Kebenaran

111 9 0
                                    

Akim tiba di sekolah pada awal pagi. "Budak lain mesti tengah sedap berguling atas katil lagi ni" bebel Akim yg sudah beberapa kali menguap. Akim yang ingin memasuki pagar sekolah terhenti apabila namanya dipanggil seseorg. Akim berpaling ternyata org itu adalah Izat. "Awal dtg" tegur Akim. "Nak teman member" kata Izat.

Semalam Izat telah dimaklumkan oleh Akim yang dia akan datang awl ke sekolah kerana motornya rosak dan terpaksa pergi dengan ayahnya. Mereka berjalan seiringan smbil berbual menuju ke kelas.

"Dia dah tahu ke?" Izat bertanya.

"Belom lagi tapi duk sibuk tanya siapa. Kau la ni, mulut cilake sngt." Akim menjeling sahabatnya yang sudah tersenyum kambing.

"Ala sorry la. Kau tu siapa suh tanak teman aku. Padan muka." Izat menayang muka puas hati.

Akim yang geram akan perangai Izat yang kebudakan terus mengetuk kepalanya. Izat mengaduh kesakitan.

"Haaaaa ! Borak apa ha" Sergahan seseorang dari belakang mereka.

Akim dan Izat pun apa lagi, terkejut beruk la mereka.

"Bagi salam buleh tak. Ada yang makan batu ni kang." Marah Izat smbil mengurut dadanya.

"Heee... Surry bruh." Sarah yang serba slh lantas meminta maaf smbil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Akim hanya menggeleng melihat tingkah mereka dan berlalu pergi meninggalkan mereka.

Sarah lantas meninggalkan Izat dan mengejar Akim. "Woii kuaja tinggalkan aku" jerit Izat tetapi jeritannya dibiarkan begitu sahaja. "Akim ! Tunggu laaa" Sarah menarik bag Akim apabila akhirnya dapat mendekatinya. Langkah Akim terhenti. Akim berpaling memandang Sarah yang tercungap mengambil nafas kerana penat mengejarnya. Senyuman terpamer di wajah Akim.

"Yang kau lari tu kenapa?" Tanya Akim prihatin melihat Sarah yang masih kepenatan, nampak sangat jarang bersenam ish ish...

"Yang kau blah macam tu jee kenapa?" Marah Sarah menjeling Akim sambil membetulkan dirinya dan mengambil nafas dengan tenang. Akim hanya memandang Sarah dengan pandangan kosong lalu berjalan meninggalkan Sarah.

Sarah mempercepatkan langkahnya agar seiring dengan Akim. Mereka berjln bersebelahan. Sarah mencuri memandang Akim kerana ingin bertanya tentang hal kelmarin.

"Apa lagi budak ni mahukan." Akim menjeling Sarah yang sedang memandangnya dengan sengihan. Akim berhentikan langkahnya. Sarah turut berhenti lalu memandang Akim dengan penuh tanda soal di kepala.

"Yang kau sibuk kejar aku pagi buta ni kenapa? Mimpi apa semalam sampaikan rini nk jln skali dgn aku?" Soal Akim yang sudah menaikkan sebelah keningnya.

Sarah menyengih "Nak tahu rahsia kau. Cakap laa. Nak tahu. Nak tahu." Sarah menggoncang-goncangkan tangan Akim.

"Aku agak dah." Akim menarik tangannya keluar dari pegangan Sarah dan mahu berlalu pergi. Tetapi terhenti kerana ditarik oleh Sarah. Akim menoleh "Apa??"

"Kedekut la kau ni. Dengan Izat buleh pula kau share, dengan aku tanak share. Cepat la, nak tahu." Sarah terus-terusan memaksa Akim.

Sarah masih tidak berhenti menyoal dan memaksa dengan tanganya masih memegang pergelangan tangan Akim. Akim akhirnya hilang sabar "AKU SUKA KAU! PUAS HATI?" Akhirnya terluah sudah apa yang terpendam.

Sarah yang tadinya bising akhirnya terdiam. Tangan Akim terlepas dari genggamannya. "A-ap-apaa? Tak payah la cakap centu smata -mata utk senyapkan aku" Sarah gagap kerana terkejut. Suaranya juga berubah. Sarah dapat merasakan mukanya telah merah.

"Nak aku ulang? Okay aku ulang. Aku suka kau. Aku suka budak yang aku dah kenal dari tabika lg. Aku suka budak yang jadi musuh aku dari tabika lagi. Aku suka budak yang aku panggil minah sewel. Minah sewel yang selalu gaduh dengan aku. Minah sewel yang selalu panggil aku mamat gila. Aku suka kau. Aku suka kau Sarah." Akim memandang Sarah yang terdiam seribu bahasa.

