Kacau Lagi

221 12 2
                                    

Akim tiba di sekolah awal kerana berniat mahu menyiapkan kerjanya yang tertangguh.

Tiba-tiba dia ternampak Sarah yang berjalan seorang diri masuk ke kawasan sekolah.

"Eh, awalnya minah tu." Akim hnya memerhatikan Sarah.

Dia memerhatikan Sarah yang masih mamai berjalan masuk tanpa menoleh.

Akim mengekorinya dari jauh kerana takut di sedari oleh Sarah. Dia bercadang ingin mengejutkan Sarah yang masih mamai itu.

Sampai di kelas, di melihat Sarah yang telah merebahkan kepalanya ke atas mejanya.

"Betul-betul mengantuk tu." Akim menggeleng kepala.

Dia menuju ke arah Sarah yang sudah lena. Dia meniup muka Sarah dengan niat ingin menganggu Sarah.

Akim melihat mata Sarah yang bergerak dan akhirnya terbuka.

"Apa kau nak ni? Tak puas lagi ke nak kacau aku? Mengantuk tahu tak?" Sarah bersuara smbil matanya memandang ke dalam mata Akim sebelum melelapkan semula matanya.

"Eleh kau. Menyampahnyaa. Konon garang je kau ni." Akim menjawab dengan matanya terpaku pada wajah Sarah yang memejamkan matanya itu.

'Mata dia lawa woii'. Akim berkata dalam hati kerana terpaku dengan mata Sarah yang menikam matanya tadi.

"Hoii! Aik, sambung tidur dah?" Akim yang sedar apa yang dikatanya tdi tidak berbalas melambai tangan di hadapan muka Sarah yang sudah lena.

Akim memrhatikan Sarah. "Tak sangka kau yang dulunya selekeh, chubby, manja and gedik dah berubah kepada Sarah yang baru. Cantik, kurus, dan garang."

Untuk kesekiankalinya Akim menilik stiap inci wajah Sarah. Hatinya seperti ada sesuatu tetapi dia pon tak thu apa.

Akim menuju je mejanya yang berada di sebelah Sarah. Dia membuat keputusan untuk menyambung kerjanya yang tertangguh smbil menemani Sarah yang lena dibuai mimpi.

Tetapi sebelum dia menuju ke mejanya tdi, dia sempat berbisik kepada Sarah "Mimpi kan aku, minah sewel."

Akim yang tekun menyiapkam tugasannya sesekali akan menoleh memandang Sarah. 'Comel dia tidur'. Akim tersenyum.

(On Going, Slow Update) Si Gila & Si SewelWhere stories live. Discover now