9: Mamat Beku Baik Hati

9.1K 364 0
                                    

"Ok sekejap lagi kita akan masuk hutan.Jadi abang tak nak dengar seorang pun merungut itu ini.Tolong bersedia fizikal dan mental kamu semua.Faham!"kata Abang Johan.

"Faham!!!"kata kami semua serentak.

"Ok sekarang kamu boleh rehat dulu.10 minit lagi datang berkumpul di sini balik,"kata Abang Johan lalu meninggalkan kami semua

Kami semua bersurai.Aku dan Hanie berjalan ke arah khemah kami.

"Tak sabarnya nak masuk hutan,"kata Hanie teruja.

"Aku pun sama.Tapikan aku tak suka la dengan mamat beku dalam group aku tu.Dia tu macam serahkan semua tugas dia dekat aku.Padahal dia ketua kumpulan bukan aku.Sakit betul hati aku dengan mamat beku tu,"ceritaku pada Hanie.

"Haha relax la.Kau ni pun.Kau kutuk la dia nantikan mana tau dia yang akan tolong kau nanti takpun dia jodoh kau.Haa..waktu tu jangan datang dekat aku sambil menangis-nangis ye cik kak,"kata Hanie.

"Dah la aku nak tidur kejap.Nanti nak nak masuk hutan pulak.Ok bye,"kataku lalu terus masuk ke dalam khemah dan tidur.

"Ala...Faiqah tunggu la.Alooo..."Hanie masuk ke dalam khemah dan tidur di sebelahku.

♛♛♛

Aku benci la dengan mamat beku ni.Hish..sakit gila hati aku ni tengok dia.Dah la tak membantu langsung dalam kumpulan ni.Cikgu dengan kumpulan lain lepas ke depan dah tinggal kumpulan kami ja yang masih berehat bawah pokok besar ni.

"Faiqah kami gerak dulu ye..bye,"kata salah seorang dari ahli kumpulan aku.

Sekarang tinggal aku dengan mamat ni berdua je.Kalau aku ikut diaorang pun takpa tadi tapi kesian pulak dekat mamat beku ni takut sesat pulak dalam hutan ni sorang-sorang.Kesian pulak..

"Dah jom sambung jalan,"kata Areef aka mamat beku.

What!Dah malam kot.Agak-agak la nak jalan dalam gelap.Bawa keluar la lampu suluh.Sekurang-kurangnya ada jugak cahaya.Ni tak mengharap cahaya bulan je kalau cahaya bulan tu terang takpa la jugak.Grrr...sakit betul hati aku.

"Awak ni kenapa?!Bawa keluar la torchlight.Tau tak saya tak nampak jalan langsung.Nak mengharapkan cahaya bulan apa la sangat,"marahku pada Areef.

"Ikut suka hati aku la nak mengharapkan cahaya bulan ke cahaya matahari ke ada aku kacau life kau?Tak kan jadi jangan banyak cakap.Kau nak ikut aku,ikut kalau tak nak sudah!Aku tak kesah pun."Areef terus meninggalkanku dibelakang.

"Hei Areef!Arghhh!!!"

Areef berpaling untuk melihatku namun hampa kerana kelibatku tiada dibelakangnya.

"Reanna?"

"Areef tolong!!!"

"Kau dekat mana?!"

"Saya ada dekat bawah ni!Tolong saya Areef saya takut ni.."rayuku.

Areef terus berlari ke arah jurang di manaku jatuh tadi.Areef menghulurkan tangannya padaku.

"Kau pegang tangan aku kuat-kuat.Jangan sesekali lepaskan tangan aku,"kata Areef padaku.

Aku memegang tangannya menggunakan tangan kiriku.Tangan kananku masih berpaut pada kayu yang ada di jurang ni.

Prakk!

Kayu tempat aku berpaut itu patah.Aku rasa takda harapan nak hidup dah ni.Ya Allah jika ajal ku sudah sampai,aku redha Ya Allah,rintihku dalam hati.

"Areef lepas je la tangan saya kalau awak still nak selamatkan saya nanti awak akan jatuh sekali,"kataku pada Areef.

"Tak,aku still boleh selamatkan kau lagi.Kau jangan lepaskan tangan aku."Areef masih cuba untuk menyelamatkanku.

"Arghh!!!"

Kami berdua jatuh bergolek ke dalam jurang.Areef memeluk dan menahan kepalaku dari terhantuk di batu yang ada dibelakangku.

"Kau ok tak Reanna?"tanya Areef cemas.

"Ok.Err..Areef awak lepas saya boleh tak?"

Areef yang baru menyedari akan perbuatannya terus dia melepaskan pelukkannya itu.

Aku malu masa ni.Aku nak pandang muka Areef pun malu.Baik jugak la mamat beku ni.Ahh..apa aku merepek ni baik aku cari tempat untuk berehat lagi bagus.

♛♛♛

"Kau kalau sejuk bagitahu aku.Aku nak tambah kayu api.Kalau kau mengantuk nah ambil jaket aku ni,"kata Areef lalu melemparkan jaketnya tepat pada mukaku.

How dare dia baling jaket dekat muka aku yang cantik ni.Ok yang tu perasan.

"Kenapa awak boleh jadi macam ni?"

"Sebab seorang perempuan,"jawab Areef mendatar.

Ouh..dia jadi beku macam ni sebab putus cinta je la.Yela putus cinta takkan benda lain pulak kan.Dah dia kata sebab perempuan jadi kesimpulannya dia jadi beku sebab putus cinta.Porahh..perempuan belambak dalam dunia ni.Pilih je mana satu dia nak.

Sebab aku malas nak tanya dia banyak-banyak jadi aku tidur je la lagi bagus.Lagipun aku dah penat.It's time to sleep..Ahh..

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now