Sarah memandang Akim dengan pandangan tidak percaya. Mukanya terasa berbahang. "A-aku masuk kelas dulu. Bye" Sarah berjalan laju meninggalkan Akim.

"Apa dia merepek tu. Ish. Apa aku nak buat ni. Kenapa berdebar gila. Kenapa muka aku terasa panas. Ish ish" bebel Sarah sambil sebelah tangannya memegang pipi, sebelah tangannya lagi diletakkan didada.

Akim memandang Sarah yang berlalu pergi. Dia memegang dadanya. Berdebar kuat. "Apa yang aku dah cakap tadi " Akim terkejut dengan tindakan beraninya. "Apa aku nak buat lepas ni? Kalau dia jauhkan diri mcm mana" Akim bermonolog sendiri sambil mata merenung lantai.

Pelajar lain yang berpusu-pusu menuju ke kelas diabaikannya. Izat yang juga menuju ke kelas terserempak dengan Akim. "Eh Akim asal kau tak masuk kelas lagi." Soal Izat smbil menyedut susu coklatnya.

Akim memandang Izat pelik. Izat yang faham aku pandangan Akim lalu bersuara "Aku singgah kantin tadi, beli ni" lalu menunjukkan susu kotaknya.

Akim mengangguk lalu bersuara. "Ingatkan dh masuk kelas masa kena tinggal tadi."

"Korang memang kejam! Tinggalkan aku centu jee" Izat mencebik.

Akim hanya menjeling Izat yang sedang acah-acah sedih.

"Weh Jat. Apa aku nak buat ni? Macam mana kalau dia jauhkan diri dari aku? Macam kalau dia tanak cakap dengan aku dah?" Akim menyuarakan isi hatinya kepada sahabatnya tetapi mata masih merenung lantai.

"Ahh? Asal? Dia? Siapa?" berkerut muka Izat cuba memahami apa yang ditanya oleh Akim sebentar tadi. Akim mendiamkan diri. Izat akhirnya dapat menangkap apa yang cuba disampaikan.

"Wah jap jap. Kau jangan cakap yang kau dah confess?" Izat memandang Akim dengan pandangan tidak percaya. Akim mengangguk kecil dengan pandangan kosong.

"Wahhhhh! Srsly? Wow wow. Hahahah. Weh srslah? Maigad srslah weh? Dia dah tahu la ni? Kau dah confess? Wow srsly?" Izat terlebih teruja. Agak terkinja la dia kat situ. Nasib tak berterabur je susu kotak dia tu.

Akim yang bengang dengan sahabatnya itu lantas menyepak perlahan kaki Izat. "Kau tayah teruja sngat la. Cane kalau dia jauhkan diri?"

"Ala lek jee. Okay la tu nanti. Kalau dia jauhkan diri pun, tak lama. Dia jauh, kau dekatkan la. Kau tu pun, takkan nak biarkan je. Try la cakap dgn dia. Hak alah bengap sorang ni" Izat mengetuk kepala Akim. Akim memegang kepalanya lalu menjeling Izat dengan menunjukkan penumbuknya.

Izat hanya senyum dan lalu memeluk bahu sahabatnya itu. "Dah dah, jum masuk kelas" Akim akur hanya mengikut langkah Izat.

••••

Ketawa Sarah dan rakan-rakannya bergema satu kelas mereka.

Pelajar lelaki yang lain hanya mampu menjeling dan menggelengkan kepala melihat gelagat mereka.

"Perempuan, kalau dah berkumpul, habis~~"kata seorang pelajar lelaki yang memandang sekumpulan perempuan yang sedang berkumpul di meja Sarah dengan pandang pelik.

"Selamat pagi kepada semua penghuni kelas yang disayangi~~" jerit Izat yang berada di hadapan pintu kelas sambil mengangkat sebelah tangannya melambai. Berangan je lebih si Izat ni.

Pelajar yang lain hanya tersenyum melihat gelagat Izat. Ada juga yang membalas lambaian tangan Izat.

Akim yang berada di sebelah Izat mencari kelibat Sarah. Ternyata Sarah sedang memandangnya.

Sarah yang bertembung mata dengan Akim lantas mengalihkan pandanganya. Mukanya terasa berbahang sekali lagi.

"Apa aku nak buat ni. Kekoknyaaa!!" kata hati mereka berdua.

♥️♥️♥️

Malam itu, Sarah asyik teringatkan kata-kata Akim ketika di sekolah tadi. Tanpa sedar, dia tersenyum.

Telefon yang berbunyi dilihatnya, terpancar nama Akim dia skrin.

Tiba-tiba mukanya terasa berbahang. Dia hanya mengabaikan panggilan itu mati sendiri.

Berkali-kali panggilan masuk dari orang yang sama tetapi Sarah hanya mengabaikannya. Dia tidak sanggup untuk berhadapan dengan Akim buat seketika.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now