Syeikh Aliff Azmi

265 11 0
                                    

"Mum!! Sarah dah balik!" Jerit Sarah dari muka pintu utama rumah. "And I'm soo hungry!".

Datin Syira menjenguk ke pintu utama dan terpancul muka anaknya yang menyengih kepadanya. "Pergi naik mandi dulu. Busuk ni." Arah Datin Syira.
Sarah mencebik lalu mencium pipi mummynya. "Rindu mummy byee!" Sarah melarikan diri dari dipukul mummynya.

"Busuk busuk cium orang" bebel mummy. Sarah melambai dari tingkat atas. Datin Syira menggelengkan kepala
melihat sikap keanak-anakan Sarah.

★★★★★★

Sarah menolak pintu bilik abang kesayangannya dengan kuat. "Abang !!!". Aliff yang sedang menelaah buku pelajaran terkejut dengan jeritan adiknya lalu menoleh ke arah adiknya dengan muka yang dibuat garang.

"Alah abang ni. Tak payah buat muka garang, adik tak takut la bang." Sarah berjalan ke arah abangnya lalu duduk di atas katil yang bersebelahan dengan meja belajar abangnya.

Aliff menggosok kepala adiknya dengan manja. "Baru balik ke? Dah mandi ke belum ni? Busuk jee dalam bilik abang ni" Aliff sengaja mahu mengusik adik kesayangannya itu.

"Aipp! Adik dah mandi laaa." Sarah menepuk pipi abangnya lembut. "Jom turun teman adik makan. Abang tak makan lagi kan?" Ajak Sarah kerana mummynya mengatakan yang abangnya belum menyentuh makanam dari pagi kerana tiada selera.

"Adik pergi la makan. Abang takda selera la. Lagi pun abang tak larat nk turun." Jawab Aliff.

"Taknak. Nak abang teman. Jom laaa. Kalau tak, tak nak kawan abang." Ugut Sarah. Dia risaukan abangnya yang sudah lama tidak menyentuh makanan kerana demam.

Sarah menarik tangan abangnya. Aliff terpaksa menurut.

"Mummy! Kami mahu makan!!" Jerit Sarah dari atas tangga dengan tangannya memegang erat abangnya kerana risau akan jatuh. Kerana abangnya masih belum sihat sepenuhnya.

"Meh duduk. Aliff makan sikit yaa. Nanti perut masuk angin" Datin Syira menyenduk nasi kedalam pinggan anak-anaknya.

Mereka makan dengan berselera kecuali Aliff. Dia hnya makan tiga suap. Datin Syira dan Sarah tidak dapat berbuat apa-apa.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now