yang masih terpejam.Eleh ingat dia berani ke nak cium aku.Aku berani kerat jari la kalau dia cium aku.

Chup!

Aku pantas membuka mata.Muka aku mula membahang.Pergh malu siot.

"Apa ni main cium-cium orang!"marahku.Sebenarnya lebih untuk tutup malu aku saja.

"Biar la.Biy cium orang bukan cium sayang,"kata Zayyan tanpa rasa bersalah.

Eii dia ni kerja menjawab je.Aku bagi makan cili padi baru tahu.Tak pun aku tembak pakai machine gun.Haa time tu baru tahu aku jahat ke baik.

Aku menjeling Zayyan lalu masuk ke dalam bilik air.Selepas beberapa minit aku keluar.Aku memakai telekung tanpa menghiraukan Zayyan.

"Aip..tak tunggu biy.Cium baru tahu."Zayyan membuat muka miang.

Aku membuat muka jelik."Cepat la.Tadi suruh orang tunggu sangat,"kataku datar.Zayyan mengambil tempatnya di hadapan aku.

♛♛♛

"Sayanggg..."panggil Zayyan meleret.

Aku hanya pandang dia sekilas.Kemudian pandangan aku kembali ke televisyen semula.

"Jom la balik Malaysia."Zayyan bermain dengan rambut aku pula.

Aku menepis tangannya lembut."Sayang dapat apa kalau sayang ikut biy balik Malaysia?"Aku mengangkat keningku berkali-kali.Sengaja aku bermain tarik tali dengannya.

"Sayang dapat hati biy la,"kata Zayyan lalu ketawa.

"Eii tak lawak la!"kataku lalu menolak bahu Zayyan.

"Siapa kata lawak?"kata Zayyan dengan muka seriusnya.Nampak sangat dia saja buat muka serius.

Aku menjeling Zayyan."Amboi sejak kebelakangan ni sayang suka sangat jeling dekat biy,"kata Zayyan seraya mencubit pipiku.

"Mummy! Daddy! I'm bored,"kata Ryan seraya duduk di atas riba Zayyan.

"Haa tu anak teruna biy dah datang.Layan la dia.Suka sangat manjakan dia."

"Anak teruna sayang juga.Right, Ryan?"Zayyan mengusap kepala Ryan.

Ryan hanya mengangguk."Mummy , daddy."Kami melihat ke arah Ryan."Aunty Syara say your voice were nice.Ryan teringin nak dengar mummy dengan daddy menyanyi."

"Haa kalau yang tu suruh daddy.Mummy ni suara dah la macam katak puru panggil hujan,"kataku lalu tergelak kecil.

"Alele tak payah bohong la sayang.Nyanyi la dengan biy.Anak minta tu."

"Please..."Ryan mengelip-ngelipkan mata bulatnya itu berkali-kali.

Akhirnya aku mengalah.Zayyan memulakan nyanyian.Kemudian diikuti dengan aku.Ryan hanya mendengar.

"If I'm a Joker , will you be my Harley Quin for the rest of my life? "Zayyan melutut di hadapanku.

"Bangun la.Anak tengok la,"kataku separuh berbisik.

Zayyan menggelengkan kepalanya.Aku mengeluh kecil."Yes, I will,"kataku lalu tersenyum nipis.

Zayyan terus bangun dan mencium bibirku sekilas lalu mengendongku."Thanks sayang,"kata Zayyan teruja.Ryan pula sudah bersorak kegembiraan.

"Eii turunkan sayang la,"kataku malu.

"Ada apa-apa yang akak terlepas ke?"tanya akak Syarafina yang baru balik dari pejabat.

Kami bertiga menggeleng lalu ketawa.Ah! Bahagianya hidup aku sekarang ni.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now