Aku berjalan seorang di mall ini.Rizki?Jangan tanya la dia pergi mana.Kata nak pergi tandas.Pergi tandas apa berjam-jam.Susah sangat ke nak 'melabur' sampai berjam-jam duduk dalam tandas tu.
Pakk !
Aku jatuh terduduk.Sangat siot pinggang aku.Hamba Allah mana pulak ni langgar bahu aku.Kalau sambut aku takpa la jugak ni tak dibiarkan je aku jatuh macam nangka busuk.Geram betul aku.Hergh !
"Saya minta maaf.Saya tak sengaja.Saya nak cepat tadi sampai terlanggar awak pulak,"kata lelaki itu dengan perasaan bersalah.
Aku bangun.Mata aku terus membulat."Faiqah?"OMG,he's back !
Aku cepat-cepat ingin melarikan diri dari situ namun tidak berjaya apabila lengan aku dipegang oleh lelaki itu.
"Nak apa lagi Encik Tengku Harris Erik Daniel?!"Haa amekaw ! Kan aku dah seru nama penuh kau.Selamat aku tak cakap sekali dengan nama ayah kau !
Daniel hanya tersenyum dan meneliti fizikal aku.Manggai ! Tersenyum-senyum tengok aku.Takut pulak aku tengok muka dia ni.
"Sayang,biy..."Barang yang dipegang oleh Rizki jatuh ke bawah.Jelas riak terkejut dan cemburu menghiasi muka Rizki saat ini.Aku melihat ke arah diriku dan Daniel.
Rizki terus meninggalkan aku dan barangnya itu dengan muka yang dingin."Lepas la !"Aku merentap tanganku dari genggaman Daniel.
Aku mengambil barang yang ditinggalkan oleh Rizki dan meninggalkan Daniel.Aku mengejar kereta Rizki namun gagal.
"Aku akan pastikan suatu hari nanti kau akan jadi milik aku kembali."Senyuman sinis terlakar di bibir Daniel.
♛♛♛
Aku berjalan pulang ke rumah.Bukan tak mahu tahan teksi tapi malas.Hujan mula turun membasahi bumi.Aku memeluk tubuhku kerana kedinginan.
Badan aku mula menggigil.Gigi aku berlaga antara satu sama lain.Aku sudah berada di hadapan pagar rumah aku.Sudah beberapa kali aku memberi salam dan menekan loceng namun tiada respon.
Aku sudah kesejukkan.Mana la semua orang dalam rumah ni.Nak aku mati kesejukkan ke dekat luar ni !
Kepala aku mula pening.Aku sudah tidak tahan untuk berdiri lebih lama.Hujan pula semakin lama semakin lebat.Aku jatuh menyembah bumi.
Tiba-tiba pintu pagar rumahku terbuka.Terjengul wajah Rizki bersama payung ditangannya."Ya Allah,Faiqah ! "
Aku tersenyum lemah kepada Rizki.Dia membawa aku masuk ke dalam rumah lalu ke bilik.Dia membaringkan aku di atas katil."Nanti katil basah,"kataku lemah.
"Biar je.Tak mati pun kalau katil tu basah,"kata Rizki dingin.Sungguh aku akui sebenarnya aku agak terasa dengan sikap dinginnya itu.
"Awak masih marahkan saya ke?"tanyaku polos.
"Kau tak payah fikir la aku marah ke tak.Kau rehat je la dah tau diri tu sakit masih fikir lagi aku marah ke tak.Dah la aku nak tidur dekat bilik bawah."Rizki terus keluar dari bilik.
Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka(nusyuz)hendaklah kamu menasihati mereka,dan (jika mereka berdegil),pulaukanlah mereka di tempat tidur dan(kalau juga mereka masih berdegil)pukullah mereka(dengan pukulan ringan dan bertujuan untuk mengajarnya.Kemudian jika mereka taat kepadamu,janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Air mata aku mengalir perlahan-lahan di pipiku."Aku nusyuz ke?tapi tadi bukan aku yang pegang tangan Daniel.Dan aku jugak tak tahu akan berjumpa Daniel,"monologku sendiri.
Aku bangun dari katil lalu masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan diriku.Beberapa minit kemudian aku keluar lalu memakai baju dan menukar cadar tilam.Aku tidur di atas katil di tempat yang tidak basah.
Aku tak sanggup untuk melayan perangai dingin Rizki.Apa yang aku takut selama ini sudah terjadi.Aku sudah jatuh cinta pada suami aku namun belum sempat aku luahkan perasaan aku ini,masalah sudah datang.Aku hanya tabah saja.
Aku memandang siling.Aku harap Rizki tidak akan bersikap dingin lama-lama.Akhirnya kelopak mataku tertutup dan aku mula belayar di alam mimpi.
♛♛♛
YOU ARE READING
First Love Or Last Love ✔
Novela Juvenil'Mungkin cinta pertama menyakitkan tetapi aku percaya cinta terakhir adalah cinta terindah.' ... Faiqah Adreanna.Seorang gadis yang happy-go-lucky.Dia mempunyai seorang kawan baik.Dia berasa bahagia dengan hidupnya sekarang. Tengku Harris Erik Danie...