6: Demam

9.6K 361 6
                                    

Pada pagi Sabtu aku joging di taman berdekatan dengan kawasan rumah aku.Dah jadi rutin aku setiap kali hujung minggu.Selalunya Hanie akan teman aku joging tapi hari ni Hanie bangun lambat so aku pergi seorang je la.

Aku suka datang taman ni sebab ramai budak-budak dekat sini.Aku tengok comel je dengan muka innocent diaorang.Macam nak peluk je.

Tiba-tiba ada budak perempuan jatuh depanku.Dia menangis teresak-esak.Aku bingkas bangun lalu pergi ke arah budak itu.Aku lihat lututnya berdarah.Ok bahagian ni aku lemah.Dah la aku takut dengan darah.

Aku melihat sekeliling.Mana la tahu aku nampak mak dia ke boleh la mak dia bawa pergi klinik terus.Budak perempuan tu menangis dengan kuat sekali.

Aku buntu.Aku nak tolong tapi dah aku ni fobia dengan darah jadi aku tak boleh nak buat apa-apa selain memujuk budak perempuan ni.Sedang aku pujuk budak perempuan ni.Ada orang tegur kami.

"Amani,kan papa dah cakap jangan lari tengok dah luka lutut Amani."

Aku pandang lelaki itu dari tepi.Aku nampak macam kenal.Aku nak cuba tegur tapi aku takut.Kemudian lelaki itu beralih pandanganya ke arah aku.Kami berdua terkejut.Lidah aku kelu.

"Daniel."

"Faiqah."

"Jadi ini anak awak?"tanyaku

Daniel mengangguk.Entah kenapa hatiku jadi sakit lepas aku dapat tahu budak perempuan ni anak Daniel.Jadi selama ni Daniel dah kahwin.Aku rasa macam nak lari je dari situ.

Aku cuba mengawal perasaan sedih di dalam hatiku ini.Kenapa aku perlu rasa sedih.Aku bukan suka dekat Daniel.Tapi hati aku ni sakit sangat-sangat.Jangan-jangan aku dah jatuh cinta dekat Daniel.Oh no!!!

"Awak saya balik dulu la.Assalamualaikum,"pamitku.

Aku terus pergi dari tempat tu.Aku sedih.Air mataku perlahan-lahan jatuh di pipiku.

♛♚♚

Aku datang sekolah lewat hari ni.Mataku kelihatan sembap.Ya aku menangis.Semuanya sebab kejadian yang terjadi Sabtu lepas.

Semua yang ada di dalam kelas itu pandang aku pelik.Geram pulak aku.Macam tak pernah tengok manusia ke apa.Aku melajukan langkahku ke tempat aku.

Hanie menegur aku tentang mataku.Aku hanya menggeleng lalu meletakkan kepalaku di atas meja.Tadi Daniel ada juga la cuba tegur aku tapi aku cuma senyum hambar je dekat dia.Aku malas nak cakap dengan dia hari ni.Hatiku masih sakit.

Kemudian Cikgu Amira pun masuk ke dalam kelas.

♛♛♛

Sepanjang hari ni aku langsung tak fokus dalam kelas.Fikiran aku masih memikirkan kejadian yang berlaku Sabtu lepas.Hatiku teramat sakit.

Aku mengambil keputusan untuk balik dengan berjalan kaki.Aku malas untuk menelefon Pak Mat untuk datang mengambilku.Lagipun aku malas nak jawab soalan Pak Mat tentang mataku ini nanti.

Never made it as a wise man
I couldn't cut it as a poor man stealing
Tired of living like a blind man
I'm sick of sight without a sense of feeling

This is how you remind me
This is how you remind me
Of what I really am

It's not like you to say sorry
I was waiting on a different story
This time I'm mistaken
For handing you a heart worth breaking

And I've been wrong, I've been down
To the bottom of every bottle
These five words in my head
Scream, "Are we having fun yet?"
"Are we having fun yet?"

Aku menyanyi kecil sambil berjalan untuk menghilangkan rasa bosan ku ini.Kemudian aku terdengar bunyi petir.Aku berhenti menyanyi.

Selepas itu,hujan turun dengan lebat.Habis basah baju aku dengan beg sekolah aku.Dah la antibodi aku tak kuat.Sah lepas ni aku demam.

Aku mula bersin.Kepalaku mula pening.Pandangan aku pula mula kabur.

Tiba-tiba ada kereta berhenti sebelahku.Ada seorang lelaki keluar dari kereta itu bersama payung ditangannya.Aku nampak macam abang.Aku terus peluk abang aku.

"I love you,"kataku lalu aku pengsan dalam pelukan abangku.

♛♛♛

First Love Or Last Love ✔Where stories live. Discover now